PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w13 15/9 ms. 3-6
  • Meraih Manfaat daripada Kontras

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Meraih Manfaat daripada Kontras
  • Menara Pengawal—2013
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • MEMANFAATKAN KONTRAS
  • Yehuwa Menyatukan Keluarga-Nya
    Menara Pengawal—2012
  • Jauhilah Kegelapan dan Teruslah Hidup dalam Cahaya
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
Menara Pengawal—2013
w13 15/9 ms. 3-6

Meraih Manfaat daripada Kontras

Tidakkah anda bersetuju bahawa Yesus ialah Guru yang terbaik? Anda mungkin pernah meniru cara Yesus menggunakan soalan dan perumpamaan semasa mengajar. Tetapi tahukah anda bahawa dia juga sering menggunakan kontras?

Ramai orang menggunakan kontras. Tanpa disedari, anda juga mungkin selalu berbuat demikian. Contohnya anda mungkin berkata, “Semua buah sudah masak, tetapi buah ini masih sangat keras.” Atau, “Dulu dia pemalu, tetapi sekarang dia sangat ramah.”

Anda boleh menyampaikan suatu idea atau fakta terlebih dahulu; memperkenalkan idea yang bertentangan dengan perkataan seperti tetapi, namun, atau sebaliknya, lalu menonjolkan kontras itu dengan memberikan penjelasan yang lebih terperinci. Apabila anda menggunakan kontras, orang lain dapat memahami anda dengan lebih mudah.

Biarpun sesetengah bahasa atau budaya jarang menggunakan kontras, kita tidak boleh menafikan kepentingannya. Mengapa? Kerana Firman Tuhan menggunakan banyak kontras. Yesus juga sering berbuat demikian. Cuba ingat: “Tidak seorang pun memasang pelita lalu menaruhnya di bawah pasu, tetapi dia akan meletakkannya di atas kaki pelita.” ‘Aku tidak datang untuk menghapuskan Taurat Musa, tetapi aku datang supaya semua ajaran itu berlaku.’ ‘Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: “Jangan berzina.” Tetapi sekarang aku berkata kepada kamu: Sesiapa memandang seorang wanita . . . ’ ‘Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: “Mata ganti mata; gigi ganti gigi.” Tetapi sekarang aku berkata kepada kamu: Jangan balas dendam terhadap orang yang berbuat jahat kepada kamu. Sebaliknya jika seseorang menampar pipi kananmu untuk menghina kamu, biarkanlah dia menampar pipi kirimu juga.’—Mat. 5:15, 17, 27, 28, 38, 39, ABB.

Bible juga menggunakan kontras untuk menjelaskan sesuatu atau menekankan tindakan yang lebih bijak. Jika anda seorang ibu atau bapa, fikirkan kontras ini: ‘Hai bapa, janganlah perlakukan anak kamu sedemikian rupa sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Yehuwa.’ (Ef. 6:4) Tidak salah jika rasul Paulus sekadar menulis bahawa ibu bapa patut mendidik anak berdasarkan ajaran Tuhan. Tetapi idea ini lebih mudah difahami jika ditulis dalam bentuk kontras: ‘Janganlah perlakukan anak kamu sehingga mereka menjadi marah. Sebaliknya, didiklah mereka dengan ajaran dan nasihat Yehuwa.’

Paulus juga menulis, “Kita tidak berjuang melawan manusia, tetapi melawan . . . roh-roh yang berkuasa.” (Ef. 6:12) Pastinya, kontras ini membantu anda menyedari betapa seriusnya perjuangan anda kerana anda sedang berlawan dengan roh-roh jahat, bukannya manusia.

MEMANFAATKAN KONTRAS

Paulus juga menulis ayat-ayat lain dalam buku Efesus dengan menggunakan kontras. Setelah mengkajinya, kita dapat memahami kata-kata Paulus dan mengetahui dengan lebih jelas tindakan yang patut diambil.

Kajilah carta di muka sebelumnya yang menyenaraikan beberapa kontras daripada Efesus bab 4 dan 5. Seraya anda membaca setiap kontras, tanyalah diri dengan jujur: “Apakah sikap saya? Apakah reaksi saya semasa berhadapan dengan keadaan ini? Kontras manakah yang mencerminkan sikap saya?” Jika salah satu kontras menyedarkan anda tentang aspek yang perlu diperbaik, berusahalah untuk menerapkannya.

Anda juga boleh menggunakan carta ini semasa penyembahan keluarga. Bacalah carta ini bersama-sama. Pilih satu kontras. Kemudian nyatakan bahagian pertama di sebelah kiri. Ahli keluarga yang lain akan cuba mengingati bahagian kedua di sebelah kanan. Dengan ini, anda sekeluarga dapat membincangkan cara menerapkan bahagian kedua kontras tersebut. Tidak kira tua atau muda, carta ini dapat membantu kita semua memupuk sifat-sifat Kristian semasa memperlakukan ahli keluarga atau orang lain.

Dapatkah anda mengingati bahagian kedua kontras di Bible?

Seraya anda lebih menghargai kontras, anda akan lebih mahir mengenal pasti gaya bahasa ini di dalam Bible. Kontras juga amat berguna dalam aktiviti penyebaran. Misalnya, anda boleh berkata kepada penghuni rumah, “Ramai berfikir bahawa setiap orang mempunyai roh yang tidak boleh mati, namun perhatikan ayat Bible ini.” Atau anda boleh tanya pelajar Bible: “Kebanyakan orang percaya bahawa Tuhan dan Yesus adalah satu; tetapi, apakah yang dikatakan oleh Bible? Apakah pandangan anda?”

Sememangnya, Bible mengandungi banyak kontras yang berguna untuk mengajar kita berjalan dalam haluan Tuhan. Dan kita boleh menggunakannya untuk mengajar orang lain tentang kebenaran Bible.

Beberapa Kontras di Efesus Bab 4 dan 5

Gunakanlah carta ini semasa penyembahan keluarga!

“Kita tidak . . . diumbang-ambingkan dan ditiup ke sana sini oleh angin ajaran orang licik. Mereka menyesatkan orang dengan tipu muslihat.”​—4:14.

“Sebaliknya, kita harus mengatakan perkara-perkara benar dengan hati yang penuh kasih, sehingga kita menjadi matang dalam segala hal dan menjadi seperti Kristus, iaitu kepala jemaah.”​—4:15.

“[Bangsa-bangsa] berada dalam kegelapan mental, . . . kerana hati mereka tidak peka.”​—4:18, 19, NW.

‘Namun, kamu tidak belajar bahawa Kristus adalah seperti itu. Sebenarnya, kamu telah mendengarkannya dan diajarkan olehnya.’​—4:20, 21, NW.

“Kamu harus membuang keperibadian lama yang selaras dengan kelakuan kamu dahulu.”​—4:22, NW.

“Tetapi . . . kamu patut membaharui cara fikiran kamu, dan kamu patut mengenakan keperibadian yang baru.”​—4:23, 24, NW.

“Orang yang mencuri mesti berhenti mencuri. Biarlah orang yang mencuri berhenti mencuri.”​—4:28, NW.

“Sebaliknya, dia harus bekerja keras dan melakukan apa yang baik dengan tangannya.”​—4:28, NW.

“Janganlah ucapkan kata-kata yang najis daripada mulut kamu.”​—4:29, NW.

‘Sebaliknya ucapkanlah kata-kata yang baik dan membina.’​—4:29, NW.

“Janganlah berdengki, geram, dan marah. Jangan lagi bertengkar dan memfitnah orang. Jangan lagi benci sesiapa pun.”​—4:31.

“Sebaliknya, hendaklah kamu baik hati, saling berbelas kasihan, dan saling mengampuni.”​—4:32.

“Tidak sepatutnya perbuatan yang cabul atau tidak senonoh, ataupun ketamakan berlaku antara kamu.”​—5:3.

‘Sebaliknya kamu harus bersyukur kepada Tuhan.’​—5:4.

“Dahulu kamu hidup dalam kegelapan.”​—5:8.

“Tetapi sekarang kamu telah menjadi umat Tuhan.”​—5:8.

“Janganlah lakukan perbuatan tidak berguna, yang biasa dilakukan oleh orang yang hidup dalam kegelapan.”​—5:11.

“Sebaliknya, kamu harus mendedahkan perkara-perkara itu.”​—5:11.

“Perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh.”​—5:15.

“Tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu.”​—5:15, 16.

“Janganlah bertindak bodoh.”​—5:17.

“Tetapi berusahalah untuk mengetahui apa yang dikehendaki Tuhan bagi kamu.”​—5:17.

“Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu.”​—5:18.

‘Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh [daya aktif] Tuhan.’​—5:18.

“Tidak seorang pun pernah membenci tubuhnya sendiri.”​—5:29.

“Sebaliknya, dia memelihara dan menjaganya, seperti Kristus juga memelihara dan menjaga jemaah.”​—5:29.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi