Lagu 50
Haluan Kasih Tuhan
1. Dengan hikmat-Nya, Yehuwa berikan
Kepada
Semua,
Teladan kasih untuk bimbing kita,
Agar setia,
Tetap setia.
Marilah ikut haluan Yehuwa;
Haluan benar, menggalakkan kita;
Haluan damai, menyatukan kita.
Haluan-Nya
Haluan kasih.
2. Ikut jalan Yah, dengan tulus mesra
Kasihi
Saudara.
Kita bersedia saling beri bantuan
Senantiasa,
Setiap masa
Kita bersedia ampun kesilapan;
Kasih yang murni, kita mencurahkan;
Sifat Yehuwa, kita mencerminkan.
Kasihilah
Saudara kita.
3. Kerana kasih kita sembah Tuhan
Selama-
Lamanya.
Mentaati-Nya dengan tulus hati,
Memuji-Nya,
Memuji-Nya.
Semoga kita masyhurkan nama-Nya;
Moga semua dengar perintah-Nya;
Kian gembira berkhidmat pada-Nya.
Kasih ini
Kasih sejati.
(Lihat juga Rm. 12:10; Ef. 4:3; 2 Ptr. 1:7.)