PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr17 Mac ms. 1-2
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
  • Tajuk Kecil
  • 6-12 MAC
  • 13-19 MAC
  • 20-26 MAC
  • 27 MAC–2 APRIL
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
mwbr17 Mac ms. 1-2

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

6-12 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 1-4

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 4:10) Kemudian aku berkata, “Ya Raja Yehuwa, Engkau betul-betul telah menipu penduduk Yerusalem! Engkau berfirman bahawa akan ada kedamaian, tetapi sekarang nyawa mereka terancam.”

w07-IN 15/3 9 ¶4

Sorotan daripada Buku Yeremia

4:10; 15:18​—Dalam erti apakah Yehuwa telah “menipu” umat-Nya? Pada zaman Yeremia, terdapat ‘nabi-nabi yang berdusta.’ (Yeremia 5:31; 20:6; 23:16, 17, 25-28, 32) Yehuwa tidak menghalang mereka daripada menyampaikan berita dan pesanan yang dapat menyimpangkan umat-Nya.

13-19 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 5-7

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 6:16) Yehuwa berfirman kepada umat-Nya, “Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu, maka kamu akan hidup dengan tenteram.” Tetapi mereka berkata, “Tidak, kami tidak mahu mengikuti jalan itu!”

w05-IN 1/11 24 ¶11

Adakah Anda Akan Mengikut Haluan Tuhan?

11 Adakah kita mengikut bimbingan Firman Tuhan dengan teliti? Kita harus memeriksa diri kita dari masa ke masa untuk mengetahui sama ada kita masih sedang mengikut haluan Yehuwa atau tidak. Sila perhatikan ayat berikut yang dapat membantu kita berbuat demikian: ‘Yehuwa berfirman kepada umat-Nya, “Berdirilah di persimpangan jalan dan perhatikanlah baik-baik! Tanyakanlah jalan-jalan purba, dan yang manakah jalan terbaik. Kemudian ikutilah jalan itu, maka kamu akan hidup dengan tenteram.”’ (Yeremia 6:16) Kata-kata ini mungkin mengingatkan kita tentang seorang pengembara yang berhenti di persimpangan jalan untuk bertanya arah jalan yang harus diikutinya. Secara rohani, umat Yehuwa yang selalu memberontak harus melakukan perkara yang sama. Mereka perlu mencari jalan untuk kembali ke “jalan-jalan purba.” “Jalan itu” ialah haluan yang pernah ditempuh oleh nenek moyang mereka yang setia. Namun, bangsa yang tidak setia ini telah menyimpang dari jalan itu. Mereka menolak peringatan yang diberikan oleh Yehuwa. Ayat yang sama menyatakan, “Tetapi mereka berkata, ‘Tidak, kami tidak mahu mengikuti jalan itu!’” Sebaliknya, umat Tuhan pada zaman moden tidak bersikap sedemikian.

20-26 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 8-11

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 11:10) Mereka telah melakukan dosa yang dilakukan oleh nenek moyang mereka yang tidak mahu taat kepada-Ku; mereka menyembah tuhan-tuhan lain. Baik Israel mahupun Yehuda telah melanggar perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka.

w07-IN 15/3 9 ¶2

Sorotan daripada Buku Yeremia

3:11-22; 11:10-12, 17​—Semasa menyampaikan mesej penghakiman, mengapakah Yeremia menyebutkan kerajaan utara yang terdiri daripada 10 suku bangsa, walaupun Samaria sudah jatuh pada tahun 740 SM? Hal ini demikian kerana pembinasaan Yerusalem pada tahun 607 SM merupakan penghakiman Yehuwa terhadap seluruh bangsa Israel, dan bukannya Yehuda sahaja. (Yehezkiel 9:9, 10) Oleh itu, walaupun kerajaan utara yang terdiri daripada 10 suku bangsa telah ditumpaskan, pesanan yang disampaikan oleh nabi-nabi Tuhan masih ditujukan kepada seluruh bangsa Israel.

27 MAC–2 APRIL

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 12-16

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 15:17) Aku tidak ikut bersuka-suka dengan orang yang berkumpul untuk bersenda gurau. Oleh sebab aku taat kepada-Mu, aku mengasingkan diri dan aku penuh dengan kemarahan.

w04-IN 1/5 11 ¶16

Tunjukkan Keberanian seperti Yeremia

Berwaspadalah terhadap Pergaulan Anda

16 Yeremia menyebut tentang sesuatu yang telah membantunya untuk menunjukkan keberanian. Dia berkata, “Aku tidak ikut bersuka-suka dengan orang yang berkumpul untuk bersenda gurau. Oleh sebab aku taat kepada-Mu, aku mengasingkan diri dan aku penuh dengan kemarahan.” (Yeremia 15:17) Yeremia sanggup bersendirian, kerana dia tidak mahu dipengaruhi oleh rakan-rakan yang berkelakuan buruk. Kita juga harus mempunyai pandangan yang sama. Kita tidak ingin melupakan amaran Rasul Paulus. Dia berkata bahawa “pergaulan yang buruk merosakkan akhlak yang baik,” bahkan tabiat baik yang telah kita miliki selama bertahun-tahun.​—1 Korintus 15:33.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi