PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • g21 No. 1 ms. 10-11
  • Mengapakah Kita Menderita, Menjadi Tua, dan Mati?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Mengapakah Kita Menderita, Menjadi Tua, dan Mati?
  • Sedarlah!—2021
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • Pasangan Manusia Pertama Menyebabkan Kita Menderita
  • Roh-Roh Jahat Menambahkan Lagi Penderitaan Kita
  • Ada Kalanya, Kita yang Menyebabkan Penderitaan Kita
  • Kita Hidup pada “Hari-Hari Terakhir”
  • Mengapakah Ada Banyak Kejahatan dan Penderitaan?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Mengapakah Ada Banyak Penderitaan?
    Apakah yang Diajarkan Bible?
  • Apakah Ajaran Bible?
    Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Mengapakah Tuhan Mengizinkan Penderitaan?
    Apakah Sebenarnya Ajaran Bible?
Lihat Selanjutnya
Sedarlah!—2021
g21 No. 1 ms. 10-11
Orang miskin yang hidup serba kekurangan.

Mengapakah Kita Menderita, Menjadi Tua, dan Mati?

Pencipta kita menganggap kita sebagai anak-anak-Nya dan Dia tidak mahu kita menderita. Jadi, mengapakah dunia ini penuh dengan penderitaan?

Pasangan Manusia Pertama Menyebabkan Kita Menderita

“Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian. Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang.”​—ROMA 5:12.

Tuhan menciptakan pasangan manusia yang pertama, iaitu Adam dan Hawa, dengan tubuh dan minda yang sempurna. Dia juga memberi mereka tempat tinggal yang cantik di bumi, yang dipanggil Taman Eden. Tuhan memberitahu mereka bahawa mereka boleh makan buah daripada setiap pokok di taman itu kecuali daripada satu pokok. Namun, Adam dan Hawa memilih untuk makan buah daripada satu pokok itu, dan perbuatan itu merupakan satu dosa. (Kejadian 2:15-17; 3:1-19) Selepas mereka tidak mentaati Tuhan, Tuhan telah menghalau mereka daripada Taman Eden, dan mereka hidup susah sejak itu. Seraya masa berlalu, mereka mempunyai anak, dan anak mereka juga hidup dalam kesusahan. Mereka semua menjadi tua dan mati. (Kejadian 3:23; 5:5) Kita juga jatuh sakit, menjadi tua, dan mati kerana kita merupakan keturunan pasangan manusia yang pertama.

Roh-Roh Jahat Menambahkan Lagi Penderitaan Kita

“Seluruh dunia berada di bawah kuasa Si Jahat.”​—1 YOHANES 5:19.

“Si Jahat” yang dipanggil Syaitan merupakan makhluk roh yang telah memberontak terhadap Tuhan. (Yohanes 8:44; Wahyu 12:9) Kemudian, terdapat makhluk roh lain yang menyertai pemberontakan Syaitan, dan mereka dipanggil roh-roh jahat. Roh-roh jahat menggunakan kuasa mereka untuk menyesatkan manusia dan membuat manusia mengingkari Pencipta. Mereka juga mempengaruhi ramai orang untuk melakukan hal-hal yang jahat. (Mazmur 106:35-38; 1 Timotius 4:1) Syaitan dan roh-roh jahat suka membuat hidup manusia menderita.

Ada Kalanya, Kita yang Menyebabkan Penderitaan Kita

“Seseorang akan menuai apa yang ditanamnya.”​—GALATIA 6:7.

Terdapat banyak penderitaan yang berlaku kerana kita mewarisi dosa dan kerana pengaruh Syaitan dalam dunia ini. Namun, ada kalanya manusia menderita akibat perbuatan diri mereka sendiri. Bagaimana? Apabila mereka melakukan perkara yang jahat atau membuat keputusan yang bodoh, selalunya mereka akan menuai hasil yang buruk. Sebaliknya, apabila mereka melakukan perkara yang baik, mereka akan menuai hasil yang baik. Contohnya, jika seorang suami dan bapa bersikap jujur, bekerja keras, dan mengasihi keluarganya, dia akan menuai banyak hasil yang baik dan membuat keluarganya bahagia. Namun, jika dia kaki judi, kaki botol, atau pemalas, dia akan membuat dirinya sendiri dan keluarganya jatuh miskin. Jadi adalah bijak untuk mendengar nasihat Pencipta kita. Dia mahu kita menuai banyak hasil yang baik, termasuk “kedamaian yang melimpah.”​—Mazmur 119:165.

Kita Hidup pada “Hari-Hari Terakhir”

“Pada hari-hari terakhir, . . .  manusia akan mencintai diri sendiri, mencintai wang, . . . tidak mematuhi ibu bapa, . . . tidak tahu mengawal diri, garang, dan tidak mencintai kebaikan.” ​—2 TIMOTIUS 3:1-5.

Hari ini, ramai orang bersikap seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut. Hal ini membuktikan bahawa kita sedang hidup pada “hari-hari terakhir.” Ayat-Ayat Suci juga menyatakan bahawa pada “hari-hari terakhir,” peperangan, kekurangan makanan, gempa bumi yang dahsyat, dan wabak, akan berlaku. (Matius 24:3, 7, 8; Lukas 21:10, 11) Hal-hal ini menyebabkan banyak penderitaan dan kematian.

Saya Mendapat Ketenangan Jiwa

“Semasa saya berumur 19 tahun, saya menjadi lumpuh dan diberitahu bahawa semua ini berlaku kerana saya telah melakukan hal yang jahat dalam kehidupan sebelumnya. Oleh sebab itu, saya menderita secara mental dan emosi. Saya diajar bahawa Tuhanlah yang menyebabkan manusia menderita. Oleh itu, saya tidak dapat mengasihi Tuhan yang begitu kejam. Namun, setelah mengkaji Bible, saya belajar bahawa Pencipta mengambil berat terhadap kita, dan sebenarnya Syaitanlah yang menyebabkan penderitaan manusia. Saya juga belajar bahawa tidak lama lagi, Tuhan akan membinasakan Syaitan dan menghilangkan semua kesan buruk yang disebabkan oleh Syaitan. Kasih saya terhadap Tuhan semakin mendalam, dan saya mendapat ketenangan jiwa.”​—Sanjay.

Sanjay.

Maklumat lanjut:

Untuk mengetahui lebih banyak nasihat praktikal tentang penderitaan dan cara untuk menanganinya, sila layari jw.org/ms dan lihat bahagian AJARAN BIBLE > JAWAPAN KEPADA SOALAN BIBLE > PENDERITAAN.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi