PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 11/07 ms. 1
  • Hiduplah sebagai Orang yang Bijak

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Hiduplah sebagai Orang yang Bijak
  • Kerja Teokratik Kita—2007
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ladang Sudah Menguning, Siap untuk Dituai
    Kerja Teokratik Kita—2010
  • Kita Berasa Senang Hati Membanting Tulang untuk Berkhidmat kepada Yehuwa!
    Kerja Teokratik Kita—2007
  • ‘Peliharalah Daya Pemikiran Kamu dan Berjaga-Jagalah’!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
Kerja Teokratik Kita—2007
km 11/07 ms. 1

Hiduplah sebagai Orang yang Bijak

1 Apabila Yesus mempelawa empat orang nelayan untuk menjadi pengikutnya, mereka tidak melengah-lengahkan masa untuk bertindak selaras dengan keputusan mereka. Sebaliknya, ‘mereka mengikut Yesus dengan segera.’ (Mat. 4:​18-22) Saulus dari kota Tarsus telah memeluk agama Kristian dan selepas penglihatannya dipulihkan, dia juga tidak melengah-lengahkan masa tetapi dia “terus pergi ke rumah-rumah [penyembahan] dan mula mengisytiharkan berita bahawa Yesus Anak [Tuhan].” (Kis. 9:20) Masa sentiasa bergerak ke depan; masa yang telah berlalu tidak akan kembali untuk selama-lamanya. Oleh itu, kita perlu ‘hidup seperti orang yang bijak’ sehubungan dengan cara kita menggunakan masa kita.​—Ef. 5:​15, 16.

2 Malang Tidak Berbau: Peluang-peluang untuk berkhidmat kepada Yehuwa yang terbuka kepada kita hari ini mungkin akan hilang esok. (Yak. 4:14) Kejadian yang tidak dapat diduga boleh menimpa sesiapa sahaja. (Pkh. 9:11) Lagipun, dengan peredaran masa, kita semakin tua. Kesan-kesan “masa sengsara” yang mengiringi usia yang lanjut tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun dalam sistem dunia ini. Hal ini boleh mengehadkan khidmat kita kepada Yehuwa. (Pkh. 12:⁠1) Oleh itu, tindakan melengah-lengahkan keputusan untuk membaktikan diri kepada Yehuwa atau menunggu-nunggu situasi yang sempurna untuk muncul sebelum mengembangkan usaha kita dalam aktiviti penyebaran bukanlah tindakan yang bijak. Buatlah sejauh mana yang anda boleh sekarang. (Luk. 9:​59-62) Abraham telah menggunakan kehidupannya dengan bijak, yakni dengan mengabdikan seluruh kehidupannya kepada Yehuwa. Oleh itu, dia telah menghabiskan hari tuanya dengan aman dan dia mati “tua dan puas”.​—Kej. 25:​8, NW.

3 Masa yang Tinggal Hanya Sedikit: Kita juga ingin menggunakan masa kita dengan bijak kerana “kita tidak mempunyai banyak masa.” (1 Kor. 7:​29-31) Tidak lama lagi, sistem dunia yang lama ini akan berakhir. Peluang untuk mengambil bahagian dalam kerja mengumpulkan orang yang bersifat domba tidak akan wujud untuk selama-lamanya; ‘penuaian di bumi’ akan berakhir. (Pny. 14:15) Kita harus berwaspada untuk memastikan bahawa masa yang kita boleh gunakan dalam aktiviti penyebaran tidak dirampas oleh kekhuatiran hidup atau godaan-godaan yang lain. (Luk. 21:​34, 35) Di masa hadapan, apabila kita mengenangkan segala usaha yang telah kita curahkan dalam kerja penuaian, sudah pasti kita akan menikmati kepuasan yang mendalam!

4 Kita harus sentiasa peka dan berhati-hati agar peluang-peluang untuk berkhidmat kepada Yehuwa dengan gembira tidak terlepas daripada genggaman kita. Marilah kita bertekad untuk berkhidmat kepada Yehuwa dengan segenap akal dan sepenuh ikhtiar “selama kita masih hidup dalam zaman yang disebut ‘Hari Ini.’ ” (Ibr. 3:13) Dengan berbuat demikian, kita akan membuktikan bahawa kita benar-benar bijak, kerana “orang yang melakukan kehendak [Tuhan], akan hidup selama-lamanya.”​—1 Yoh. 2:⁠17.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi