PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 20
  • Bagaimanakah Sidang Kristian Diaturkan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Bagaimanakah Sidang Kristian Diaturkan?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Bagaimanakah Para Penatua Membantu Sidang?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
  • Dapatkan Bantuan Para Penatua
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
  • Para Penatua—Teruslah Meniru Teladan Rasul Paulus
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
  • Para Penatua Menunjukkan Kasih dan Belas Kasihan kepada Pendosa
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 20
Pelajaran 20. Seorang saudara menanya soalan semasa perjumpaan Saksi-Saksi Yehuwa. Hadirin mengangkat tangan dan mengongsi komen mereka.

PELAJARAN 20

Bagaimanakah Sidang Kristian Diaturkan?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

Bible kata Yehuwa bukan Tuhan yang kacau-bilau. (1 Korintus 14:33) Maka penyembah-Nya harus teratur. Bagaimanakah sidang Kristian diaturkan? Apakah peranan kita?

1. Siapakah ketua sidang?

Bible kata, “Kristus ialah kepala sidang.” (Efesus 5:23) Dia mengawasi sidang dari syurga. Yesus melantik “hamba yang setia dan bijaksana” yang terdiri daripada beberapa orang penatua. Mereka juga dikenali sebagai Badan Pimpinan. (Baca Matius 24:45-47.) Seperti para rasul dan penatua di Yerusalem pada abad pertama, Badan Pimpinan memberikan arahan kepada sidang di seluas dunia. (Kisah 15:2) Mereka bukanlah ketua kita. Sebaliknya, mereka bergantung pada Yehuwa dan Firman-Nya, serta mengikut bimbingan Yesus.

2. Apakah peranan para penatua?

Para penatua ialah saudara yang dilantik untuk menggembala dan mengajar sidang berdasarkan Firman Tuhan. Mereka juga membantu dan menggalakkan ahli sidang. Mereka tidak dibayar gaji. Sebaliknya, mereka berkhidmat “dengan rela.” Mereka melakukan tugas “dengan bersemangat, dan bukannya kerana mencintai keuntungan yang diperoleh secara tidak jujur.” (1 Petrus 5:1, 2) Para penatua dibantu oleh pembantu sidang. Pembantu sidang yang layak pula dapat dilantik menjadi penatua.

Sesetengah penatua juga dilantik oleh Badan Pimpinan untuk menjadi penyelia litar. Apakah sesetengah tugas mereka? Penyelia litar melawat sidang untuk memberikan arahan dan galakan. Selain itu, mereka melantik saudara yang memenuhi syarat Bible untuk menjadi penatua dan pembantu sidang.​—1 Timotius 3:1-10, 12; Titus 1:5-9.

3. Apakah peranan setiap Saksi?

Semua di sidang berpeluang ‘memuji nama Yehuwa.’ (Baca Mazmur 148:12, 13.) Mereka berbuat demikian dengan mengambil bahagian dalam sidang dan dengan menginjil.

KETAHUILAH

Belajarlah cara Yesus mengambil pimpinan, cara para penatua meniru teladan Yesus, dan cara kita dapat bekerjasama dengan Yesus dan para penatua.

4. Yesus menyegarkan kita

Sebagai ketua kita, apakah yang Yesus ingin kita lakukan? Baca Matius 11:28-30, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah sifat yang Yesus tunjukkan sebagai ketua kita? Apakah perasaan anda di bawah pimpinannya?

Bagaimanakah para penatua meniru teladan Yesus? Mainkan VIDEO.

VIDEO: Para Penatua Membantu semasa Gempa Bumi di Nepal (4:56)

Bible memberikan bimbingan yang jelas tentang cara penatua harus menjalankan tugas mereka.

Baca Yesaya 32:2 dan 1 Petrus 5:1-3, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah perasaan anda apabila mengetahui bahawa penatua berusaha menyegarkan orang lain seperti Yesus?

  • Apakah cara lain para penatua meniru teladan Yesus?

5. Penatua mengajar melalui teladan

Apakah pandangan yang harus dimiliki oleh para penatua terhadap tugas mereka? Mainkan VIDEO.

VIDEO: Penatua yang Mengambil Pimpinan (7:39)

Para penatua harus meniru cara Yesus mengambil pimpinan dalam sidang. Baca Matius 23:8-12, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut ayat ini, apakah sepatutnya sikap para penatua? Bagaimana pula sikap sesetengah pemimpin agama hari ini?

A. Kolaj: Seorang penatua menjaga kerohanian diri dan keluarganya. 1. Dia berdoa sebelum membuat pembelajaran Bible. 2. Dia dan isteri mengajar Bible kepada anak perempuan mereka. B. Penatua yang sama dan isterinya melawat seorang ahli sidang yang berada di hospital. C. Penatua yang sama menginjil kepada seorang lelaki. D. Kolaj: 1. Penatua yang sama menyampaikan ceramah semasa perjumpaan. 2. Dia membersihkan lantai Dewan Perjumpaan.
  1. Para penatua menjaga kerohanian sendiri dan keluarga

  2. Para penatua mengambil berat terhadap setiap ahli sidang

  3. Para penatua rajin menginjil

  4. Para penatua mengajar di sidang. Mereka juga membantu melakukan kerja pembersihan dan tugas lain

6. Kita patut bekerjasama dengan penatua

Bible memberitahu kita satu sebab penting kita harus bekerjasama dengan para penatua. Baca Ibrani 13:17, kemudian bincang soalan berikut:

  • Bible menggalakkan kita untuk sedia mematuhi saudara yang mengambil pimpinan. Adakah anda rasa nasihat itu bagus? Mengapa?

Baca Lukas 16:10, kemudian bincang soalan berikut:

  • Mengapakah kita harus bekerjasama dengan para penatua bahkan dalam hal yang nampaknya remeh?

ADA ORANG KATA: “Kamu tidak perlu menjadi ahli mana-mana agama.”

  • Pada pendapat anda, apakah manfaatnya jika seseorang menyembah Tuhan bersama sidang?

RINGKASAN

Yesus ialah kepala sidang. Para penatua mengikut bimbingan Yesus. Kita gembira bekerjasama dengan para penatua kerana mereka menyegarkan kita dan mengajar kita melalui teladan mereka.

Ulang Kaji

  • Siapakah kepala sidang?

  • Bagaimanakah para penatua membantu sidang?

  • Apakah peranan setiap penyembah Yehuwa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihat cara Badan Pimpinan dan penatua lain menunjukkan bahawa mereka mengambil berat terhadap sidang.

Menguatkan Rakan Seiman Di Bawah Larangan (4:22)

Belajarlah tentang tugas-tugas penyelia litar.

Kehidupan Seorang Penyelia Litar di Kawasan Terpencil (4:51)

Bacalah tentang peranan para wanita dalam sidang.

“Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Mempunyai Penginjil Wanita?” (Menara Pengawal, 1 September 2012)

Ketahuilah bagaimana para penatua bekerja keras untuk menggalakkan rakan seiman.

“Para Penatua​—‘Rakan Sekerja bagi Sukacita Kita’” (Menara Pengawal, 15 Januari 2013)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi