Lagu 62
Kita Milik Siapa?
Edisi Cetak
1. Kamu milik siapa?
Siapakah tuhan kamu?
Yang kau patuhi dan menyembah;
Engkau menjadi hambanya.
Tak mungkin kau dapat
Menyembah dua tuhan.
Kasihmu tentu berbelah bagi
Antara dua tuan.
2. Kamu milik siapa?
Siapakah tuhan kamu?
Yang satu benar, satu palsu;
Pilihannya di tanganmu.
Adakah kau setia
Pada raja dunia?
Atau patuhi Tuhan yang benar
Dan buat kehendak-Nya?
3. Aku milik siapa?
Yehuwa aku patuh.
Aku berikrar dengan rela
Untuk sembah-Nya sahaja.
Ku telah ditebus
Dengan nilai yang tinggi.
Aku sentiasa setia pada-Nya;
Nama-Nya ku sanjungi.
(Lihat juga Yos. 24:15; Mzm. 116:14, 18; 2 Tim. 2:19.)