-
Tetap Bersukacita semasa Menghadapi CubaanMenara Pengawal (Pembelajaran)—2021 | Februari
-
-
2 Orang biasanya tidak menganggap penganiayaan sebagai sebab untuk bersukacita. Namun, itulah yang dinyatakan dalam Firman Tuhan. Sebagai contoh, Yakobus menulis bahawa semasa kita ditimpa cubaan, kita patut bersukacita dan bukannya berputus asa. (Yak. 1:2, 12) Yesus juga berkata bahawa kita patut berasa gembira bahkan semasa kita dianiaya. (Baca Matius 5:11.) Jadi bagaimanakah kita dapat tetap bersukacita semasa ditimpa cubaan? Kita dapat belajar daripada nasihat Yakobus kepada orang Kristian abad pertama. Sekarang, mari kita membincangkan cabaran yang dihadapi mereka.
CABARAN ORANG KRISTIAN ABAD PERTAMA
3. Apakah yang berlaku tidak lama selepas Yakobus menjadi orang Kristian?
3 Tidak lama selepas Yakobus, iaitu adik Yesus, menjadi orang Kristian, umat Tuhan di Yerusalem menghadapi tentangan yang hebat. (Kis. 1:14; 5:17, 18) Kemudian, selepas Stefanus dibunuh, banyak orang Kristian terpaksa melarikan diri. Mereka “tercerai-berai ke seluruh kawasan Yudea dan Samaria,” dan ada yang bahkan melarikan diri sejauh Siprus dan Antiokhia. (Kis. 7:58–8:1; 11:19) Mereka memang menghadapi kesusahan yang besar. Namun, mereka masih menginjil dengan bersemangat ke mana sahaja mereka pergi. Hasilnya, sidang-sidang ditubuhkan di seluruh Empayar Roma. (1 Ptr. 1:1) Meskipun begitu, mereka bakal ditimpa kesusahan yang lebih besar.
4. Apakah cubaan yang dihadapi orang Kristian abad pertama?
4 Orang Kristian abad pertama telah menghadapi pelbagai cubaan. Misalnya sekitar tahun 50 M, Klaudius, iaitu Maharaja Roma, telah mengarahkan agar semua orang Yahudi meninggalkan Roma. Oleh itu, orang Yahudi yang sudah menjadi orang Kristian terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke tempat lain. (Kis. 18:1-3) Kemudian, sekitar tahun 61 M, Rasul Paulus menulis bahawa rakan seimannya dihina di hadapan umum, dipenjarakan, dan harta milik mereka dirampas. (Ibr. 10:32-34) Selain itu, seperti orang lain, orang Kristian berdepan dengan masalah kewangan dan masalah kesihatan.—Rm. 15:26; Flp. 2:25-27.
-
-
Tetap Bersukacita semasa Menghadapi CubaanMenara Pengawal (Pembelajaran)—2021 | Februari
-
-
Seperti api dalam pelita yang tetap bernyala biarpun angin bertiup, sukacita yang diberikan oleh Yehuwa sentiasa membara dalam hati orang Kristian (Lihat perenggan 6)
6. Menurut Lukas 6:22, 23, mengapakah seorang Kristian dapat bersukacita meskipun menghadapi cubaan?
6 Ramai orang berfikir bahawa mereka dapat bersukacita hanya jika mereka sihat, kaya, dan memiliki keluarga yang bahagia. Namun, sukacita yang disebut oleh Yakobus merupakan sebahagian daripada buah kuasa suci Tuhan dan tidak bergantung pada situasi hidup seseorang. (Gal. 5:22) Seorang Kristian meraih sukacita kerana dia tahu bahawa dia menyenangkan hati Yehuwa dan mengikut teladan Yesus. (Baca Lukas 6:22, 23; Kol. 1:10, 11) Seperti api dalam pelita yang tetap bernyala biarpun angin bertiup, sukacita dalam hati seorang Kristian tetap membara biarpun dia dilanda masalah kewangan atau masalah kesihatan. Ejekan atau tentangan daripada ahli keluarga atau orang lain juga tidak dapat memadamkan sukacitanya. Sebaliknya, semakin para penentang mencuba memadamkannya, semakin bertambah sukacita itu. Sebenarnya, cubaan yang kita hadapi kerana iman kita membuktikan bahawa kita ialah pengikut Yesus yang sejati. (Mat. 10:22; 24:9; Yoh. 15:20) Oleh itu, Yakobus dapat menulis, “Saudara-saudaraku, bersukacitalah apabila kamu ditimpa pelbagai cubaan.”—Yak. 1:2.
-