PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • bm bahagian 4 ms. 7
  • Perjanjian Tuhan dengan Abraham

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Perjanjian Tuhan dengan Abraham
  • Bible—Apakah Mesejnya?
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yehuwa Memanggilnya “Sahabat-Ku”
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2016
  • Abraham dan Sara Mendengar Cakap Tuhan
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Kepercayaan Abraham Diuji
    Buku Cerita Bible Saya
  • Adakah Anda Menantikan “Kota yang Mempunyai Asas yang Kukuh”?
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2020
Lihat Selanjutnya
Bible—Apakah Mesejnya?
bm bahagian 4 ms. 7
Abraham melihat bintang-bintang

BAHAGIAN 4

Perjanjian Tuhan dengan Abraham

Abraham mentaati dan menaruh kepercayaan pada Tuhan. Yehuwa berjanji bahawa Dia akan memberkatinya dan melipatgandakan bilangan anak cucunya

KIRA-KIRA 350 tahun sudah berlalu sejak Banjir berlaku pada zaman Nuh. Abraham hidup di sebuah kota makmur yang dipanggil kota Ur; kini kota ini terletak di Iraq. Abraham ialah seorang lelaki yang mempunyai kepercayaan yang sangat kuat. Tetapi, sekarang imannya diuji.

Yehuwa menyuruh Abraham meninggalkan tanah airnya dan pergi ke sebuah negeri asing. Abraham tidak teragak-agak untuk mentaati kata-kata Tuhan. Dia membawa isterinya Sara, anak saudaranya Lot, dan hamba-hambanya bersamanya. Akhirnya, selepas perjalanan mereka yang jauh, mereka sampai di Kanaan. Di Kanaan, mereka tinggal di dalam khemah-khemah. Dalam perjanjian yang dibuat oleh Yehuwa kepada Abraham, Yehuwa berjanji bahawa Dia akan menjadikan keturunan Abraham sebuah bangsa yang besar, keturunannya akan memiliki negeri Kanaan, dan semua keluarga di bumi akan diberkati melaluinya.

Abraham dan Lot hidup makmur. Kawanan bebiri dan lembu mereka makin hari makin banyak. Dengan murah hati, Abraham mengizinkan Lot untuk memilih mana-mana kawasan yang diingininya. Lot memilih tanah yang subur di daerah Sungai Yordan dan dia tinggal berdekatan kota Sodom. Tetapi, penduduk Sodom tidak bermoral—mereka menentang Yehuwa dengan melakukan dosa-dosa yang menjijikkan.

Sekali lagi, Tuhan Yehuwa memberi kepastian kepada Abraham dengan menyatakan bahawa bilangan anak cucu Abraham akan menjadi banyak bagaikan bilangan bintang-bintang yang memenuhi langit. Abraham mempercayai janji Yehuwa. Namun begitu, isteri kesayangan Abraham, Sara masih tidak mempunyai anak. Kemudian, apabila Abraham berumur 99 tahun, dan Sara berumur hampir 90 tahun, Tuhan memberitahu Abraham bahawa dia dan isterinya akan dikurniakan seorang anak. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Tuhan, Sara telah melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Ishak. Abraham mempunyai anak-anak yang lain juga, tetapi Penyelamat yang telah dijanjikan di Taman Eden akan datang daripada keturunan Ishak.

Sementara itu, Lot dan keluarganya tinggal di kota Sodom. Lot tidak berubah menjadi seperti penduduk di situ yang tidak bermoral; dia setia kepada Tuhan. Apabila Yehuwa membuat keputusan untuk membinasakan Sodom, Dia mengutus malaikat-Nya awal-awal lagi untuk memberi amaran kepada Lot tentang pembinasaan yang bakal menempuh. Malaikat itu menggesa Lot dan keluarganya untuk melarikan diri dari Sodom; mereka diarahkan supaya tidak menoleh ke belakang. Kemudian, Yehuwa menurunkan hujan belerang yang berapi ke atas Sodom dan satu lagi kota berdekatan yang penuh kejahatan, Gomora. Semua penduduk di situ telah dibinasakan. Lot dan kedua-dua anak perempuannya berjaya melarikan diri. Tetapi isteri Lot menoleh ke belakang, mungkin dengan rasa rindu akan harta benda yang ditinggalkannya. Akibat daripada keingkarannya, dia mati.

​—Berdasarkan Kejadian 11:10–19:38.

  • Mengapakah Abraham berpindah ke Kanaan?

  • Apakah perjanjian yang dibuat oleh Yehuwa dengan Abraham?

  • Mengapakah Yehuwa membinasakan Sodom dan Gomora?

PERJANJIAN-PERJANJIAN TUHAN

Pada zaman Bible, sebuah perjanjian ialah sebuah kontrak atau persetujuan formal. Melalui rangkaian perjanjian, Yehuwa secara beransur-ansur menyingkapkan bagaimana tujuan-Nya untuk membawa Penyelamat yang dinubuatkan di Taman Eden akan menjadi kenyataan. Perjanjian yang dibuat dengan Abraham menunjukkan bahawa Penyelamat ini akan datang daripada jurai keturunannya. Perjanjian-perjanjian lain yang dibuat di kemudian hari akan memberikan butiran lanjut tentang identiti Penyelamat ini.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi