PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 70
  • Yunus dan Ikan Besar

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yunus dan Ikan Besar
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yehuwa Menunjukkan Kesabaran terhadap Yunus
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Dia Belajar daripada Kesilapannya
    Tirulah Iman Mereka
  • Rangka Yunus
    Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
  • Dia Belajar untuk Berbelas Kasihan
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 70
Yunus hampir ditelan ikan yang sangat besar

CERITA 70

Yunus dan Ikan Besar

LIHATLAH lelaki dalam gambar ini. Dia berada di dalam air dan nyawanya terancam! Bila-bila masa sahaja, ikan ini akan menelannya. Tahukah adik siapa lelaki ini? Namanya Yunus. Marilah kita lihat bagaimana dia berada dalam keadaan sedemikian.

Yunus ialah seorang penubuat Yehuwa. Tidak lama selepas kematian penubuat Elisa, Yehuwa memberitahu Yunus, “Pergilah ke kota Niniwe yang besar itu. Penduduk di kota itu sangat jahat. Aku mahu engkau memberitahu penduduk di kota itu akan kejahatan mereka.”

Tetapi, Yunus enggan pergi ke sana. Jadi dia menaiki sebuah kapal yang menuju ke arah yang bertentangan dengan kota Niniwe. Yehuwa tidak gembira dengan Yunus kerana dia melarikan diri. Oleh itu, Dia menyebabkan sebuah ribut yang dahsyat untuk berlaku. Ribut itu begitu dahsyat sehingga kapal yang dinaiki oleh Yunus hampir-hampir karam. Anak-anak kapal di dalam kapal itu berasa sangat takut, dan mereka berseru kepada tuhan masing-masing untuk meminta tolong.

Anak-anak kapal melihat laut selepas mencampakkan Yunus ke dalam laut

Akhirnya Yunus memberitahu mereka, “Aku menyembah Yehuwa, Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi. Dan aku sedang melarikan diri daripada tugas yang diberikan oleh Yehuwa.” Maka, anak-anak kapal itu bertanya, “Apakah yang harus kami lakukan kepadamu supaya ribut ini berhenti?”

“Campakkanlah aku ke dalam laut dan laut akan menjadi tenang kembali,” kata Yunus. Pada mulanya, anak-anak kapal ini tidak mahu mencampakkan Yunus ke dalam laut. Tetapi apabila ribut itu semakin mengamuk, mereka terpaksa mencampakkan Yunus ke dalam laut. Dengan serta-merta, ribut itu berhenti dan laut pun menjadi tenang semula.

Ketika Yunus sedang tenggelam ke dalam laut, seekor ikan yang besar menelannya. Namun begitu, dia tidak mati. Dia berada di dalam perut ikan itu selama tiga hari dan tiga malam. Yunus berasa sangat sesal kerana dia tidak mengikut arahan Yehuwa untuk pergi ke Niniwe. Jadi, tahukah adik apa yang dilakukannya?

Yunus berdoa kepada Yehuwa untuk meminta bantuan-Nya. Kemudian, Yehuwa menyebabkan ikan itu memuntahkan Yunus ke atas daratan. Selepas itu, Yunus pergi ke Niniwe. Tidakkah cerita ini mengajar kita akan pentingnya untuk membuat apa sahaja yang disuruh oleh Yehuwa?

Yunus bab 1 hingga bab 4.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi