PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwbq rencana 114
  • Apakah Itu “Tujuh Maha Dosa”?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Itu “Tujuh Maha Dosa”?
  • Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Jawapan Bible
  • Apakah Itu Dosa?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Tuhan yang “Suka Mengampuni”
    Hampirilah Yehuwa
  • Adakah Tuhan Akan Mengampuni Saya?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Pengampunan Yehuwa​—Manfaatnya bagi Anda
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2025
Jawapan kepada Soalan Bible
ijwbq rencana 114
Seorang lelaki yang sedih

Apakah Itu “Tujuh Maha Dosa”?

Jawapan Bible

Bible tidak menyebut secara spesifik mengenai senarai “tujuh maha dosa.” Namun, Bible mengajarkan bahawa orang yang mengamalkan dosa yang serius tidak akan diselamatkan. Contohnya, Bible menyatakan bahawa dosa-dosa serius termasuk: Perbuatan seks yang tidak bermoral, penyembahan berhala, penggunaan ilmu sihir, ledakan kemarahan, dan kemabukan. Dosa-dosa tersebut merupakan “perbuatan yang terhasil daripada keinginan yang berdosa.” Bible juga menyatakan, “Orang yang mengamalkan perbuatan sebegini tidak akan mewarisi Kerajaan Tuhan.”​—Galatia 5:​19-​21.a

Bukankah Bible ada menyenaraikan “tujuh perkara yang dibenci oleh Tuhan”?

Ya. Menurut Alkitab Versi Borneo, Amsal 6:​16 menyatakan, “Ada enam hal yang dibenci TUHAN, bahkan tujuh perkara yang menjadi kekejian bagi-Nya.” Namun perkara-perkara yang dianggap sebagai dosa tidak terhad kepada perkara-perkara yang disenaraikan dalam Amsal 6:​17-19. Sebaliknya, ayat-ayat itu menyebut tentang kategori-kategori perkara yang salah, termasuk dosa yang melibatkan fikiran, kata-kata, dan perbuatan seseorang.b

Apakah maksud ungkapan “dosa yang mengakibatkan orang kehilangan hidup”?

Ungkapan ini dijumpai di 1 Yohanes 5:​16 dalam Alkitab Berita Baik, dan juga boleh diterjemahkan sebagai “dosa yang membawa kematian,” “dosa yang mendatangkan kematian,” atau “dosa yang mengakibatkan kematian.” Apakah perbezaan antara “dosa yang mengakibatkan kematian” dengan “dosa yang tidak mengakibatkan kematian”?​—1 Yohanes 5:​16.

Bible jelas menyatakan bahawa upah dosa ialah kematian. Namun, kita dapat diselamatkan daripada dosa dan kematian melalui korban tebusan Yesus Kristus. (Roma 5:​12; 6:​23) Tetapi, Tuhan tidak akan menggunakan korban tebusan Kristus untuk menutupi “dosa yang mengakibatkan kematian.” Orang yang melakukan dosa sedemikian enggan berubah atau bertaubat dan nekad untuk mengikut haluan yang salah. Jadi dosa sebegitu ‘tidak akan diampunkan.’​—Matius 12:31; Lukas 12:10.

Senarai “tujuh maha dosa” berasal dari mana?

Senarai “tujuh maha dosa” pada mulanya berasal daripada senarai yang menyebutkan lapan perbuatan yang dianggap sebagai dosa. Senarai itu dibuat oleh Evagrius Ponticus, seorang rahib pada abad keempat Masihi. Senarai itu juga menjadi rujukan kepada tulisan seorang pendeta yang bernama John Cassian. Namun pada abad keenam Masihi, Paus Gregory I telah menukar senarai yang dibuat oleh Cassian kepada suatu senarai yang menyebutkan tujuh dosa besar yang harus dihindari oleh penganut gereja Katolik Roma. Dosa-dosa itu adalah seperti berikut: Keangkuhan, ketamakan, hawa nafsu, perasaan iri hati, kerakusan, kemarahan, dan kemalasan. Gregory berpendapat bahawa dosa-dosa itu merupakan punca kepada perbuatan dosa yang lain.

a Lima belas dosa serius yang disenaraikan di Galatia 5:​19-​21 bukanlah senarai yang lengkap. Setelah menyenaraikan dosa-dosa tersebut, Bible menyambung, “dan hal-hal seperti ini.” Oleh itu, pembaca perlu menggunakan daya pengertian mereka untuk mengenal pasti dosa-dosa lain yang termasuk dalam “hal-hal seperti ini.”

b Penggunaan angka di Amsal 6:​16 merupakan suatu gaya bahasa Ibrani. Angka pertama disebut untuk memberikan penekanan kepada angka yang kedua. Ungkapan sebegitu sering muncul dalam Ayat-Ayat Suci.​—Ayub 5:​19; Amsal 30:15, 18, 21.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi