PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp17 No. 1 ms. 5-6
  • Membuat Pembacaan Bible Lebih Menarik

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Membuat Pembacaan Bible Lebih Menarik
  • Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • Tip Pembelajaran
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2023
  • Dapatkan Manfaat yang Sepenuhnya daripada Bible
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Adakah Anda Menggunakan JW Library?
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2016
  • Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
    Di Manakah Jawapan bagi Soalan Penting dalam Hidup?
Lihat Selanjutnya
Menara Pengawal (Umum)—2017
wp17 No. 1 ms. 5-6
Seorang wanita menggunakan alat penyelidikan Bible semasa membaca Bible

TOPIK UTAMA | APAKAH MANFAAT MEMBACA BIBLE?

Membuat Pembacaan Bible Lebih Menarik

Adakah pembacaan Bible anda membosankan atau menyegarkan? Hal ini bergantung pada cara anda membaca. Mari kita lihat bagaimana anda boleh menikmati pembacaan Bible.

Pilih terjemahan yang boleh dipercayai dan mudah difahami. Jika anda membaca terjemahan Bible yang menggunakan perkataan yang susah atau kuno, anda mungkin tidak akan menikmatinya. Maka, pilihlah Bible yang menggunakan bahasa yang mudah difahami dan menyentuh hati anda. Pada masa yang sama, Bible itu harus diterjemahkan dengan tepat.a

Gunakan teknologi moden. Hari ini, Bible bukan sahaja didapati dalam bentuk cetakan tetapi juga dalam bentuk elektronik. Sesetengah Bible boleh dibaca dalam talian atau dimuat turun ke dalam komputer, tablet, dan telefon bimbit. Sesetengah Bible elektronik membolehkan anda mencari ayat Bible berdasarkan topik, atau membandingkan beberapa jenis terjemahan Bible. Jika anda lebih suka mendengar daripada membaca, Bible juga boleh didapati dalam bentuk rakaman. Ramai orang mendengar pembacaan Bible semasa menggunakan pengangkutan awam, membuat kerja rumah, atau melakukan aktiviti lain. Cubalah kaedah yang sesuai dengan keadaan anda.

Gunakan alat penyelidikan Bible. Alat penyelidikan Bible boleh membantu anda mendapat lebih banyak manfaat daripada pembacaan Bible. Terdapat peta yang dapat membantu anda mencari lokasi peristiwa Bible tertentu dan membayangkan kisah Bible itu. Rencana yang terdapat dalam majalah ini atau dalam laman web jw.org dapat membantu anda menerokai maksud kandungan Bible.

Mempelbagaikan cara pembacaan anda. Jika anda berasa susah untuk membaca Bible dari mula hingga akhir, cuba mulakan pembacaan daripada bahagian Bible yang menarik minat anda. Jika anda ingin mengenali watak Bible tertentu, anda boleh membaca petikan mengenai watak itu seperti yang dicadangkan dalam kotak “Menerokai Bible menerusi Watak-Wataknya.” Anda juga boleh membaca Bible mengikut topik atau urutan peristiwa. Cubalah salah satu cadangan ini.

a Ramai mendapati bahawa Bible Terjemahan Dunia Baru adalah tepat, boleh dipercayai, dan mudah dibaca. Bible ini diterbitkan oleh Saksi-Saksi Yehuwa dalam lebih daripada 130 bahasa. Anda boleh muat turun Bible ini menerusi laman web jw.org atau dengan menggunakan aplikasi JW Library. Anda juga boleh muat turun Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru dalam bahasa Melayu. Jika anda inginkan salinan Bible bercetak, Saksi-Saksi Yehuwa boleh menghantarnya ke rumah anda.

MENEROKAI BIBLE MENERUSI WATAK-WATAKNYA

Beberapa wanita yang setia

Abigail

1 Samuel bab 25

Ester

Ester bab 2-5, 7-9

Hana

1 Samuel bab 1-2

Maria

(Ibu Yesus) Matius bab 1-2; Lukas bab 1-2; lihat juga Yohanes 2:1-12; Kisah 1:12-14; 2:1-4

Rahab

Yosua bab 2, 6; lihat juga Ibrani 11:30, 31; Yakobus 2:24-26

Ribka

Kejadian bab 24-27

Sara

Kejadian bab 17-18, 20-21, 23; lihat juga Ibrani 11:11; 1 Petrus 3:1-6

Beberapa lelaki yang terkemuka

Abraham

Kejadian bab 11-24; lihat juga 25:1-11

Daud

1 Samuel bab 16-30; 2 Samuel bab 1-24; 1 Raja-Raja bab 1-2

Yesus

Buku Matius, Markus, Lukas, dan Yohanes

Musa

Keluaran bab 2-20, 24, 32-34; Bilangan bab 11-17, 20, 21, 27, 31; Ulangan bab 34

Nuh

Kejadian bab 5-9

Paulus

Kisah bab 7-9, 13-28

Petrus

Matius bab 4, 10, 14, 16-17, 26; Kisah bab 1-5, 8-12

ALAT PENYELIDIKAN BIBLE YANG DITERBITKAN OLEH SAKSI-SAKSI YEHUWA

  • JW.ORG/MS​—Laman web ini boleh digunakan untuk membuat penyelidikan serta mengandungi arahan untuk memuat turun aplikasi JW Library

  • Panduan Pembelajaran Firman Tuhan​—Buku kecil ini mengandungi banyak penerangan, peta, carta, dan gambar rajah

  • Panduan Penyelidikan Saksi-Saksi Yehuwa​—Brosur ini membantu kita untuk membuat penyelidikan tentang topik atau ayat Bible tertentu

  • Daftar Kata bagi Istilah Bible​—Bahagian ini terkandung dalam Bible Kitab Yunani Kristian Terjemahan Dunia Baru dan membantu kita memahami istilah Bible

  • Perpustakaan dalam Talian Watchtower​—Laman web ini terdapat di wol.jw.org/ms dan membantu kita mencari maklumat dengan menggunakan kata kunci

  • Bible​—Apakah Mesejnya?​—Brosur yang mempunyai 32 muka surat ini merumuskan tema utama Bible

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi