PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • ijwfq rencana 29
  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya pada Ajaran Kreasionisme?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya pada Ajaran Kreasionisme?
  • Soalan Lazim
  • Bahan yang Berkaitan
  • Penciptaan atau Evolusi?—Bahagian 3: Mengapakah Percaya tentang Penciptaan?
    Kaum Muda Bertanya
  • Bilakah Tuhan Mula Menciptakan Alam Semesta?
    Jawapan kepada Soalan Bible
  • Sains dan Kisah Kejadian
    Adakah Kehidupan Diciptakan?
  • Apa yang Kita Pelajari daripada Bible
    Sedarlah!—2021
Lihat Selanjutnya
Soalan Lazim
ijwfq rencana 29

Adakah Saksi-Saksi Yehuwa Percaya pada Ajaran Kreasionisme?

Tidak. Saksi-Saksi Yehuwa percaya bahawa Tuhan menciptakan segalanya. Tetapi kami tidak setuju dengan ajaran kreasionisme. Mengapa? Hal ini kerana beberapa ajaran mereka bercanggah dengan ajaran Bible. Perhatikan dua contoh berikut:

  1. Tempoh enam hari penciptaan. Sesetengah ahli kreasionisme menyimpulkan bahawa bumi diciptakan dalam masa enam hari yang harfiah, iaitu panjang setiap hari ialah 24 jam. Tetapi, perkataan “hari” dalam Bible boleh merujuk kepada tempoh masa yang panjangnya berbeza-beza.​—Kejadian 2:4; Mazmur 90:4.

  2. Usia bumi. Sesetengah ahli kreasionisme mengajar bahawa bumi hanya diciptakan beberapa ribu tahun dahulu. Namun, menurut Bible, bumi dan alam semesta telah wujud sebelum enam hari penciptaan. (Kejadian 1:1) Oleh itu, Saksi-Saksi Yehuwa tidak membantah penjelasan saintifik yang menyatakan bahawa bumi mungkin berumur berbilion-bilion tahun.

Walaupun Saksi-Saksi Yehuwa percaya dalam penciptaan, kami tidak menolak ilmu sains. Kami percaya bahawa ilmu sains yang tepat adalah selaras dengan ajaran Bible.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi