PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w15 1/10 ms. 9
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal—2015
  • Bahan yang Berkaitan
  • Dibunuh semasa Hari Jadi Herodes
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • “Firman Yehuwa Terus Tersebar”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Bintang Menunjukkan Jalan
    Buku Cerita Bible Saya
Menara Pengawal—2015
w15 1/10 ms. 9

TAHUKAH ANDA?

Apakah cabaran yang dihadapi Herodes semasa membina semula Rumah Tuhan di Yerusalem?

Pada asalnya, Salomo mendirikan Rumah Tuhan di Yerusalem di atas sebuah bukit. Dia juga membina tembok di sebelah timur dan barat bukit itu agar tempat itu dikelilingi lapisan bertingkat yang rata. Namun Herodes menginginkan sebuah bangunan yang lebih agung. Oleh itu dia mengubahsuai bangunan yang sedia ada.

Gambaran pelukis tentang Rumah Tuhan dan tembok yang mengelilinginya

Para jurutera Herodes memperluas kawasan rata di sebelah utara Rumah Tuhan. Sebanyak 32 meter pula ditambahkan di sebelah selatan. Untuk berbuat demikian, tembok yang tebal telah dibina. Di sesetengah lokasi, tembok itu mencapai ketinggian 50 meter.

Herodes tidak mahu menyinggung perasaan orang Yahudi atau mengganggu tugas dan persembahan korban yang dijalankan di Rumah Tuhan. Menurut Josephus, seorang sejarawan Yahudi, Herodes melatih para imam Yahudi untuk menjadi tukang kayu dan tukang batu, supaya tiada orang luar yang masuk ke tempat-tempat suci.

Pada tahun 30 M, projek itu sudah berlangsung selama 46 tahun. Namun, Herodes meninggal sebelum projek itu selesai. (Yohanes 2:20) Pada pertengahan abad pertama Masihi, projek itu diselesaikan oleh cicit Herodes, iaitu Agripa II.

Mengapakah penduduk Pulau Malta menyangka bahawa rasul Paulus ialah seorang pembunuh?

Dewi keadilan memukul dewi ketidakadilan

Dewi keadilan (kiri) memukul dewi ketidakadilan

Sesetengah penduduk Malta mungkin dipengaruhi oleh konsep agama Yunani. Perhatikan apa yang berlaku setelah kapal yang dinaiki Paulus terkandas berhampiran Malta. Penduduk Malta telah menyalakan api agar para penumpang kapal itu tidak kesejukan. Apabila Paulus meletakkan kayu di atas api itu, seekor ular memagut tangannya. Penduduk pulau itu segera berkata, “Sudah tentu lelaki ini seorang pembunuh. Meskipun dia terselamat daripada bahaya di laut, Keadilan tidak mengizinkannya untuk terus hidup.”—Kisah 28:4.

Perkataan Yunani untuk “Keadilan” dalam ayat tadi ialah “di’ke.” Dalam cerita mitos Yunani, Dike ialah nama dewi keadilan yang mengawasi kegiatan manusia. Jika perkara yang tidak adil berlaku dan tidak didedahkan, dia akan melaporkannya kepada Zeus, supaya pesalah itu dihukum. Menurut satu sumber, penduduk Malta mungkin berfikir: “Paulus terselamat semasa nahas kapal, tetapi dewi Dike membuatnya menerima padah . . . melalui ular berbisa itu.” Namun, pandangan mereka berubah apabila mereka nampak Paulus tidak cedera.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi