PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • my cerita 105
  • Menunggu di Yerusalem

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Menunggu di Yerusalem
  • Buku Cerita Bible Saya
  • Bahan yang Berkaitan
  • Para Rasul Menerima Kuasa Suci Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Ratusan Orang Nampak Yesus Sebelum Pentakosta
    Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Yesus Kembali ke Syurga
    Buku Cerita Bible Saya
  • Dia Setia meskipun Menghadapi Cubaan
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Buku Cerita Bible Saya
my cerita 105
Lidah api di atas kepala para pengikut Yesus

CERITA 105

Menunggu di Yerusalem

ORANG yang berkumpul di dalam rumah ini ialah pengikut-pengikut Yesus. Mereka tidak meninggalkan kota Yerusalem kerana mereka telah mengikut kata-kata Yesus. Sewaktu mereka menunggu di dalam rumah ini, bunyi yang kuat didengari. Bunyi yang kedengaran itu seperti bunyi tiupan angin yang kencang. Kemudian, sesuatu yang menyerupai lidah api dapat dilihat di atas kepala setiap murid Yesus. Bolehkah adik lihat lidah api di atas kepala mereka? Apakah erti di sebalik peristiwa ini?

Satu mukjizat telah berlaku! Yesus berada di syurga bersama Bapanya, dan dia telah mencurahkan roh suci atau daya aktif Tuhan ke atas pengikut-pengikutnya. Tahukah adik, apakah yang dapat dilakukan oleh mereka apabila mereka menerima daya aktif Tuhan? Mereka mula bertutur dalam bahasa-bahasa yang berlainan.

Ramai orang di Yerusalem mendengar bunyi yang kedengaran seperti tiupan angin yang kencang, maka mereka pergi melihat apa yang sedang berlaku. Beberapa orang antara mereka datang dari negeri-negeri lain untuk menyambut perayaan Pentakosta. Perayaan ini merupakan perayaan yang disambut oleh orang Israel. Alangkah terkejutnya pelawat-pelawat itu! Mereka mendengar murid-murid Yesus bertutur dalam bahasa mereka tentang perkara-perkara menakjubkan yang telah dilakukan oleh Tuhan.

“Mereka semua orang Galilea,” kata pelawat-pelawat itu. “Bagaimanakah mereka dapat bertutur dalam bahasa-bahasa berlainan yang digunakan di negeri kita?”

Maka Petrus pun berdiri untuk menjelaskan hal ini kepada mereka. Dia menguatkan suaranya lalu menjelaskan kepada mereka bagaimana Yesus telah dibunuh. Dia juga memberitahu mereka bahawa Yehuwa telah membangkitkan Yesus daripada kematian. “Sekarang Yesus berada di syurga dan sedang duduk di sebelah kanan Tuhan,” kata Petrus. “Dan seperti yang dijanjikan, dia telah mencurahkan daya aktif Tuhan. Itulah sebabnya saudara-saudara telah melihat dan mendengar mukjizat-mukjizat ini.”

Semasa Petrus memberitahu mereka tentang perkara-perkara ini, ramai orang berasa sedih atas apa yang telah dilakukan terhadap Yesus. “Apakah yang harus kami lakukan?” tanya mereka. Petrus menjawab, “Saudara-saudara harus mengubah cara hidupmu, dan saudara-saudara harus dibaptis.” Jadi, pada hari itu juga, kira-kira 3,000 orang dibaptis dan mereka menjadi pengikut-pengikut Yesus.

Kisah 2:1-47.

Soalan Pembelajaran

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi