PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • Ajarkan Kebenaran
    Lembaran Kerja—2016 | Ogos
    • KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

      Ajarkan Kebenaran

      Bermula bulan September, Lembaran Kerja kita akan mengandungi cadangan penyampaian baharu yang bertajuk, “Ajarkan Kebenaran.” Tujuannya adalah untuk membantu kita berkongsi ajaran asas Bible dengan menggunakan satu soalan dan satu ayat Bible.

      Jika penghuni rumah berminat, kita boleh membina asas untuk kunjungan kembali dengan menawarkan bahan bacaan kita atau menunjukkan video di jw.org. Berusahalah untuk kembali beberapa hari selepas kunjungan yang pertama agar dapat meneruskan perbincangan dengannya. Cadangan penyampaian baharu ini adalah berdasarkan buku Ajaran Bible. Ayat-ayat dalam kotak ulang kaji boleh digunakan semasa kunjungan kembali atau memulakan pembelajaran dengan menggunakan Bible sahaja. Selain itu, bahagian Jadilah Penginjil yang Lebih Mahir juga akan mengandungi tugasan berdasarkan cadangan penyampaian ini.

      Hanya ada satu jalan yang menuju kehidupan. (Mt 7:13, 14) Untuk menarik minat orang daripada pelbagai agama dan latar belakang, kita harus menyampaikan kebenaran Bible yang dapat mencapai hati mereka. (1Ti 2:4) Dengan membiasakan diri untuk membincangkan pelbagai topik Bible, kita dapat mengasah kemahiran untuk “mengajar dan menjelaskan firman yang benar dengan baik.” Hasilnya, sukacita kita akan bertambah dan kita dapat mengajarkan kebenaran dengan jayanya.—2Ti 2:15.

  • Kempen Istimewa untuk Mengedarkan Majalah Menara Pengawal pada bulan Oktober
    Lembaran Kerja—2016 | Ogos
    • KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

      Kempen Istimewa untuk Mengedarkan Majalah Menara Pengawal pada bulan Oktober

      Menara Pengawal No. 5 2016 | Cara Mendapat Kelegaan Hati

      Orang di seluruh dunia memerlukan kelegaan. (Pkh 4:1) Kita akan menawarkan majalah Menara Pengawal mengenai topik kelegaan sepanjang bulan Oktober. Jadi, berusahalah untuk menawarkan majalah ini sebanyak yang mungkin. Namun, kita tidak akan meninggalkan majalah jika penghuni tiada di rumah. Sebaliknya, kita ingin berjumpa dengan penghuni rumah dan berkongsi mesej yang memberikan kelegaan hati.

      ANDA BOLEH BERKATA

      “Kita semua memerlukan kelegaan. Tetapi, dari manakah kita boleh mendapatkannya? [Baca 2 Korintus 1:3, 4.] Majalah ini menjelaskan bagaimana Tuhan memberikan kelegaan kepada kita.”

      Jika orang itu berminat dan menerima majalah itu, . . .

      TUNJUKKAN VIDEO MENGAPA BELAJAR BIBLE?

      Kemudian tawarkan pembelajaran Bible.

      SEDIAKAN ASAS UNTUK KUNJUNGAN KEMBALI

      Tanya soalan yang akan anda jawab pada kunjungan yang seterusnya. Contohnya, “Mengapakah Tuhan mengizinkan penderitaan?”

Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
Log Keluar
Log Masuk
  • Melayu
  • Kongsi
  • Pilihan
  • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
  • Syarat Penggunaan
  • Polisi Privasi
  • Seting Privasi
  • JW.ORG
  • Log Masuk
Kongsi