-
Siapakah Saksi-Saksi Yehuwa?Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
-
-
PELAJARAN 1
Siapakah Saksi-Saksi Yehuwa?
Denmark
Taiwan
Venezuela
India
Berapa ramaikah Saksi-Saksi Yehuwa yang anda kenal? Mungkin kami ialah jiran, rakan sekerja, atau rakan sekolah anda. Barangkali kami pernah membincangkan Bible dengan anda. Siapakah sebenarnya kami? Mengapakah kami memberitahu orang lain tentang kepercayaan kami?
Kami insan biasa. Kami datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ada antara kami yang dahulunya menganuti agama yang berbeza, malah ada yang tidak percaya kepada Tuhan. Namun, sebelum menjadi Saksi, kami mengambil masa untuk meneliti ajaran Bible. (Kisah 17:11) Kami bersetuju dengan apa yang dipelajari lalu memilih untuk menyembah Tuhan Yehuwa.
Kami mendapat manfaat kerana mempelajari Bible. Seperti orang lain, kami perlu menangani masalah dan kelemahan diri. Namun, hidup kami bertambah baik setelah berusaha menerapkan prinsip Bible dalam kehidupan seharian. (Mazmur 128:1, 2) Itulah salah satu sebabnya kami berkongsi ajaran baik Bible dengan orang lain.
Kami hidup menurut prinsip Tuhan. Prinsip Bible membantu kami hidup sejahtera, menghormati orang lain, dan memupuk sifat seperti kejujuran dan kebaikan hati. Prinsip ini menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang sihat dan berguna, perpaduan dalam keluarga, dan kehidupan yang bermoral. Kami yakin bahawa “Tuhan tidak berat sebelah,” maka kami seperti sebuah keluarga rohani yang bebas daripada batas kaum dan politik. Walaupun kami masing-masing manusia biasa, kami mempunyai hubungan persaudaraan antarabangsa yang sangat unik.—Kisah 4:13; 10:34, 35.
Apakah persamaan antara Saksi-Saksi Yehuwa dengan orang lain?
Apakah nilai-nilai baik yang dipelajari oleh Saksi-Saksi Yehuwa dengan mengkaji Bible?
-
-
Mengapakah Kami Digelar Saksi-Saksi Yehuwa?Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
-
-
PELAJARAN 2
Mengapakah Kami Digelar Saksi-Saksi Yehuwa?
Nuh
Abraham dan Sara
Musa
Yesus Kristus
Ramai orang berfikir bahawa Saksi-Saksi Yehuwa ialah nama agama yang baharu. Namun begitu, lebih daripada 2,700 tahun dahulu, penyembah Tuhan yang benar dikenali sebagai ‘saksi-saksi-Nya.’ (Yesaya 43:10-12) Pada mulanya, kami dikenali sebagai Pelajar Bible. Tetapi sejak tahun 1931, kami menggunakan nama Saksi-Saksi Yehuwa. Mengapa?
Nama kami menunjukkan siapa Tuhan kami. Menurut naskhah kuno, nama Tuhan, iaitu Yehuwa, muncul ribuan kali dalam Bible. Dalam banyak terjemahan, nama ini digantikan dengan gelaran seperti Tuan atau Tuhan. Tetapi Tuhan yang benar pernah memberitahu Musa bahawa nama-Nya ialah Yehuwa. Dia berkata, “Itulah nama-Ku untuk selama-lamanya.” (Keluaran 3:15) Dengan ini, Dia membezakan diri-Nya daripada semua tuhan palsu. Kami bangga menyandang nama suci Tuhan.
Nama kami menyingkapkan azam kami. Sejak zaman kuno, ramai orang telah membuktikan iman mereka terhadap Yehuwa, bermula dengan Habel, lelaki yang melakukan apa yang benar. Seraya masa berlalu, Nuh, Abraham, Sara, Musa, dan Daud, juga menyertai barisan saksi ini. (Ibrani 11:4–12:1) Seperti saksi di mahkamah yang membela seseorang yang tidak bersalah, kami berazam untuk memberitakan kebenaran tentang Tuhan.
Kami meniru teladan Yesus. Bible memanggil Yesus “saksi yang setia dan benar.” (Wahyu 3:14) Yesus mengatakan bahawa dia terus “memberikan kesaksian tentang kebenaran” dan ‘membuat nama Tuhan nyata.’ (Yohanes 17:26; 18:37) Oleh itu, pengikut sejati Kristus mesti menyandang nama Yehuwa dan memberitakannya. Saksi-Saksi Yehuwa sedang berusaha untuk melakukan hal ini.
Mengapakah Pelajar Bible menggunakan nama Saksi-Saksi Yehuwa?
Sejak bilakah Yehuwa mempunyai saksi-saksi di bumi?
Siapakah Saksi Yehuwa yang teragung?
-