PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • “Pembebasan Kamu Sudah Dekat”!
    Menara Pengawal—2015 | 15 Julai
    • 14, 15. Apakah kerja pengumpulan yang akan berlaku selepas Gog dari Magog mula menyerang? Bagaimanakah hal ini akan terjadi?

      14 Apakah yang akan berlaku selepas Gog dari Magog mula menyerang umat Tuhan? Bible berkata bahawa Anak manusia “akan mengutus malaikat-malaikat ke empat arah mata angin untuk mengumpulkan umatnya yang terpilih dari hujung bumi ke hujung langit.” (Mrk. 13:27; Mat. 24:31) Kerja ‘pengumpulan umat’ tidak merujuk kepada masanya kaum terurap diurapi. Peristiwa itu juga tidak merujuk kepada pemeteraian terakhir kaum terurap yang masih di bumi kerana pemeteraian terakhir itu berlaku sejurus sebelum kesengsaraan besar bermula. (Mat. 13:37, 38; Why. 7:1-4) Jadi kerja ‘pengumpulan umat’ merujuk kepada apa? Hal ini merujuk kepada masanya golongan terurap di bumi akan mendapat ganjaran untuk naik ke syurga. (1 Tes. 4:15-17; Why. 14:1) Peristiwa ini akan berlaku selepas Gog dari Magog menyerang umat Tuhan. (Yeh. 38:11) Seperti yang dikatakan oleh Yesus, pada masa itu, “orang yang mendapat perkenan Tuhan akan bersinar terang seperti matahari dalam Kerajaan Bapa mereka.”—Mat. 13:43.b

      15 Ramai orang di gereja percaya bahawa orang Kristian akan naik ke syurga bersama tubuh jasmani mereka. Mereka juga berfikir bahawa apabila Yesus kembali untuk memerintah di bumi, mereka akan nampak Yesus. Tetapi Yesus tidak akan kelihatan apabila dia kembali kerana Bible berkata bahawa “tanda Anak manusia akan muncul di langit” dan Yesus akan “datang di atas awan.” (Mat. 24:30) Bible juga berkata bahawa “tubuh yang dijadikan daripada darah dan daging tidak boleh mewarisi Kerajaan Tuhan.” Jadi mereka yang naik ke syurga harus “diubah dalam masa yang singkat, iaitu dalam sekelip mata. Hal itu akan berlaku semasa trompet yang terakhir dibunyikan.”c (Baca 1 Korintus 15:50-53.) Kaum terurap yang masih di bumi akan dikumpulkan sekali gus.

  • “Pembebasan Kamu Sudah Dekat”!
    Menara Pengawal—2015 | 15 Julai
    • c Semasa kaum terurap naik ke syurga, tubuh jasmani mereka tidak akan ikut serta. (1 Kor. 15:48, 49) Tubuh jasmani mereka akan tiada lagi, sama seperti apa yang terjadi kepada tubuh jasmani Yesus.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi