-
‘Tuhan Mengasihi Kita Terlebih Dahulu’Hampirilah Yehuwa
-
-
“Tuhan Itu Kasih”
15. Apakah yang dikatakan dalam Bible tentang sifat kasih Yehuwa? Mengapakah pernyataan itu amat istimewa? (Lihat juga nota kaki.)
15 Bible menggunakan cara yang sangat istimewa untuk menggambarkan kasih. Bible tidak pernah menyatakan bahawa Tuhan itu kuasa, Tuhan itu keadilan, atau Tuhan itu kebijaksanaan. Tuhan memiliki ketiga-tiga sifat itu, dan Dia merupakan Sumber sifat-sifat itu. Tetapi berkenaan kasih, Bible menyatakan bahawa “Tuhan itu kasih.”b—1 Yohanes 4:8.
16-18. (a) Mengapakah Bible mengatakan bahawa “Tuhan itu kasih”? (b) Mengapakah Yehuwa menggunakan manusia untuk melambangkan kasih?
16 “Tuhan itu kasih,” tetapi kita tidak boleh menterbalikkan ayat ini dan berkata bahawa “kasih itu Tuhan.” Tuhan tidak sama dengan kasih kerana Dia bukan sekadar suatu sifat yang baik. Dia ialah Individu yang mempunyai perasaan dan banyak sifat lain. Tetapi kasih sebati dengan Yehuwa, dan tidak boleh dipisahkan daripada-Nya. Secara umum, kita boleh mengatakan bahawa kuasa membolehkan Yehuwa untuk bertindak. Keadilan dan kebijaksanaan membimbing tindakan Yehuwa, tetapi kasih menggerakkan-Nya untuk bertindak. Ya, Yehuwa sentiasa menunjukkan kasih semasa Dia menunjukkan sifat-sifat-Nya yang lain.
17 Yehuwa ialah personifikasi kasih. Maka, jika kita ingin belajar tentang kasih yang berasaskan prinsip, kita haruslah mengenali Yehuwa. Manusia memang dapat memperlihatkan kasih kerana manusia diciptakan menurut gambaran Tuhan. (Kejadian 1:26) Antara semua makhluk di bumi, hanya manusia yang dapat menunjukkan kasih dan meniru Bapa kita yang di syurga. Ingatlah bahawa Yehuwa menggunakan makhluk ciptaan-Nya yang lain untuk melambangkan sifat-sifat utama-Nya. Tetapi Dia menggunakan manusia untuk melambangkan sifat-Nya yang paling utama, iaitu kasih.—Yehezkiel 1:10.
-
-
‘Tuhan Mengasihi Kita Terlebih Dahulu’Hampirilah Yehuwa
-
-
b Ayat-ayat Bible yang lain juga menggunakan gaya bahasa yang serupa. Contohnya, “Tuhan itu cahaya” dan “Tuhan Yehuwa ialah matahari.” (1 Yohanes 1:5; Mazmur 84:11) Tetapi ayat-ayat ini menggunakan gaya bahasa metafora untuk menyamakan Yehuwa dengan benda-benda fizikal. Yehuwa adalah seperti cahaya, kerana Dia suci dan benar. Di dalam diri-Nya, tidak ada “kegelapan,” atau apa-apa yang najis. Selain itu, Yehuwa disamakan dengan matahari kerana Dia merupakan sumber cahaya, nyawa, dan tenaga.
-