PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • wp17 No. 5 ms. 9
  • Tahukah Anda?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tahukah Anda?
  • Menara Pengawal (Umum)—2017
  • Bahan yang Berkaitan
  • ‘Tiada Seorang pun yang Akan Kehilangan Nyawa’
    ‘Berikan Kesaksian yang Menyeluruh tentang Kerajaan Tuhan’
  • Yesus Menyembuhkan Seorang Gadis dan Seorang Lelaki Pekak
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
Menara Pengawal (Umum)—2017
wp17 No. 5 ms. 9

Tahukah Anda?

Adakah perumpamaan Yesus mengenai “anak-anak anjing” merupakan suatu penghinaan?

Seorang budak dengan seekor anak anjing, patung Yunani atau Roma

Seorang budak dengan seekor anak anjing, patung Yunani atau Roma (antara abad pertama SM hingga kedua M)

Pernah sekali, sewaktu Yesus berada di luar sempadan Israel di daerah Siria, seorang wanita Yunani meminta bantuan daripadanya. Yesus menjawabnya dengan perumpamaan yang menyamakan orang bukan Yahudi dengan “anak-anak anjing.” Di bawah Hukum Musa, anjing dianggap najis. (Imamat 11:27) Jadi, adakah Yesus ingin menghina wanita Yunani itu dan orang lain yang bukan Yahudi?

Tidak. Seperti yang dijelaskan kepada murid-muridnya, keutamaan Yesus pada masa itu adalah untuk membantu orang Yahudi. Jadi, dia menekankan hal itu dengan berkata kepada wanita Yunani itu, “Adalah tidak wajar untuk mengambil makanan anak-anak lalu melemparkannya kepada anak-anak anjing.” (Matius 15:21-26; Markus 7:26) Bagi orang Yunani dan Roma, anjing merupakan binatang peliharaan yang disayangi, yang tinggal di rumah mereka, dan yang sering bermain dengan anak-anak mereka. Jadi ungkapan “anak-anak anjing” mungkin memberikan gambaran yang menyenangkan. Wanita Yunani itu memahami kata-kata Yesus lalu menjawab, “Betul Tuan, tetapi anak anjing pun makan sisa makanan yang jatuh dari meja tuannya.” Yesus memuji iman wanita itu dan menyembuhkan anak perempuannya.​—Matius 15:27, 28.

Adakah nasihat Rasul Paulus untuk menangguhkan pelayaran munasabah?

Ukiran sebuah kapal yang besar

Ukiran sebuah kapal yang besar (abad pertama M)

Kapal yang dinaiki Paulus ke Itali sedang belayar melawan angin. Maka semasa mereka bersinggah di perlabuhan, Paulus menasihati agar pelayaran itu ditangguhkan. (Kisah 27:9-12) Adakah nasihat itu munasabah?

Anak kapal pada masa kuno tahu bahawa pelayaran di Laut Mediterranean pada musim sejuk sangat bahaya. Anak-anak kapal tidak akan belayar antara pertengahan bulan November dan pertengahan bulan Mac. Tetapi, kapal yang dinaiki Paulus sedang belayar pada bulan September atau Oktober. Dalam buku Epitome of Military Science, penulis Roma yang bernama Vegetius (abad keempat M) berkata, “Terdapat bulan yang sesuai untuk pelayaran, beberapa bulan yang tidak sesuai, dan yang lain pula mustahil.” Vegetius berkata bahawa adalah selamat untuk belayar dari 27 Mei hingga 14 September, tetapi tidak selamat untuk belayar dari 15 September hingga 11 November dan dari 11 Mac hingga 26 Mei. Paulus sering mengadakan perjalanan jauh, maka dia tentu tahu akan fakta tersebut. Kapten kapal dan pemilik kapal itu juga mungkin tahu akan hal itu, tetapi mereka tidak menghiraukan nasihat Paulus. Akhirnya, kapal itu karam.​—Kisah 27:13-44.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi