PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 1 ms. 4-5
  • Nasihat Bijak untuk Kebahagiaan Keluarga

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Nasihat Bijak untuk Kebahagiaan Keluarga
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Suami, Kasihilah Isteri Anda
  • Isteri, Hormatilah Suami Anda
  • Tetap Setia kepada Pasangan Hidup Anda
  • Ibu Bapa, Latihlah Anak-Anak Anda
  • Anak-Anak, Taatilah Ibu Bapa Anda
  • Membina Keluarga yang Bahagia
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Cara Menikmati Kehidupan Keluarga yang Bahagia
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
  • Kehidupan Keluarga yang Menyenangkan Hati Tuhan
    Apakah yang Dikehendaki oleh Tuhan daripada Kita?
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 1
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 1 ms. 4-5
Sebuah keluarga yang bahagia di sebuah pasar.

Nasihat Bijak untuk Kebahagiaan Keluarga

Perkahwinan dan anak-anak adalah kurniaan daripada Pencipta kita. Dia ingin keluarga kita hidup bahagia. Oleh itu, Dia memberi kita bimbingan daripada sebuah buku suci kuno yang dapat membantu keluarga kita untuk bahagia. Perhatikan nasihat bijak berikut.

Suami, Kasihilah Isteri Anda

“Suami harus mengasihi isteri seperti mengasihi tubuh sendiri. Seorang lelaki yang mengasihi isterinya juga mengasihi diri sendiri. Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri. Sebaliknya, dia memelihara dan menyayanginya.”​—EFESUS 5:28, 29.

Suami ialah kepala keluarga. (Efesus 5:23) Walaupun begitu, seorang suami yang baik tidak akan berlaku kasar atau selalu ingin kehendaknya dituruti. Dia menghargai isterinya dan menjaga keperluannya secara fizikal dan emosi. Dia juga berusaha menggembirakan isterinya, dan bukannya mementingkan dirinya sendiri sahaja. (Filipi 2:4) Dia memberitahu perasaan dan fikirannya kepada isterinya, dan dia juga mendengar apa yang dikatakan isterinya. Selain itu, dia juga tidak akan menjadi “terlampau marah” sehingga menyakiti isterinya secara fizikal atau emosi.​—Kolose 3:19, nota kaki.

Isteri, Hormatilah Suami Anda

“Isteri pula harus menghormati suaminya dengan mendalam.”​—EFESUS 5:33.

Apabila seorang isteri menghormati dan menyokong keputusan suaminya, dia akan menjaga kedamaian keluarganya. Apabila suaminya berbuat silap, dia tidak akan merendah-rendahkannya. Sebaliknya, dia tetap bersikap lemah lembut dan menghormati suaminya. (1 Petrus 3:4) Jika dia perlu berbincang dengan suaminya tentang suatu masalah, dia akan memilih masa yang sesuai untuk melakukannya dan bercakap kepada suaminya dengan hormat.​—Pengkhutbah 3:7.

Tetap Setia kepada Pasangan Hidup Anda

“Seorang lelaki akan . . . tinggal bersama isterinya, lalu mereka berdua akan menjadi satu.”​—KEJADIAN 2:24.

Apabila seorang lelaki dan seorang wanita berkahwin, terjalinlah satu ikatan yang erat antara mereka berdua. Oleh itu, mereka harus berusaha mengukuhkan perkahwinan mereka dengan bercakap dari hati ke hati dan selalu berbuat baik kepada satu sama lain. Mereka juga harus setia kepada satu sama lain dengan tidak menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan. Perbuatan curang bukan sahaja menyakiti pasangan, tetapi juga menghancurkan kepercayaan dan perpaduan dalam keluarga.​—Ibrani 13:4.

Ibu Bapa, Latihlah Anak-Anak Anda

“Ajarilah anak haluan yang harus ditempuhnya; maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.”​—AMSAL 22:6.

Tuhan telah mengamanahkan tanggungjawab melatih anak-anak kepada ibu bapa. Hal itu merangkumi mengajar anak-anak cara berkelakuan baik dan menjadi teladan baik kepada anak-anak mereka. (Ulangan 6:6, 7) Ibu bapa yang bijak tidak akan terus naik marah apabila anak-anak mereka berkelakuan buruk. Sebaliknya, mereka akan “cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata dan lambat naik marah.” (Yakobus 1:19) Semasa perlu mendisiplinkan anak-anak, ibu bapa perlu melakukannya dengan cara yang pengasih dan bukannya dalam keadaan yang marah.

Anak-Anak, Taatilah Ibu Bapa Anda

“Hai anak-anak,  . . . patuhilah ibu bapa kamu  . . . ‘Hormatilah ibu bapa kamu.’”​—EFESUS 6:1, 2.

Anak-anak harus mentaati dan menghormati ibu bapa mereka. Dengan berbuat demikian, mereka dapat menyumbang kepada kedamaian dalam keluarga. Anak yang sudah dewasa dapat menunjukkan hormat kepada ibu bapa mereka dengan menjaga keperluan ibu bapa mereka, contohnya dengan memberikan bantuan kewangan atau memastikan rumah ibu bapa mereka berada dalam keadaan yang baik.​—1 Timotius 5:3, 4.

Saya Menjadi Suami yang Lebih Baik

“Disebabkan latar belakang saya, saya selalu mengharapkan isteri saya untuk melakukan apa sahaja yang saya suruh. Namun, saya belajar bahawa sebagai kepala keluarga, saya perlu mendengar isteri saya dan tidak mementingkan diri atau suka mengawal segala-galanya. Dalam pandangan Tuhan, saya dan dia telah menjadi satu, dan saya harus melayannya seperti tubuh saya sendiri. Saya sangat bersyukur dengan nasihat yang bijak itu. Kini, saya menjadi suami yang lebih baik dan menikmati keluarga yang bahagia.”​—Rahul.

Rahul dan isterinya.

Maklumat lanjut:

Untuk mengetahui lebih banyak nasihat praktikal tentang cara memperbaiki kehidupan keluarga anda, sila layari jw.org/ms dan lihat bahagian AJARAN BIBLE > PERKAHWINAN & KELUARGA.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi