-
Lihatlah PerbezaannyaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Januari
-
-
3. Kata-kata di 2 Timotius 3:2-5 menggambarkan siapa?
3 Selepas Paulus menulis bahawa “pada hari-hari terakhir, akan tiba masa genting yang sukar dihadapi,” dia menyenaraikan 19 sikap negatif yang akan menjadi ciri orang pada zaman itu. Senarai Paulus itu agak mirip dengan apa yang ditulisnya di Roma 1:29-31, tetapi senarai dalam suratnya kepada Timotius mengandungi istilah yang tidak ditemui dalam buku-buku Kitab Yunani Kristian yang lain. Paulus memulakan senarainya dengan menulis “manusia akan . . .” Namun, bukan semua manusia akan menunjukkan sikap-sikap itu. Orang Kristian menunjukkan sikap yang jauh berbeza.—Baca Maleakhi 3:18.
-
-
Lihatlah PerbezaannyaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Januari
-
-
4. Bagaimanakah anda akan menggambarkan orang yang sombong?
4 Selepas menyatakan bahawa ramai orang akan mencintai diri dan wang, Paulus menulis bahawa mereka juga akan bercakap besar, angkuh, dan sombong. Orang yang bersikap sedemikian suka bermegah diri kerana kebolehan, paras rupa, kekayaan, atau kedudukan sendiri, dan mereka mendambakan sanjungan orang lain. Seorang sarjana menggambarkan orang yang sombong dengan kata-kata berikut: “Dalam hatinya, ada sebuah mazbah kecil, dan di situlah dia menyembah dirinya sendiri.” Ada juga yang mengatakan bahawa kesombongan ialah sifat yang begitu buruk sehingga orang yang angkuh berasa meluat semasa melihat keangkuhan orang lain.
-
-
Lihatlah PerbezaannyaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Januari
-
-
8. (a) Apakah pandangan sesetengah orang terhadap perbuatan mengingkari ibu bapa? (b) Apakah nasihat Bible kepada anak-anak?
8 Paulus menggambarkan cara orang akan melayan orang lain pada hari-hari terakhir. Dia menulis bahawa anak-anak akan tidak mematuhi ibu bapa. Hari ini, buku, wayang, dan rancangan TV, memaparkan kelakuan sebegini sebagai hal yang boleh diterima dan bahkan dipandang positif, tetapi sifat keingkaran sebenarnya menghakis kestabilan keluarga, iaitu unit masyarakat yang terpenting. Hakikat ini sudah diketahui sejak zaman kuno. Contohnya, dalam masyarakat Yunani, seseorang yang memukul ibu bapanya akan kehilangan haknya sebagai warganegara. Menurut undang-undang Roma, kesalahan memukul bapa sama beratnya dengan kesalahan membunuh. Dalam Kitab Ibrani dan Yunani, anak-anak digesa agar menghormati ibu bapa.—Kel. 20:12; Ef. 6:1-3.
-
-
Lihatlah PerbezaannyaMenara Pengawal (Pembelajaran)—2018 | Januari
-
-
10, 11. (a) Apakah sifat-sifat buruk yang menunjukkan bahawa orang tidak mengasihi satu sama lain? (b) Sedalam manakah kasih orang Kristian sejati terhadap orang lain?
10 Paulus menyebut sifat-sifat buruk lain yang terhasil kerana kurangnya kasih. Selepas menyebut tentang sikap “tidak mematuhi ibu bapa,” dia menyebut satu sifat yang berkaitan, iaitu tidak tahu berterima kasih, atau tidak menghargai kebaikan hati orang lain. Kemudian dia menyebut tentang orang yang tidak setia dan orang yang tidak mahu dibawa berbincang, iaitu orang yang enggan berdamai dengan orang lain. Selain itu, orang akan menghina Tuhan dan suka berkhianat. Mereka juga suka memfitnah, iaitu menyebarkan cerita palsu untuk merosakkan nama baik orang lain.a
-