Lagu 41
Sembah Yehuwa semasa Muda
Edisi Cetak
1. Hai muda-mudi yang dikasihi,
Yehuwa sangat menghargaimu.
Dia curahkan kasih melalui
Ibu bapa dan kawan sejati.
2. Hendaklah hormati ibu bapa.
Jangan lawan nasihat mereka.
Senangkan hati Tuhan dan orang;
Pasti kamu bahagia dan riang.
3. Semasa muda ingatlah Tuhan.
Pupuk cinta akan kebenaran.
Kasihi Yehuwa dengan setia;
Pasti hati-Nya akan gembira.
(Lihat juga Mzm. 71:17; Rat. 3:27; Ef. 6:1-3.)