PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • “Dia Sudah Menyenangkan Hati Tuhan”
    Menara Pengawal (Umum)—2017 | No. 1
    • “DIPINDAHKAN SUPAYA DIA TIDAK MENDERITA KETIKA DIA MATI”

      Bagaimanakah Henokh meninggal? Kita tidak tahu secara spesifik. Kisah dalam buku Kejadian berkata, ‘Henokh selalu hidup akrab dengan Tuhan, dia menghilang kerana diambil oleh Tuhan.’ (Kejadian 5:24) Bagaimanakah Henokh diambil oleh Tuhan? Rasul Paulus menjelaskan, “Kerana beriman, Henokh dipindahkan supaya dia tidak menderita ketika dia mati. Henokh tidak dijumpai di mana-mana kerana Tuhan telah memindahkannya. Sebelum dia dipindahkan, Tuhan telah memberikan kesaksian kepada Henokh bahawa dia sudah menyenangkan hati Tuhan.” (Ibrani 11:5) Apakah maksud Paulus apabila dia berkata bahawa Henokh “dipindahkan supaya dia tidak menderita ketika dia mati”? Sesetengah terjemahan Bible berkata bahawa Tuhan mengambil Henokh ke syurga. Namun, hal itu mustahil. Bible menunjukkan bahawa Yesus Kristus ialah orang pertama yang dibangkitkan ke syurga.​—Yohanes 3:13.

      Jadi, apakah yang dimaksudkan bahawa Henokh “dipindahkan supaya dia tidak menderita ketika dia mati”? Nampaknya, Yehuwa telah menyebabkan dia tidur dalam kematian secara beransur-ansur supaya dia tidak perlu menderita. Tetapi sebelum Henokh menghembuskan nafas terakhirnya, “Tuhan telah memberikan kesaksian kepada Henokh bahawa dia sudah menyenangkan hati Tuhan.” Bagaimana? Dia mungkin menerima penglihatan daripada Tuhan tentang bumi firdaus. Hal ini menunjukkan bahawa Tuhan memperkenankannya. Mengenai Henokh serta lelaki dan wanita setia yang lain, Paulus menulis, “Semua orang ini beriman sampai mati.” (Ibrani 11:13) Musuh-musuh Henokh mungkin mencari-cari mayatnya, tetapi mayatnya “tidak dijumpai di mana-mana.” Yehuwa mungkin telah menghilangkan mayat Henokh supaya mayatnya tidak digunakan untuk tujuan yang salah atau untuk penyembahan agama palsu.b

      Maka, mari kita bayangkan apa yang mungkin berlaku pada saat-saat terakhir kehidupan Henokh. Gambaran ini hanyalah satu kemungkinan. Henokh sedang berlari dan sangat keletihan. Musuh-musuhnya yang mengejarnya berasa berang kerana mesej penghakiman yang disampaikannya. Henokh menemui tempat bersembunyi untuk berehat seketika. Tetapi dia tahu bahawa musuhnya akan menjumpainya. Dia tahu kematian yang dahsyat sedang menantikannya. Semasa dia sedang berehat, dia berdoa kepada Tuhan. Kemudian, dia dipenuhi perasaan tenang. Henokh mengalami suatu penglihatan yang sangat jelas dan nyata.

      Henokh menyembunyikan diri di dalam gua apabila dikejar oleh musuhnya

      Henokh mungkin berhadapan dengan kematian yang dahsyat sebelum Tuhan mengambilnya

      Bayangkan, Henokh dapat melihat sebuah dunia yang sangat berbeza daripada dunianya. Dia mungkin melihat suatu tempat yang secantik Taman Eden, tetapi tiada kerub-kerub yang mengawal tempat itu. Tempat itu penuh dengan lelaki dan wanita yang sihat dan cergas. Mereka menikmati kedamaian, dan tiada kebencian mahupun penganiayaan seperti yang dialami Henokh. Bagi Henokh, dia merasai kasih dan perkenan Yehuwa. Dia berasa sangat selesa dan selamat di tempat itu. Kemudian dengan hati yang tenang, Henokh memejamkan matanya lalu tidur dalam kematian.

      Sehingga ke hari ini, Henokh berada dalam ingatan Tuhan Yehuwa! Seperti yang telah dijanjikan Yesus, masa akan tiba apabila semua orang dalam ingatan Tuhan akan mendengar suara Kristus lalu keluar dari kuburan. Mereka akan membuka mata dan melihat dunia baharu yang indah dan damai.​—Yohanes 5:28, 29.

  • “Dia Sudah Menyenangkan Hati Tuhan”
    Menara Pengawal (Umum)—2017 | No. 1
    • b Tuhan mungkin juga memastikan agar mayat Musa dan Yesus tidak digunakan bagi tujuan sedemikian.​—Ulangan 34:5, 6; Lukas 24:3-6; Yudas 9.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi