PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 189
  • Dapatkah Saya Cari Kata-Kata yang Melegakan Hati daripada Bible?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Dapatkah Saya Cari Kata-Kata yang Melegakan Hati daripada Bible?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Kesusahan
  • Kematian orang tersayang
  • Perasaan bersalah yang melampau
  • Kesedihan
  • Penyakit
  • Stres dan kekhuatiran
  • Peperangan
  • Khuatir tentang masa depan
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Kekhuatiran Kaum Lelaki—Bagaimana Bible Dapat Membantu
    Topik-Topik Lain
  • Saya Berasa Bersalah—Dapatkah Bible Membantu Saya Mengatasi Perasaan Ini?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Lemparkanlah Segala Kekhuatiran kepada Yehuwa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
Lihat Selanjutnya
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 189
Seorang wanita membaca Bible. Dia berasa gembira dan puas.

Dapatkah Saya Cari Kata-Kata yang Melegakan Hati daripada Bible?

Jawapan Bible

Ya. (Roma 15:4) Perhatikan beberapa ayat Bible yang telah melegakan hati ramai orang yang menghadapi cabaran dan tekanan emosi.

Dalam rencana ini

  • Kesusahan

  • Kematian orang tersayang

  • Perasaan bersalah yang melampau

  • Kesedihan

  • Penyakit

  • Stres dan kekhuatiran

  • Peperangan

  • Khuatir tentang masa depan

Kesusahan

Mazmur 23:4: “Meskipun aku berjalan di lembah yang gelap-gelita, aku tidak berasa takut, kerana Engkau berada di sampingku.”

Maksud: Apabila anda berdoa kepada Tuhan dan mencari bimbingan-Nya dalam Bible, anda dapat menghadapi kesusahan dengan tabah.

Filipi 4:13: “Melalui Dia yang memberikan kuasa kepadaku, aku berdaya menghadapi segala keadaan.”

Maksud: Tuhan dapat memberikan anda kekuatan untuk menangani masalah yang anda hadapi.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang bagaimana Bible dapat membantu anda menghadapi cabaran yang berterusan, sila lihat rencana “Tantangannya: Keadaan yang Harus Dihadapi” dalam bahasa Indonesia.

Kematian orang tersayang

Pengkhutbah 9:10: “Di Kuburan, . . . tidak ada pekerjaan, rancangan, pengetahuan, atau kebijaksanaan.”

Maksud: Orang mati tidak tahu apa-apa. Mereka tidak menderita dan tidak dapat mencederakan kita.

Kisah 24:15: “Tuhan akan membangkitkan orang.”

Maksud: Tuhan akan menghidupkan semula orang tersayang anda yang telah meninggal melalui pembangkitan.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang bagaimana Bible dapat membantu anda menghadapi kehilangan orang tersayang, sila lihat rencana “Mengatasi Kesedihan—Perkara yang Dapat Dilakukan Sekarang.”

Perasaan bersalah yang melampau

Mazmur 86:5: “Ya Yehuwa,a Engkau baik dan suka mengampuni; Engkau sentiasa menunjukkan kasih setia-Mu kepada semua orang yang berseru kepada-Mu.”

Maksud: Tuhan mengampuni orang yang benar-benar bertaubat dan orang yang bertekad untuk tidak mengulangi kesalahannya lagi.

Mazmur 103:12: “Sejauh matahari terbit dari matahari terbenam,sejauh itu juga Dia membuang dosa kita.”

Maksud: Apabila Tuhan mengampuni kita, Dia akan membuang dosa kita sejauh yang mungkin dan yang tidak dapat kita bayangkan. Dia tidak akan mengungkit hal itu lagi untuk menghakimi atau menghukum kita.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang bagaimana Bible dapat membantu anda menghadapi perasaan bersalah yang melampau, sila lihat rencana “Saya Berasa Bersalah—Dapatkah Bible Membantu Saya Mengatasi Perasaan Ini?”

Kesedihan

Mazmur 31:7: “Engkau telah melihat penderitaanku, dan Engkau mengetahui kesengsaraanku.”

Maksud: Tuhan benar-benar mengetahui semua penderitaan yang anda lalui. Walaupun orang lain tidak memahami perasaan anda, Tuhan tahu segala isi hati anda.

Mazmur 34:18: “Yehuwa dekat dengan orang yang remuk hati; Dia menyelamatkan orang yang tawar hati.”

Maksud: Tuhan berjanji untuk melegakan hati anda semasa anda berasa sedih. Dia dapat memberi anda kekuatan untuk mengharungi cabaran anda.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang bagaimana Bible dapat membantu anda menghadapi perasaan sedih, sila lihat video Kamu Dapat Berasa Gembira Semula.

Penyakit

Mazmur 41:3: “Yehuwa akan memeliharanya sewaktu dia kesakitan di katilnya.”

Maksud: Apabila anda menghidap penyakit yang serius, Tuhan dapat membantu anda dengan memberi anda ketenangan, kekuatan, ketabahan, dan kebijaksanaan agar anda dapat membuat keputusan yang baik.

Yesaya 33:24: “Tiada sesiapa pun di negeri itu yang akan berkata, ‘Aku sakit.’”

Maksud: Tuhan berjanji bahawa semua manusia akan menikmati kesihatan yang sempurna pada masa depan.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang bagaimana Bible dapat membantu anda menangani masalah kesihatan, sila lihat rencana “Bagaimanakah jika Anda Tiba-Tiba Mengalami Masalah Kesihatan?”

Stres dan kekhuatiran

Mazmur 94:19: “Apabila aku dilanda kekhuatiran, Engkau menenangkan dan melegakan jiwaku.”

Maksud: Jika kita bergantung pada Tuhan semasa kita dilanda kekhuatiran, Dia akan bantu kita tetap bertenang.

1 Petrus 5:7: “Lemparkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Tuhan, kerana Dia mengambil berat tentang kamu.”

Maksud: Tuhan mengambil berat terhadap penderitaan yang kita alami. Dia menjemput kita untuk berdoa dan meluahkan kerisauan kita kepada-Nya.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang bagaimana Bible dapat membantu anda menangani stres dan kekhuatiran, sila lihat rencana “Apa yang Dapat Dilakukan sewaktu Anda Stres.”

Peperangan

Mazmur 46:9: “Tuhan menghentikan peperangan di seluruh dunia.”

Maksud: Kerajaan Tuhan akan melenyapkan semua peperangan tidak lama lagi.

Mazmur 37:11, 29: “Orang yang rendah hati akan memiliki bumi, dan mereka akan menikmati kebahagiaan dan kedamaian yang berlimpah-limpah. . . . Orang yang melakukan apa yang benar akan memiliki bumi, dan mereka akan mendiaminya selama-lamanya.”

Maksud: Orang yang baik akan menikmati kedamaian di bumi buat selama-lamanya.

Untuk mempelajari lebih banyak tentang bagaimana kita tahu bahawa Kerajaan Tuhan sudah dekat, sila lihat rencana “Bilakah Kerajaan Tuhan Akan Memerintah Bumi?”

Khuatir tentang masa depan

Yeremia 29:11: “‘Aku sendiri tahu apa yang akan Aku lakukan untuk kamu,’ firman Yehuwa, ‘Aku akan memberi kamu kedamaian, bukannya malapetaka. Ya, Aku akan memberi kamu harapan dan masa depan yang baik.’”

Maksud: Tuhan meyakinkan umat-Nya bahawa mereka akan memiliki masa depan yang baik.

Wahyu 21:4: “Dia akan menyapu semua air mata mereka, dan kematian tidak akan ada lagi. Ratapan, tangisan, dan kesakitan pun tidak akan ada lagi. Perkara-perkara yang lama sudah lenyap.”

Maksud: Tuhan berjanji bahawa Dia akan melenyapkan semua perkara buruk yang anda lihat dan alami pada masa sekarang.

Untuk mengetahui lebih banyak tentang janji-janji Bible pada masa depan, sila lihat rencana “Harapan Sejati bagi Masa Depan.”

a Yehuwa ialah nama peribadi Tuhan. (Mazmur 83:18) Lihat rencana, “Siapakah Yehuwa?”

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi