PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • w14 1/4 ms. 13
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal—2014
  • Bahan yang Berkaitan
  • Paulus di Roma
    Buku Cerita Bible Saya
Menara Pengawal—2014
w14 1/4 ms. 13

TAHUKAH ANDA?

Bagaimanakah kehidupan hamba pada zaman Roma?

Satu kolar besi dengan label bagi hamba Roma

Kolar besi hamba di roma

Pada zaman Roma, ramai tawanan perang atau mangsa penculikan menjadi hamba. Tawanan ini dijual dan biasanya tidak dapat pulang atau berjumpa dengan keluarga mereka lagi.

Banyak hamba dipaksa bekerja keras di lombong, manakala kehidupan hamba di ladang atau di rumah adalah lebih baik. Seorang hamba mungkin dipaksa memakai kolar besi dengan label yang menjanjikan ganjaran kepada orang yang mengembalikan hamba yang melarikan diri. Jika hamba itu berkali-kali cuba melarikan diri, dahinya akan diselar huruf F yang bermaksud fugitivus atau pelarian.

Catatan Bible dalam buku Filemon membincangkan tentang rasul Paulus yang menghantar Onesimus, hamba yang telah melarikan diri untuk kembali kepada tuannya, Filemon. Meskipun Filemon berhak menjatuhkan hukuman berat, Paulus memintanya menyambut Onesimus atas dasar kasih dan persahabatan.​—Filemon 10, 11, 15-18.

Mengapakah Fenisia zaman kuno terkenal dengan pewarna ungu?

Kerang murex dan benang ungu Tirus

Fenisia zaman kuno mungkin terletak di Lebanon dan terkenal dengan pewarna ungu Tirus yang dinamakan sempena kota Tirus. Pada zaman Israel kuno, Raja Salomo menghiasi rumah Tuhan dengan ‘kain berwarna ungu’ yang dihasilkan oleh seorang tukang yang mahir dari Tirus.​—2 Tawarikh 2:​13, 14.

Pada masa itu, pewarna ungu Tirus sangat berharga kerana banyak usaha dicurahkan untuk menghasilkannya. Pertama, nelayan akan turun ke laut untuk mengumpul kerang murexa dalam jumlah yang besar. Sebanyak 12,000 kerang diperlukan untuk menghasilkan pewarna bagi sehelai pakaian. Kemudian, siput laut dikeluarkan daripada kerang agar kelenjar pewarna dapat di ekstrak. Kelenjar itu dicampur dengan garam, diletakkan di tempat terbuka dan di bawah cahaya matahari selama tiga hari. Selepas itu, campuran dimasukkan ke dalam tong, ditutup, dan dipanaskan dengan air laut pada suhu rendah untuk beberapa hari.

Selama ratusan tahun, orang Fenisia menggunakan perdagangan dan penjajahan untuk mengekalkan permintaan dan kemampuan bagi menghasilkan pewarna ungu Tirus. Peninggalan daripada pewarna yang mereka hasilkan ditemui di sekitar Laut Mediterranean sehingga ke barat Cádiz, Sepanyol.

a Panjang ukuran kerang adalah di antara lima hingga lapan sentimeter.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi