KEHIDUPAN KRISTIAN KITA
Apa Itu Cinta Sejati?
Yehuwa, Pengasas perkahwinan, ingin suami isteri hidup bersama untuk selama-lamanya. (Kej 2:22-24) Suami isteri hanya boleh bercerai atas dasar perzinaan. (Mal 2:16; Mt 19:9) Memandangkan Yehuwa ingin perkahwinan kita berjaya, Dia menyediakan prinsip-prinsip yang dapat membantu orang Kristian memilih pasangan hidup dengan bijak dan menikmati perkahwinan yang bahagia.—Pkh 5:3-5.
SILA LIHAT VIDEO APA ITU CINTA SEJATI? KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:
Mengapakah nasihat Frank dan Bonnie kepada Liz menunjukkan bahawa mereka bijak dan pengasih?
Semasa berdating, mengapakah tidak bijak untuk berfikir bahawa anda boleh mengubah teman anda?
Apakah nasihat yang diberikan oleh Paul dan Priscilla kepada Liz?
Mengapakah masalah timbul dalam perkahwinan Zach dan Megan?
John dan Liz mempunyai matlamat rohani yang sama. Apakah matlamat mereka itu?
Mengapakah anda perlu benar-benar mengenali bakal teman hidup anda sebelum melafazkan ikrar perkahwinan? (1Pt 3:4)
Apakah itu cinta sejati? (1Ko 13:4-8)