PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 171
  • Apakah Rupa Iblis?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Rupa Iblis?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Bagaimanakah Bible menggambarkan Iblis?
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2016
  • Adakah Iblis Wujud?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Lawanlah Iblis
    Bernaunglah Di Bawah Kasih Tuhan
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 171

Apakah Rupa Iblis?

Jawapan Bible

Iblis merupakan makhluk roh, maka kita tidak dapat melihatnya.—Efesus 6:11, 12.

Gambaran Iblis yang memegang serampang. Dia kelihatan seperti makhluk berkepala kambing yang bertanduk dan mempunyai ekor.

Iblis sering digambarkan seperti makhluk berkepala kambing yang bertanduk, mempunyai ekor, dan memegang serampang atau garpu besar. Sesetengah orang percaya bahawa gambaran ini dilukis 1,000 tahun yang lalu oleh para pelukis yang dipengaruhi oleh cerita dongeng dan mitos kuno.

  • Bagaimanakah Bible menggambarkan Iblis?

  • Ayat-ayat Bible tentang Iblis

Bagaimanakah Bible menggambarkan Iblis?

Terdapat beberapa gambaran mengenai Iblis yang dicatatkan dalam Bible. Gambaran ini dapat membantu kita memahami sifat-sifat Iblis dan bukan rupanya. Berikut merupakan beberapa gambaran tersebut:

  • Malaikat cahaya. Dia berpura-pura menawarkan sesuatu yang baik. Tetapi niatnya adalah agar orang mengikutnya dan bukannya Tuhan.—2 Korintus 11:14.

  • Singa yang mengaum. Dia menyerang para penyembah Tuhan.—1 Petrus 5:8.

  • Naga besar. Dia berkuasa, menakutkan, dan dapat mengakibatkan kehancuran.—Wahyu 12:9.

Ayat-ayat Bible tentang Iblis

  • 2 Korintus 11:14: “Syaitan sendiri terus menyamar sebagai malaikat cahaya.”

    Maksud: Syaitan cuba menarik perhatian orang agar orang terpedaya untuk mengikut ajarannya dan bukannya Tuhan.

  • Efesus 6:11: “Kenakanlah seluruh perlengkapan perang daripada Tuhan supaya kamu dapat berdiri teguh untuk melawan muslihat Iblis yang licik.”

    Maksud: Iblis menggunakan pelbagai muslihat licik agar orang memberontak terhadap Tuhan.

  • Yakobus 4:7: “Taatlah kepada Tuhan dan lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripada kamu.”

    Maksud: Seseorang dapat melawan Iblis dengan mentaati Tuhan.

  • 1 Petrus 5:8: “Si Iblis, musuh kamu, sedang merayau-rayau seperti seekor singa yang mengaum sambil mencari mangsa untuk dibaham.”

    Maksud: Iblis membenci mereka yang mentaati Tuhan, dan dia ingin menghancurkan hubungan mereka dengan Tuhan.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi