PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Bagaimanakah Kebenaran Bible Ditemui Semula?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
    • PELAJARAN 3

      Bagaimanakah Kebenaran Bible Ditemui Semula?

      Sekumpulan lelaki sedang belajar Bible pada 1870-an

      Pelajar Bible, 1870-an

      Seorang lelaki sedang membaca isu pertama Menara Pengawal

      Terbitan pertama majalah pembelajaran, 1879

      Seorang wanita sedang memegang majalah Menara Pengawal dan Majalah Berita

      Majalah pembelajaran hari ini

      Nubuat Bible mengatakan bahawa selepas Kristus mati, guru palsu akan muncul dalam sidang Kristian masa awal dan memesongkan ajaran Bible. (Kisah 20:29, 30) Akhirnya, hal itu benar-benar berlaku. Mereka mencampuradukkan ajaran Yesus dengan ajaran agama kafir lalu terbentuklah agama Kristian palsu. (2 Timotius 4:3, 4) Hari ini, bagaimanakah kita pasti bahawa kita memiliki pemahaman tepat tentang apa sebenarnya ajaran Bible?

      Tiba masanya bagi Yehuwa menyingkapkan kebenaran. Dia menubuatkan bahawa pada ‘akhir zaman, pengetahuan yang benar akan berlimpah-limpah.’ (Daniel 12:4) Pada tahun 1870, sekumpulan kecil orang yang mendahagakan kebenaran menyedari bahawa banyak ajaran gereja tidak berdasarkan Bible. Oleh itu, mereka berusaha memahami ajaran asal Bible, dan Yehuwa memberi mereka pemahaman rohani.

      Orang yang berhati jujur mengkaji Bible. Sehingga kini, kami mengikuti cara pembelajaran yang digunakan Pelajar Bible (yang kemudiannya dikenal sebagai Saksi-Saksi Yehuwa). Mereka membincangkan topik Bible satu demi satu. Jika mereka menjumpai ayat Bible yang sukar difahami, mereka akan mencari ayat-ayat lain untuk menjelaskannya. Selepas mencapai kesimpulan yang selaras dengan seluruh Bible, mereka akan mencatatkannya. Dengan membiarkan Bible menjelaskan ajarannya, mereka menemui semula kebenaran tentang nama Tuhan, Kerajaan-Nya, tujuan-Nya bagi manusia dan bumi, keadaan orang mati, serta harapan pembangkitan. Hasilnya, mereka bebas daripada cengkaman kepercayaan dan amalan palsu.​—Yohanes 8:31, 32.

      Pada tahun 1879, Pelajar Bible sedar bahawa mereka patut menyebarkan kebenaran Bible. Jadi pada tahun itu, mereka mula menghasilkan majalah Menara Pengawal​—Mengumumkan Kerajaan Yehuwa yang masih diterbitkan hari ini. Kini kami memberitakan kebenaran Bible di lebih daripada 240 negara dan kawasan serta dalam lebih daripada 750 bahasa. Sememangnya, pengetahuan yang benar begitu melimpah!

      • Apakah yang berlaku kepada kebenaran Bible selepas Kristus mati?

      • Bagaimanakah kami dapat menemui semula kebenaran Bible?

  • Mengapakah Kami Menghasilkan Terjemahan Dunia Baharu?
    Siapakah yang Sedang Melakukan Kehendak Yehuwa?
    • PELAJARAN 4

      Mengapakah Kami Menghasilkan Terjemahan Dunia Baharu?

      Sebuah mesin pencetak yang lama
      Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu edisi pertama dikeluarkan
      Orang ramai melihat Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu di Congo (Kinshasa)

      Congo (Kinshasa)

      Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu dikeluarkan di Rwanda

      Rwanda

      Sebahagian teks Symmachus yang mengandungi nama Tuhan

      Sebahagian teks Symmachus yang mengandungi nama Tuhan di Mazmur 69:31, abad ketiga atau keempat Masihi

      Selama beberapa dekad, Saksi-Saksi Yehuwa telah menggunakan, mencetak, dan mengedarkan pelbagai terjemahan Bible. Tetapi kami kemudiannya sedar akan keperluan untuk menghasilkan terjemahan baharu yang dapat membantu orang lebih memahami “pengetahuan yang tepat tentang kebenaran,” seperti yang dikehendaki Tuhan. (1 Timotius 2:3, 4) Oleh itu, pada tahun 1950, kami mula menghasilkan beberapa bahagian Bible Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa Inggeris. Bible ini telah diterjemahkan dengan tepat ke dalam lebih daripada 130 bahasa.

      Untuk menghasilkan Bible yang mudah difahami. Bahasa berubah seraya masa berlalu, dan banyak terjemahan menggunakan ungkapan yang lapuk atau yang sukar difahami. Tambahan lagi, catatan kuno yang lebih tepat telah ditemui. Hasilnya, kami dapat lebih memahami bahasa Ibrani, Aram, dan Yunani yang digunakan dalam Bible.

      Untuk menghasilkan terjemahan yang tepat dan benar. Penterjemah Bible mesti berpegang teguh pada tulisan asal yang diilhamkan Tuhan dan tidak patut mengubahnya. Walau bagaimanapun, kebanyakan terjemahan Bible tidak menggunakan nama Tuhan, iaitu Yehuwa.

      Untuk menghasilkan Bible yang memuliakan Pengarangnya. (2 Samuel 23:2) Nama Yehuwa telah muncul kira-kira 7,000 kali dalam manuskrip Bible kuno seperti gambar di bawah. Nama ini telah dimasukkan semula ke dalam Terjemahan Dunia Baharu. (Mazmur 83:18) Bible yang mudah dibaca dan yang menyampaikan fikiran Tuhan dengan jelas ini merupakan hasil kajian selama bertahun-tahun. Tidak kira sama ada anda memiliki Terjemahan Dunia Baharu dalam bahasa anda atau tidak, pupuklah tabiat membaca Firman Yehuwa setiap hari.​—Yosua 1:8; Mazmur 1:2, 3.

      • Mengapakah kami menghasilkan terjemahan Bible yang baharu?

      • Apakah tabiat harian yang harus dipupuk oleh orang yang ingin mempelajari kehendak Tuhan?

      MARILAH BELAJAR

      Bacalah bahagian pendahuluan dalam Terjemahan Dunia Baharu, dan jawablah soalan yang berikut: “Apakah matlamat jawatankuasa terjemahan Bible semasa menghasilkan terjemahan ini?” Kemudian, gunakan Bible Terjemahan Dunia Baharu untuk membandingkan ayat-ayat berikut dengan terjemahan lain dalam bahasa anda: Hakim-Hakim 11:40; Matius 11:12; Lukas 23:43; Kisah 2:34; 1 Korintus 7:36-38; 11:24.

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi