PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • “Memberikan Kesaksian yang Menyeluruh”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
    • “Menyebarkan Berita Baik tentang Kerajaan Tuhan” (Kis. 28:30, 31)

      19. Bagaimanakah Paulus memanfaatkan keadaannya dengan sebaik-baiknya?

      19 Lukas mengakhiri catatannya dengan nada yang positif dan hangat ini: “Paulus tinggal di rumah yang disewanya selama dua tahun, dan dengan ramah dia menyambut semua orang yang datang kepadanya. Dia menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan dan mengajar mereka tentang Tuan Yesus Kristus dengan berani dan tanpa halangan.” (Kis. 28:30, 31) Ya, Paulus ialah teladan yang sangat baik dalam menunjukkan keramahan, iman, dan semangat yang berkobar-kobar!

      20, 21. Sebutkan beberapa contoh orang yang meraih manfaat daripada kerja penyebaran Paulus di Roma.

      20 Salah seorang yang dialu-alukan oleh Paulus ialah lelaki yang bernama Onesimus, seorang hamba yang melarikan diri dari Kolose. Paulus membantu Onesimus menjadi seorang Kristian, dan Onesimus pula menjadi ‘saudara yang setia dan yang dikasihi’ Paulus. Paulus bahkan memanggil Onesimus sebagai ‘anaknya.’ Dia berkata, “Aku telah menjadi seperti seorang bapa kepadanya.” (Kol. 4:9; Flm. 10-12) Ya, Onesimus pasti telah memberikan semangat kepada Paulus!a

      21 Orang lain juga meraih manfaat daripada teladan baik Paulus. Dia menulis kepada sidang Filipi, “Keadaanku sebenarnya telah menyebabkan kerja penyebaran berita baik menjadi semakin maju. Para Pengawal Maharaja dan semua orang yang lain tahu bahawa aku dibelenggu di dalam penjara demi Kristus. Oleh sebab aku dibelenggu di dalam penjara, kebanyakan saudara yang berkhidmat kepada Tuan kita digalakkan, dan mereka menjadi lebih berani untuk mengkhabarkan firman Tuhan tanpa rasa takut.”​—Flp. 1:12-14.

  • “Memberikan Kesaksian yang Menyeluruh”
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
    • 25, 26. Dalam masa kurang daripada 30 tahun, Paulus telah melihat nubuat apa menjadi kenyataan? Apakah persamaannya dengan zaman kita?

      25 Meskipun ditahan di rumah, seorang rasul Kristus “menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan” kepada semua orang yang melawatnya. Sesungguhnya, kata-kata yang menggalakkan ini menutup tirai buku Kisah yang penuh dengan peristiwa yang menakjubkan! Dalam bab yang pertama, kita belajar bahawa Yesus memberi para pengikutnya tugasan ini dengan berkata, “Kamu akan mendapat kekuatan apabila kuasa suci Tuhan datang ke atas kamu, dan kamu akan menjadi saksi-saksiku di Yerusalem, di seluruh Yudea, di Samaria, dan sampai ke hujung bumi.” (Kis. 1:8) Kurang daripada 30 tahun kemudian, mesej Kerajaan Tuhan “sudah disebarkan kepada semua ciptaan di bawah langit.”d (Kol. 1:23) Ya, hal ini menunjukkan betapa hebatnya kuasa suci Tuhan!​—Za. 4:6.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi