PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • km 8/12 ms. 3-4
  • Menabung bagi Acara Teokratik

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Menabung bagi Acara Teokratik
  • Kerja Teokratik Kita—2012
  • Tajuk Kecil
  • Prinsip Bible yang Dapat Membantu
Kerja Teokratik Kita—2012
km 8/12 ms. 3-4

Menabung bagi Acara Teokratik

1. Apakah acara istimewa yang dinanti-nantikan setiap tahun? Apakah cabaran yang dihadapi?

1 Setiap tahun, Yehuwa dan organisasi-Nya menjemput kita menghadiri tiga acara istimewa—konvensyen distrik, hari perhimpunan istimewa, dan perhimpunan litar. Kita pastinya gembira untuk ‘pergi ke rumah Yehuwa’ bagi acara-acara istimewa ini! (Mzm. 122:1; 116:18, 19) Banyak usaha dicurahkan untuk menyediakan program-program ini. Maka, setiap ahli keluarga juga perlu mencurahkan usaha dan membuat persiapan untuk menghadirinya. Contohnya, kita perlu menyimpan wang untuk kos pengangkutan agar seisi keluarga dapat hadir. Kita juga perlu menyediakan wang untuk penginapan, makanan, dan sumbangan. (Kis. 20:35) Tidak mudah untuk berbuat demikian pada “hari-hari terakhir” yang dipenuhi kesusahan. (2 Tim. 3:1) Jadi, bagaimanakah kita dapat menabung?

Prinsip Bible yang Dapat Membantu

2. Bagaimanakah sesetengah orang merancang perbelanjaan mereka?

2 Rancanglah Perbelanjaan: Jika anda ingin mengurus wang dengan bijak, anda perlu mengetahui jumlah pendapatan dan perbelanjaan anda. “Rancangan yang dibuat oleh orang rajin membawa hasil yang berlimpah tetapi tindakan tergesa-gesa mengakibatkan orang kekurangan,” kata Bible. (Ams. 21:5, ABB) Ada yang menggunakan sampul surat untuk mengurus pendapatan mereka. Setiap sampul dilabel dengan perbelanjaan seperti “Makanan,” “Sewa,” atau “Pakaian.” Adakah anda mempunyai sampul yang dikhaskan untuk konvensyen dan perhimpunan? Tidak kira anda menggunakan cara ini atau cara lain, yang pentingnya anda tahu wang anda digunakan untuk apa. Dengan ini, anda dapat mengutamakan hal-hal rohani, seperti menghadiri acara teokratik, bukannya kemewahan hidup.

3. Apakah erti nasihat Bible, “Cukuplah jika kita mempunyai pakaian dan makanan”? Apakah yang terangkum dalam keperluan hidup?

3 Terus Menyederhanakan Hidup Anda: Bible menasihati orang Kristian, “Cukuplah jika kita mempunyai pakaian dan makanan.” (1 Tim. 6:8) Jangan asyik menginginkan kemewahan sedangkan anda hanya mampu memenuhi keperluan asas hidup. Jika tidak, anda akan hutang keliling pinggang. Menurut laporan Bank Pembangunan Asia, hampir satu per tiga penduduk Filipina dan lebih daripada separuh penduduk India hidup di bawah garis kemiskinan Asia, iaitu kira-kira $1.35 (A.S.) sehari. Dengan pendapatan yang begitu rendah, mereka harus mengutamakan keperluan hidup. Keperluan hidup merangkumi menghadiri acara teokratik.

4. Bagaimanakah prinsip di 1 Korintus 16:1-3 membantu kita menabung bagi acara teokratik?

4 “Menyimpan Sedikit Wang”: Baca 1 Korintus 16:1-3. Prinsip dalam ayat ini tetap berguna dewasa ini. Menabung bukan sahaja satu cara bijak untuk menyediakan payung sebelum hujan tetapi juga dapat membantu kita menunaikan tanggungjawab teokratik. Ramai yang menabung dapat hidup bebas daripada hutang dan masalah kewangan, seperti kadar faedah yang tinggi. Bible mengatakan bahawa semut “sangat bijak” kerana pandai “menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan” bagi masa depan.—Ams. 6:6-8; 30:24, 25.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi