PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w12 15/6 ms. 19
  • Pertanyaan Pembaca

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Pertanyaan Pembaca
  • Menara Pengawal—2012
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yehuwa Menyingkapkan Apa yang “Segera Harus Berlaku”
    Menara Pengawal—2012
  • Pergolakan Politik Memenuhi Nubuat Bible
    Topik-Topik Lain
  • Belajarlah daripada Nubuat Bible
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Kerajaan Tuhan Sedang Memerintah!
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2022
Menara Pengawal—2012
w12 15/6 ms. 19

Pertanyaan Pembaca

Menurut nubuat Bible, bilakah kuasa Inggeris Amerika menjadi kuasa dunia yang ketujuh?

▪ Patung besar yang dimimpikan Raja Nebukadnezar tidak melambangkan semua kuasa dunia. (Dan. 2:31-45) Patung besar ini hanya melambangkan lima kuasa dunia yang muncul sejak zaman Daniel dan telah mempengaruhi umat Tuhan secara langsung.

Gambaran Daniel tentang patung logam itu menunjukkan bahawa gabungan kuasa Inggeris Amerika tidak akan menakluki Roma. Daniel nampak bahawa paha dan betis serta sebahagian daripada kaki patung itu diperbuat daripada besi. (Kaki dan jari kaki merupakan campuran besi dan tanah liat.)a Maksudnya kuasa Inggeris Amerika akan muncul daripada Roma, iaitu paha dan betis besi patung itu. Sejarah mengesahkan hal ini. Inggeris, yang sebelumnya di bawah kuasa Roma, menjadi kuasa yang masyhur pada hujung abad ke-18. Kemudian, Amerika muncul sebagai negara yang berpengaruh di pentas dunia. Namun, kuasa dunia ketujuh dalam nubuat Bible masih belum muncul. Mengapa? Kerana hubungan rapat antara Inggeris dan Amerika hanya menjadi ketara semasa Perang Dunia I.

Pada masa itu, kaum terurap sangat aktif terutamanya di Amerika Syarikat. Mereka mengorganisasikan kerja penyebaran dari Brooklyn, New York. (Mat. 13:36-43) Kaum Kristian terurap juga sedang menginjil dengan bersemangat di negara-negara naungan Inggeris. Semasa Perang Dunia I, Inggeris dan Amerika mengadakan pakatan istimewa untuk melawan musuh politik. Ketika bahang semangat kebangsaan semakin terasa, kuasa Inggeris Amerika menunjukkan kebencian terhadap benih “wanita.” Kuasa ini mengharamkan bahan bacaan mereka serta memenjarakan saudara-saudara yang memimpin kerja penyebaran.​—Why. 12:17.

Walaupun Inggeris mula bangkit sebagai kuasa besar dunia pada hujung abad ke-18, nubuat Bible menyatakan bahawa kuasa dunia yang ketujuh hanya muncul pada permulaan Hari Tuan.b

[Nota kaki]

a Tanah liat dalam kaki patung itu melambangkan rakyat dalam lingkungan kuasa Inggeris Amerika. Dengan peredaran masa, tanah liat ini melemahkan kuasa dunia Inggeris Amerika.

b Maklumat ini adalah penjelasan terkini kepada apa yang dibincangkan dalam buku “Nubuat Daniel” (Daniel’s Prophecy), muka 57, perenggan 24, dan gambar rajah pada muka 56 dan 139.

[Gambar pada muka surat 19]

Lapan orang saudara daripada ibu pejabat Watchtower dipenjarakan pada Jun 1918

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi