PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/7 ms. 13
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal—2014
Menara Pengawal—2014
w14 1/7 ms. 13

TAHUKAH ANDA?

Bagaimanakah orang pada masa kuno membina kapal yang kalis air?

Lionel Casson, seorang pakar yang mengkaji pembinaan kapal kuno di Roma menerangkan bahawa pelaut menutup celah-celah papan kapal. Kemudian, mereka biasanya akan menyapukan bitumen atau campuran bitumen dan lilin pada bahagian luar dan dalam kapal. Lama sebelum orang Roma melakukan hal itu, orang Akkadia dan Babilon juga menggunakan bitumen supaya kapal mereka kalis air.

Cecair bitumen

Cecair bitumen senang didapati di kawasan yang disebut dalam bible

Kitab Ibrani menyebut tentang bitumen di Kejadian 6:14. Dalam ayat itu, bitumen dirujuk sebagai “tar,” yang merupakan sejenis bahan petroleum semula jadi.

Bitumen semula jadi terdapat dalam bentuk cecair dan pepejal. Pelaut kuno menyapukan cecair bitumen pada kapal mereka. Kemudian bitumen itu akan mengering dan mengeras. Hasilnya kapal itu kalis air.

Bitumen senang didapati di kawasan yang disebut dalam Bible. Lembah Zidim berdekatan Laut Mati “penuh dengan lubang tar” atau bitumen.—Kejadian 14:10.

Apakah kaedah untuk mengawet ikan pada zaman dahulu?

Sejak dahulu, ikan merupakan makanan yang penting. Beberapa orang pengikut Yesus pada mulanya bekerja sebagai nelayan di Tasik Galilea. (Matius 4:18-22) Sebahagian daripada tangkapan ikan akan dibawa untuk diproses.

Nelayan kuno mengangkat ikan

Ukiran kayu nelayan Mesir

Teknik pengawetan ikan yang mungkin digunakan pada zaman lampau masih digunakan di sesetengah tempat sekarang. Isi perut ikan dibuang dan ikan dicuci dengan air. Menurut buku Studies in Ancient Technology, “Garam kasar akan digosok pada insang, mulut, dan sisik ikan. Lapisan ikan dan garam ditutup dengan tikar. Selepas dibiarkan untuk 3-5 hari, ikan itu akan diterbalikkan dan dibiarkan untuk jangka masa yang sama. Ketika proses ini, ikan akan mengering dan garam akan meresap ke dalam ikan. Selepas pengeringan, ikan menjadi keras.”

Memang tidak diketahui berapa lama ikan yang diawet dengan kaedah ini boleh bertahan. Namun, kaedah pengawetan ini memang cukup baik memandangkan orang Mesir kuno dapat mengeksport ikan yang telah diawet ke Siria.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi