PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Adakah Semua Perayaan Menyenangkan Tuhan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Baca Efesus 5:10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Semasa membuat keputusan sama ada untuk menyambut sesuatu perayaan atau tidak, apakah yang perlu kita pertimbangkan?

      • Apakah perayaan yang biasa disambut di kawasan anda?

      • Pada pendapat anda, adakah Yehuwa suka perayaan-perayaan itu?

      Pernahkah anda fikir apakah perasaan Tuhan tentang sambutan hari jadi? Bible tidak pernah menyatakan bahawa penyembah Yehuwa menyambut hari jadi. Sebaliknya, dua hari jadi yang disebut diraikan oleh orang yang tidak menyembah Yehuwa. Baca Kejadian 40:20-22 dan Matius 14:6-10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah persamaan antara dua sambutan hari jadi itu?

      • Berdasarkan dua kisah itu, anda rasa apakah perasaan Yehuwa tentang sambutan hari jadi?

      Anda mungkin fikir, “Adakah Yehuwa peduli sama ada saya menyambut hari jadi atau perayaan lain?” Baca Keluaran 32:1-8. Kemudian mainkan VIDEO, dan bincang soalan berikut:

      VIDEO: Perayaan dan Sambutan yang Tidak Menyenangkan Hati Tuhan (5:07)

      • Mengapakah penting untuk memastikan apa yang kita buat diterima oleh Yehuwa?

      • Bagaimanakah kita dapat berbuat demikian?

      Apakah perayaan yang tidak diterima Tuhan?

      • Perayaan yang berdasarkan ajaran palsu. Buatlah kajian tentang asal usulnya.

      • Perayaan yang memuja manusia, organisasi, atau negara. Ingatlah, kita mahu memuliakan Yehuwa dan bergantung pada-Nya untuk menyelesaikan semua masalah manusia.

      • Perayaan yang mempunyai adat dan amalan yang bertentangan dengan Bible. Kita mahu tetap bersih secara moral.

  • Pilih Hiburan yang Menyenangkan Hati Yehuwa
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
    • Pelajaran 53. Seorang bapa, ibu, dan anak melihat wayang sambil makan bertih jagung.

      PELAJARAN 53

      Pilih Hiburan yang Menyenangkan Hati Yehuwa

      Memandangkan Yehuwa ialah “Tuhan yang gembira,” Dia juga mahu kita gembira dan menikmati hidup. (1 Timotius 1:11) Biarpun penting untuk bekerja keras, kita juga perlukan masa untuk berehat. Bagaimanakah kita dapat menggunakan masa rehat dalam cara yang menyeronokkan dan menyenangkan hati Yehuwa? Mari kita membincangkannya dalam pelajaran ini.

      1. Apakah yang harus kita pertimbangkan semasa memilih hiburan?

      Apakah yang anda suka buat untuk relaks? Sesetengah orang suka melakukan aktiviti bersendirian, seperti membaca buku, mendengar muzik, menonton wayang, atau melayari Internet. Ada pula yang suka meluangkan masa bersama kawan dan pergi hiking, berenang, atau main game. Tidak kira apa pun yang kita suka buat, kita mahu pastikan pilihan kita “diperkenankan Tuan kita.” (Efesus 5:10) Hal ini sangat penting kerana banyak hiburan sekarang mempunyai unsur-unsur yang dibenci Yehuwa, seperti keganasan, perbuatan seks yang tidak bermoral, atau spiritisme. (Baca Mazmur 11:5.) Apakah yang dapat membantu kita memilih hiburan dengan bijak?

      Pergaulan kita dapat mempengaruhi hiburan yang kita pilih. Bible kata, “Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak.” (Amsal 13:20) Jika kita berkawan dengan orang yang mengasihi Yehuwa, pengaruh baik mereka dapat membantu kita memilih hiburan dengan bijak. Sebaliknya, jika kita selalu bergaul dengan orang yang tidak mengasihi Yehuwa, mereka akan mempengaruhi kita untuk membuat keputusan yang buruk.

      2. Mengapakah kita perlu mengawal masa yang diluangkan untuk hiburan?

      Bible menasihati kita untuk ‘menggunakan masa kita dengan sebaik-baiknya.’ (Baca Efesus 5:15, 16.) Walaupun hiburan kita tidak salah, kita tidak mahu meluangkan terlalu banyak masa sehingga tiada masa untuk hal-hal yang lebih penting.

      KETAHUILAH

      Belajar cara memilih hiburan dengan bijak.

      3. Elakkan hiburan yang memudaratkan

      Mengapakah kita harus memilih hiburan dengan berhati-hati? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Apakah Jenis Hiburan yang Seharusnya Saya Pilih? (4:39)

      • Apakah persamaan hiburan pada hari ini dengan pertarungan gladiator pada zaman kuno?

      • Apakah yang Danny belajar tentang hiburan?

      Baca Roma 12:9, kemudian bincang soalan berikut:

      • Bagaimanakah prinsip dalam ayat ini membantu anda memilih hiburan?

      Apakah sesetengah hal yang dibenci Yehuwa? Baca Amsal 6:16, 17 dan Galatia 5:19-21. Selepas membaca setiap ayat, bincang soalan berikut:

      • Antara hal-hal yang disebut dalam ayat ini, manakah yang biasa kita lihat dalam hiburan hari ini?

      Cara memilih hiburan dengan bijak

      Tanyalah diri:

      • Apa? Adakah terdapat hal-hal yang dibenci Yehuwa?

      • Bila? Adakah perkara yang lebih penting diabaikan?

      • Siapa? Adakah saya bergaul rapat dengan orang yang tidak mengasihi Yehuwa?

      Semasa memandu, kita perlu menjauhi kawasan yang bahaya. Semasa memilih hiburan, kita juga mahu menjauhi hal yang memudaratkan

      Sebuah kereta berada di pinggir tebing. Kereta itu hampir tergelincir dan jatuh.

      4. Gunakan masa dengan bijak

      Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

      VIDEO: Apakah yang Memakan Masa Anda? (2:45)

      • Biarpun saudara dalam video ini tidak melihat hiburan yang buruk, apakah cabaran yang dihadapinya?

      Baca Filipi 1:10, kemudian bincang soalan berikut:

      • Bagaimanakah ayat ini membantu kita menetapkan jumlah masa yang diluangkan untuk rekreasi dan hiburan?

      5. Pilih hiburan yang baik

      Walaupun ada sesetengah hiburan yang tidak menyenangkan Yehuwa, masih ada banyak hiburan yang sesuai bagi kita. Baca Pengkhutbah 8:15 dan Filipi 4:8, kemudian bincang soalan berikut:

      • Apakah hiburan dan rekreasi yang menyegarkan yang anda suka lakukan?

      Kolaj: Orang daripada pelbagai usia menikmati hiburan yang sihat. 1. Seorang gadis mendengar muzik sambil melukis. 2. Tiga orang budak lelaki bermain bola keranjang. 3. Dua orang budak lelaki berbasikal. 4. Seorang budak lelaki membina kereta mainan. 5. Seorang lelaki main dram. 6. Seorang bapa dan anaknya bermain video game. 7. Seorang gadis mengambil gambar.

      Anda dapat menikmati hiburan yang baik dan rekreasi yang menyegarkan

      ADA ORANG KATA: “Itu wayang saja. Saya bukannya buat hal yang ganas atau hal yang tidak bagus.”

      • Apakah jawapan anda?

      RINGKASAN

      Yehuwa mahu kita memilih hiburan yang baik dan rekreasi yang menyegarkan.

      Ulang Kaji

      • Apakah hiburan yang harus kita hindari?

      • Mengapakah kita patut berhati-hati tentang jumlah masa yang dihabiskan untuk hiburan?

      • Mengapakah anda mahu memilih hiburan yang menyenangkan hati Yehuwa?

      Matlamat

      JOM BELAJAR

      Siapakah yang memutuskan hiburan apa yang boleh diterima?

      “Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Mengharamkan Wayang, Buku, atau Lagu Tertentu?” (Rencana di laman web)

      Belajar bagaimana anda dapat buat keputusan yang bijak semasa memilih rekreasi.

      “Adakah Anda Memilih Rekreasi yang Bermanfaat?” (Menara Pengawal, 15 Oktober 2011)

      Dalam kisah hidup “Saya Berjaya Menyingkirkan Perasaan Prasangka,” lihat bagaimana seorang lelaki belajar untuk memilih hiburan yang lebih baik.

      “Bible Mengubah Hidup” (Menara Pengawal, 1 Februari 2010)

      Ketahui bagaimana seorang ibu berusaha mengelakkan hiburan yang mengandungi spiritisme.

      Elakkan Hiburan yang Mengandungi Spiritisme (2:02)

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi