PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr17 April ms. 1-2
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
  • Tajuk Kecil
  • 3-9 APRIL
  • 10-16 APRIL
  • 17-23 APRIL
  • 24-30 APRIL
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2017)
mwbr17 April ms. 1-2

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

3-9 APRIL

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 17-21

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 20:7) Ya Yehuwa, Engkau telah menipu aku dan aku telah tertipu. Engkau lebih kuat daripada aku dan telah mengalahkan aku. Aku diejek oleh setiap orang, dihina dari pagi sampai petang.

w07-IN 15/3 9 per. 6

Sorotan daripada Buku Yeremia

20:7​—Bagaimanakah Yehuwa menggunakan kekuatan-Nya untuk “menipu” Yeremia? Semasa menyampaikan penghakiman Yehuwa, Yeremia menghadapi tentangan, penganiayaan, dan orang yang bersikap acuh tak acuh. Oleh sebab itu, dia berasa tidak berdaya untuk meneruskan tugasannya. Tetapi, Yehuwa menggunakan kekuatan-Nya untuk menolong Yeremia melawan kecenderungan untuk berputus asa, dan membantunya untuk bertahan. Maka, Yehuwa seolah-olah menipu Yeremia dengan menggunakannya untuk melaksanakan tugas yang dianggap mustahil olehnya.

10-16 APRIL

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 22-24

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 22:30) “Orang itu telah ditentukan supaya kehilangan anak-anaknya dan selalu gagal dalam hidupnya. Dia tidak akan mempunyai keturunan yang memerintah di Yehuda sebagai pengganti Daud. Aku, Yehuwa, telah berfirman.”

w07-IN 15/3 10 per. 9

Sorotan daripada Buku Yeremia

22:30​—Mengapakah perintah ini tidak memansuhkan hak Yesus untuk duduk di atas takhta Daud? (Matius 1:1, 11) Perintah ini mencegah sesiapa sahaja daripada keturunan Yoyakhin untuk “memerintah di Yehuda sebagai pengganti Daud.” Tetapi, Yesus tidak akan memerintah di Yehuda. Sebaliknya, dia akan memerintah dari syurga.

17-23 APRIL

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 25-28

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 28:11) Di hadapan semua orang di situ, dia berkata, “Yehuwa berfirman bahawa beginilah caranya Dia akan mematahkan kok yang dipasang oleh Raja Nebukadnezar pada tengkuk semua bangsa; Yehuwa akan melakukan hal itu dalam masa dua tahun.” Selepas itu aku meninggalkan tempat itu.

jr-IN 187-188 per. 11-12

Aku Tidak Dapat Berdiam Diri

11 Yeremia menunjukkan sikap munasabah. Apabila berhadapan dengan para penentang, dia menggunakan pertimbangan yang baik. Jadi dia tahu bila dia patut beredar. Misalnya, apabila Hanania mengatakan perkara yang bertentangan dengan nubuat Yehuwa di hadapan orang ramai, Yeremia membetulkannya dan menjelaskan cara untuk mengenal pasti nabi Yehuwa yang sejati. Pada masa itu, Yeremia sedang memikul kuk untuk menunjukkan bahawa mereka akan berada di bawah kuk Babilon. Tetapi, Hanania bertindak secara kasar dan mematahkan kuk tersebut. Hanania mungkin melakukan hal yang lebih teruk lagi. Jadi apakah yang dilakukan Yeremia? Bible berkata, “[Yeremia] meninggalkan tempat itu.” Ya, Yeremia terus beredar dari situ. Kemudian, atas arahan Yehuwa, dia memberitahu Hanania tentang hukuman Yehuwa, iaitu orang Yahudi akan ditawan oleh raja Babilon, dan Hanania akan dibunuh.​—Yer. 28:1-17.

12 Berdasarkan kisah ini, kita belajar bahawa kita harus menunjukkan keberanian dan pertimbangan yang baik semasa menginjil. Jika penghuni rumah marah dan enggan menerima penjelasan yang berdasarkan Bible, atau bahkan bersikap kasar, kita harus beredar dari situ dengan sopan. Kita tidak patut berdebat dengan sesiapa pun berkenaan berita baik Kerajaan Tuhan. Jika kita “menahan diri semasa diperlakukan dengan buruk,” kita akan berpeluang untuk menginjil kepada penghuni rumah itu sekali lagi pada masa yang lebih sesuai.​—Baca 2 Timotius 2:23-25; Ams. 17:14.

24-30 APRIL

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | YEREMIA 29-31

Mencari Permata Rohani

(Yeremia 29:4) “Demikianlah firman Yehuwa Yang Maha Kuasa, Tuhan Israel, kepada semua orang yang telah dibiarkan-Nya ditawan oleh Raja Nebukadnezar, lalu dibawa dari Yerusalem ke Babilonia:

(Yeremia 29:7) Bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada-Ku untuk kepentingan kota itu, kerana jika kota itu makmur, kamu pun akan makmur.

w96-IN 1/5 11 per. 5

Tuhan dan Kaisar

5 Berabad-abad kemudian, Yehuwa mengilhami Yeremia untuk memberitahu orang Yahudi bahawa mereka harus tunduk kepada para pemerintah semasa berada dalam pembuangan di Babilon. Mereka juga disuruh untuk berdoa demi kemakmuran kota itu. Surat Yeremia kepada mereka menyatakan, ‘Demikianlah firman Yehuwa Yang Maha Kuasa, Tuhan Israel, kepada semua orang yang telah dibiarkan-Nya ditawan. Bekerjalah untuk kemakmuran kota tempat Aku membuang kamu. Berdoalah kepada-Ku untuk kepentingan kota itu, kerana jika kota itu makmur, kamu pun akan makmur.’ (Yeremia 29:4, 7) Umat Yehuwa mempunyai sebab yang baik untuk bekerja demi kemakmuran diri serta negara di mana mereka tinggal, agar mereka memiliki kebebasan untuk menyembah Yehuwa.​—1 Petrus 3:11.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi