KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Mengapakah Anda Menghargai Ibadat Sejati?
Penglihatan Yehezkiel tentang Rumah Tuhan menggalakkan tawanan Yahudi yang setia dan memberikan harapan bahawa ibadat sejati akan dipulihkan. Pada hari-hari terakhir ini, ramai orang telah menyertai ibadat sejati, yang digambarkan sebagai “bukit yang tertinggi.” (Yes 2:2) Adakah anda memupuk penghargaan terhadap peluang istimewa untuk mengenali Yehuwa dan berkhidmat kepada-Nya?
BERKAT IBADAT SEJATI:
Makanan rohani memberi kita harapan, membantu kita mendapatkan jawapan bagi soalan-soalan yang penting, dan menyediakan prinsip-prinsip yang praktikal.—Yes 48:17, 18; 65:13; Rm 15:4
Menjadi rakan sekerja Tuhan untuk melaksanakan tugas yang membawa kepuasan.—Kis 20:35; 1Ko 3:9
“Kesejahteraan daripada Tuhan” membantu kita menghadapi cabaran.—Flp 4:6, 7
Memiliki hati nurani yang bersih.—2Ti 1:3
Menjadi sahabat Yehuwa.—Mz 25:14
Bagaimanakah saya menunjukkan bahawa saya menghargai ibadat sejati?