APAKAH AJARAN BIBLE?
Apakah yang berlaku apabila kita mati?
SESETENGAH ORANG PERCAYA bahawa selepas seseorang mati, sesuatu dalam badan akan terus hidup. Manakala ada yang berfikir bahawa kematian mengakhiri segala-galanya. Apakah kepercayaan anda?
JAWAPAN BIBLE
“Orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun.” (Pengkhutbah 9:5) Apabila kita mati, kita tidak wujud.
HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE
Manusia pertama, iaitu Adam, “kembali ke tanah” apabila dia mati. (Kejadian 2:7; 3:19) Begitu juga, kita semua kembali ke tanah apabila kita mati.—Pengkhutbah 3:19, 20.
Apabila seseorang mati, dosanya akan lenyap. (Roma 6:7) Maka tiada lagi hukuman dijatuhkan atas orang yang sudah mati.
Dapatkah orang yang mati hidup kembali?
APAKAH JAWAPAN ANDA?
Ya
Tidak
Mungkin
JAWAPAN BIBLE
“Tuhan akan membangkitkan orang.”—Kisah 24:15.
HAL LAIN YANG KITA PELAJARI DARIPADA BIBLE
Bible selalu menggambarkan keadaan orang mati seperti tidur. (Yohanes 11:11-14) Tuhan dapat membangunkan orang yang mati, sepertimana kita dapat membangunkan orang daripada tidur.—Ayub 14:13-15.
Terdapat kisah pembangkitan dalam Bible. Hal ini memberi kita bukti kukuh bahawa orang mati akan dibangkitkan.—1 Raja-Raja 17:17-24; Lukas 7:11-17; Yohanes 11:39-44.