PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwb18 Februari ms. 7
  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menggunakan Soalan dengan Mahir

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran—Menggunakan Soalan dengan Mahir
  • Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
  • Bahan yang Berkaitan
  • Laksanakan Tugas sebagai Penyebar
    Menara Pengawal—2013
  • Penggunaan Soalan
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Mari Belajar Bible
Lihat Selanjutnya
Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2018
mwb18 Februari ms. 7

KEHIDUPAN KRISTIAN KITA

Tingkatkan Kemahiran Aktiviti Penyebaran​—Menggunakan Soalan dengan Mahir

MENGAPA PENTING: Jika “fikiran seseorang bagaikan air di perigi yang dalam,” soalan adalah seperti baldi yang dapat menimbanya. (Ams 20:5) Soalan dapat membantu pendengar kita meluahkan pandangannya. Dengan menanyakan soalan yang sesuai, kita akan memperoleh maklumat yang berguna. Yesus menggunakan soalan dengan mahir. Bagaimanakah kita boleh menirunya?

Yesus menanyakan satu soalan kepada pengikutnya

CARANYA:

  • Tanya soalan untuk mengetahui pandangan seseorang. Yesus menggunakan soalan sebegini semasa bercakap dengan pengikutnya. (Mt 16:13-16; be-IN 238 4-6) Apakah soalan yang boleh anda tanyakan?

  • Tanya soalan untuk membantu pendengar mencapai kesimpulan yang betul. Yesus menanyakan soalan sebegini untuk membetulkan pandangan Petrus. Dia juga memberikan beberapa pilihan jawapan untuk membantu Petrus mencapai kesimpulan yang betul. (Mt 17:24-26) Seperti Yesus, apakah soalan yang boleh anda tanyakan?

  • Berikan pujian. Yesus memuji seorang jurutulis hukum yang “menjawab dengan bijak.” (Mr 12:34) Bagaimanakah anda dapat memuji seseorang setelah mereka memberikan jawapan?

Tunjukkan hormat. Yesus mempunyai kedudukan yang sangat istimewa. Memandangkan kita tidak sepertinya, kita mesti menunjukkan hormat kepada semua orang, terutamanya mereka yang lanjut usia atau mereka yang berkedudukan tinggi.​—1Pt 2:17.

SILA LIHAT BAHAGIAN PERTAMA VIDEO LAKUKANLAH KERJA YANG DILAKUKAN OLEH YESUS​—MENGAJAR. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Mengapakah cara mengajar tersebut kurang berkesan, meskipun maklumat yang disampaikan adalah tepat?

  • Mengapakah kita tidak patut sekadar menjelaskan maklumat kepada pelajar Bible?

SILA LIHAT BAHAGIAN KEDUA VIDEO TERSEBUT. KEMUDIAN, JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT:

  • Bagaimanakah saudara itu menggunakan soalan dengan mahir?

  • Selain menggunakan soalan dengan mahir, apakah hal lain yang dapat kita pelajari daripada saudara itu?

Seorang lelaki bingung kerana tidak diajar dengan baik; seorang lelaki memahami kebenaran dengan jelas kerana diajar dengan baik

Adakah cara kita mengajar membawa kesan yang positif atau negatif? (Lu 24:32)

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi