PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g16 No. 6 ms. 8-9
  • Cara Menunjukkan Hormat

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Cara Menunjukkan Hormat
  • Sedarlah!—2016
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • CABARANNYA
  • APA YANG PERLU ANDA KETAHUI
  • APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN
  • Dua Kunci kepada Perkahwinan yang Berkekalan
    Rahsia Kebahagiaan Keluarga
  • 3 Hormat
    Sedarlah!—2018
  • Rahsia Kebahagiaan Keluarga—Bahagian 1
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Membina Keluarga yang Bahagia
    Apakah yang Diajarkan Bible?
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2016
g16 No. 6 ms. 8-9
Seorang isteri mencelah suaminya semasa mereka makan bersama pasangan lain

BANTUAN UNTUK KELUARGA | PERKAHWINAN

Cara Menunjukkan Hormat

CABARANNYA

Suami berkata, “Selepas berkahwin, saya dapati pandangan saya dan isteri saya tentang cara menunjukkan hormat sangat berbeza. Pandangan kami berdua tidak salah, cuma berlainan. Saya rasa isteri saya patut lebih menghormati saya semasa bercakap.”

Isteri berkata, “Saya membesar dalam masyarakat yang biasanya bercakap dengan suara yang kuat, menggunakan banyak ekspresi wajah, dan mencelah semasa orang lain bercakap. Dalam budaya kami, hal itu tidak dianggap biadab. Tetapi suami saya membesar dalam masyarakat yang budayanya sangat berbeza.”

Sikap hormat harus sentiasa ditunjukkan dalam perkahwinan, bukannya ditunjukkan sekali-sekala sahaja. Bagaimanakah anda dapat menunjukkan hormat kepada pasangan anda?

APA YANG PERLU ANDA KETAHUI

Lelaki lebih perlu berasa dihormati. Bible menasihati suami, “Setiap suami dalam kalangan kamu mesti mengasihi isterinya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Bible juga menyatakan, “Isteri pula harus menghormati suaminya dengan mendalam.” (Efesus 5:33) Isteri dan suami memang perlu berasa dikasihi dan dihormati, tetapi suami lebih perlu berasa dihormati. Seorang suami yang bernama Carlosa berkata, “Lelaki perlu berasa bahawa mereka dapat menangani situasi, menyelesaikan masalah, dan menjaga keluarga.” Apabila isteri menunjukkan hormat kepada suami, hal itu akan membawa manfaat kepada suaminya dan juga kepada dirinya sendiri. Seorang isteri yang bernama Corrine berkata, “Suami saya lebih mengasihi saya apabila saya menunjukkan hormat kepadanya.”

Sudah tentu, isteri juga perlu berasa dihormati. Seorang suami tidak dapat mengasihi isterinya jika dia tidak menghormati isterinya. Daniel berkata, “Saya perlu menghormati pandangan dan cadangan isteri saya. Saya juga perlu menghormati perasaannya. Biarpun saya tidak memahami sepenuhnya apa perasaannya, saya tidak boleh meremehkan perasaannya.”

Tunjukkan hormat dalam cara yang diingini pasangan anda. Yang penting bukanlah menunjukkan hormat menurut cara yang anda fikirkan, tetapi menurut cara yang diingini pasangan anda. Inilah pengajaran yang diperoleh isteri yang disebut pada awal rencana ini. Dia berkata, “Biarpun saya berfikir saya sudah menghormati suami saya, tetapi jika dia tidak berasa dihormati, sayalah yang harus berubah.”

APA YANG DAPAT ANDA LAKUKAN

  • Tuliskan tiga sifat yang anda suka tentang pasangan anda. Jadikan sifat-sifat itu sebagai dasar untuk membina rasa hormat yang lebih mendalam terhadapnya.

  • Selama seminggu, perhatikan kelakuan anda (bukan kelakuan pasangan anda) dalam hal-hal berikut.

Kata-kata anda. Menurut sebuah kajian, “Semasa berbincang tentang masalah, pasangan yang mempunyai perkahwinan yang kuat dan bahagia akan menyebut lima hal positif bagi setiap hal negatif. Tetapi pasangan yang akan bercerai pula akan menyebut kurang daripada satu (0.8) hal positif bagi setiap hal negatif.”b​—Prinsip Bible: Amsal 12:18.

Tanyalah diri: “Adakah saya menunjukkan hormat semasa bercakap kepada pasangan saya? Adakah saya selalu memujinya atau adakah saya lebih kerap mengkritiknya? Bagaimanakah nada suara saya semasa menyatakan pendapat dan perasaan saya?” Adakah pasangan anda setuju dengan jawapan anda?​—Prinsip Bible: Kolose 3:13.

Cubalah cara ini: Tetapkan matlamat untuk memuji pasangan anda sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Lihat kembali tiga sifat baik yang anda tuliskan tadi. Pupuklah tabiat untuk memberitahu pasangan anda apa yang anda suka tentang dirinya.​—Prinsip Bible: 1 Korintus 8:1.

Tindakan anda. Seorang isteri yang bernama Alicia berkata, “Saya menggunakan banyak masa untuk membuat kerja di rumah. Jadi, apabila suami saya mengemaskan barangnya atau mencuci pinggan mangkuk yang digunakannya, saya berasa bahawa usaha saya tidak sia-sia. Saya juga berasa suami saya menghargai dan menghormati saya.”

Tanyalah diri: “Adakah cara saya melayan pasangan saya jelas menunjukkan bahawa saya menghormatinya? Adakah saya memberinya masa dan perhatian yang secukupnya?” Adakah pasangan anda setuju dengan jawapan anda?

Cubalah cara ini: Senaraikan tiga cara bagaimana anda ingin dihormati. Kemudian, minta pasangan anda menuliskan bagaimana dia ingin dihormati. Tukar senarai dengan pasangan anda supaya anda dapat menunjukkan hormat menurut cara yang diingini pasangan anda. Berfokuslah kepada apa yang perlu anda lakukan. Jika anda menunjukkan hormat terlebih dahulu, pasangan anda akan berasa lebih senang untuk menghormati anda.

a Sesetengah nama dalam rencana ini telah diubah.

b Petikan daripada buku Ten Lessons to Transform Your Marriage.

AYAT-AYAT PENTING

  • “Kata-kata yang melulu ibarat tikaman pedang, tetapi kata-kata orang yang bijak dapat menyembuhkan orang lain.”​—Amsal 12:18.

  • “Teruslah bersabar terhadap satu sama lain . . . biarpun kamu ada alasan untuk berasa tersinggung.”​—Kolose 3:13.

  • “Kasih menguatkan seseorang.”​—1 Korintus 8:1.

Brian dan Serina

Brian dan Serina

“Seorang isteri harus dihormati dan dihargai, bukan kerana hal-hal fizikal sahaja, seperti kerja yang dilakukannya di rumah, tetapi juga kerana sifat-sifat baiknya.”​—Brian

Austin dan Carly

Austin dan Carly

“Tanpa hormat, perkahwinan akan hancur. Kalau tidak hancur pun, suami isteri tidak akan bahagia dan hanya akan berasa marah dan tidak selamat.”​—Carly

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi