PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Adakah Anda Bersedia untuk Dibaptis?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • 3. Mengapakah perasaan takut tidak patut menghalang anda daripada dibaptis?

      Ada orang yang takut mereka akan mengecewakan Yehuwa atau buat salah selepas dibaptis. Sebenarnya, hamba-hamba Tuhan pada zaman dulu pernah buat silap, tetapi Yehuwa masih sayang mereka. Dia tidak menuntut kesempurnaan daripada kita. (Baca Mazmur 103:13, 14.) Dia sangat gembira apabila melihat kita berusaha memberi-Nya yang terbaik dan Dia berjanji untuk membantu kita. Bible kata tidak ada apa-apa yang “dapat memisahkan kita daripada kasih Tuhan.”​—Baca Roma 8:38, 39.

  • Anda Dapat Hadapi Penganiayaan dengan Tabah!
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Sebagai orang Kristian, kita semua pasti akan menghadapi penganiayaan. Adakah hal ini mengejutkan kita?

      1. Mengapakah kita tahu kita akan dianiaya?

      Bible kata, ‘Semua orang yang mahu mengabdikan diri kepada Tuhan dan hidup bersatu dengan Kristus Yesus akan dianiaya.’ (2 Timotius 3:12) Sewaktu Yesus di bumi, dia dianiaya kerana dia bukan sebahagian daripada dunia. Seperti Yesus, kita juga bukan sebahagian daripada dunia. Maka kita tidak hairan semasa pihak kerajaan atau agama lain menganiaya kita.​—Yohanes 15:18, 19.

      2. Bagaimanakah kita dapat bersiap sedia untuk menghadapi penganiayaan?

      Kita perlu kuatkan keyakinan kita kepada Yehuwa dari sekarang. Bagaimana? Setiap hari, kita perlu berdoa kepada Yehuwa dan membaca Bible. Kita juga perlu menghadiri perjumpaan secara tetap. Semua ini dapat memberi kita keberanian untuk menghadapi penganiayaan. Bahkan semasa ditentang oleh keluarga, kita dapat berdiri teguh. Rasul Paulus yang berjaya menghadapi pelbagai tentangan menulis, “Yehuwa ialah penolongku; aku tidak akan berasa takut.”​—Ibrani 13:6.

      Selain itu, kita dapat membina keberanian kita dengan giat melakukan kerja penyebaran. Melalui kerja ini, kita belajar untuk percaya kepada Yehuwa dan mengatasi rasa takut akan manusia. (Amsal 29:25) Jika kita melakukan kerja ini dengan berani sekarang, kita tidak akan berhenti walaupun pihak kerajaan melarang kita.​—1 Tesalonika 2:2.

      3. Apakah manfaatnya jika kita tetap tabah?

      Tiada orang suka dianiaya. Namun cabaran sebegini sebenarnya dapat membuahkan hasil yang baik. Semasa dianiaya, iman kita akan dikuatkan kerana kita dapat merasai bantuan Yehuwa. Hasilnya, hubungan kita dengan Yehuwa juga akan semakin rapat. (Baca Yakobus 1:2-4.) Selain itu, Bible kata, “Jika kamu tabah menanggung penderitaan kerana melakukan apa yang baik, hal ini menyenangkan hati Tuhan.” (1 Petrus 2:20) Walaupun Yehuwa rasa sedih apabila melihat kita menderita, ketabahan kita membuat Dia sangat bangga. Jika kita setia sampai akhir, Dia berjanji untuk memberkati kita dengan kehidupan kekal.​—Matius 24:13.

      KETAHUILAH

      Lihat mengapa anda pasti dapat bertabah dan berkat yang diraih jika anda tetap setia kepada Yehuwa.

      Seorang wanita teruskan pembelajaran Bible walaupun ditentang oleh ibu bapanya.

      4. Anda dapat tabah menghadapi tentangan keluarga

      Yesus kata bahawa keluarga kita mungkin tidak mahu kita menyembah Yehuwa. Baca Matius 10:34-36, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah yang mungkin berlaku apabila seseorang ingin menyembah Yehuwa?

      Mainkan VIDEO untuk lihat satu contoh, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Yehuwa Menerima Kami (5:13)

      • Apakah yang akan anda lakukan jika saudara-mara atau kawan mahu anda berhenti menyembah Yehuwa?

      Baca Mazmur 27:10 dan Markus 10:29, 30. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

      • Bagaimanakah janji dalam ayat ini membantu anda jika anda ditentang oleh keluarga atau kawan?

      5. Jangan putus asa walaupun dianiaya

      Keberanian diperlukan untuk tetap menyembah Yehuwa semasa ditentang. Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Berani biarpun Ditentang (6:27)

      • Bagaimanakah pengalaman dalam video ini menguatkan anda?

      Baca Kisah 5:27-29 dan Ibrani 10:24, 25. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

      • Mengapakah kita mesti terus menyembah Yehuwa walaupun pihak kerajaan menyekat kerja penyebaran atau perjumpaan kita?

      6. Yehuwa akan bantu anda bertabah

      Saudara saudari di serata dunia, tidak kira tua atau muda, terus menyembah Yehuwa dengan setia biarpun dianiaya. Apakah yang membantu mereka? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Yehuwa Akan Menguatkan Saya (3:40)

      • Apakah yang membantu Saksi-Saksi Yehuwa dalam video ini untuk bertabah?

      Baca Roma 8:35, 37-39 dan Filipi 4:13. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

      • Berdasarkan ayat ini, mengapakah anda yakin anda dapat berjaya menghadapi cabaran?

      Baca Matius 5:10-12, kemudian bincang soalan berikut:

      • Mengapakah anda dapat bersukacita walaupun ditentang?

      Saksi-Saksi Yehuwa pada zaman moden dianiaya dan dipenjarakan kerana iman mereka.

      Jutaan penyembah Yehuwa berjaya menghadapi tentangan. Anda pun pasti dapat melakukannya!

      ADA ORANG KATA: “Kalau saya dianiaya, saya pasti tidak dapat tahan.”

      • Apakah ayat yang boleh anda kongsi untuk menguatkan keyakinannya?

      RINGKASAN

      Yehuwa menghargai usaha kita untuk menyembah-Nya biarpun ditentang. Dengan bantuan-Nya, kita dapat bertabah.

      Ulang Kaji

      • Mengapakah kita tahu orang Kristian akan dianiaya?

      • Apakah yang dapat anda lakukan sekarang untuk bersiap sedia bagi penganiayaan?

      • Apakah yang meyakinkan anda bahawa anda dapat tetap setia semasa ditentang?

      Matlamat

      JOM BELAJAR

      Tonton pengalaman seorang saudara yang dipenjarakan kerana tetap neutral. Lihat bagaimana Yehuwa membantu dia bertabah.

      Bertabah meskipun Menghadapi Penganiayaan (2:34)

      Perhatikan apa yang membantu sepasang suami isteri tetap setia biarpun ditentang.

      Menyembah Yehuwa semasa Menghadapi Cabaran (7:14)

      Belajar cara untuk menghadapi penganiayaan dengan berani.

      “Bersedialah Sekarang untuk Menghadapi Penganiayaan” (Menara Pengawal, Julai 2019)

      Apakah pandangan yang harus kita pupuk apabila ditentang oleh ahli keluarga? Bagaimanakah kita dapat menghadapinya dengan berjaya?

      “Kebenaran ‘Bukannya Membawa Kedamaian, tetapi Perpecahan’” (Menara Pengawal, Oktober 2017)

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi