Kalendar 2011 Menekankan Penyembahan Keluarga
Tema bagi kalendar 2011 Saksi-Saksi Yehuwa ialah Penyembahan Keluarga. Kalendar ini memuatkan gambar keluarga zaman moden dan zaman Bible. Selain itu, terdapat gambar hamba-hamba Yehuwa yang sedang mengkaji Firman-Nya, baik yang sudah berkahwin ataupun yang bujang.
Kalendar ini juga menampilkan beberapa tokoh Bible. Bagaimanakah mereka berjaya menghadapi pelbagai cabaran? Satu sebab yang penting adalah kerana mereka suka mentaati Taurat Yehuwa. (Mzm. 1:2, 3) Setiap gambar akan mengingatkan kita betapa pentingnya Penyembahan Keluarga, tidak kira keluarga kita besar atau kecil, bersatu menyembah Yehuwa atau tidak. Ruangan telah disediakan dalam kalendar ini supaya anda boleh menandakan hari yang ditetapkan untuk Penyembahan Keluarga. Sudahkah anda berbuat demikian?