PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 2 ms. 12-ms. 13 per. 10
  • Yesus Dimuliakan Sebelum Lahir

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Yesus Dimuliakan Sebelum Lahir
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Gabriel Melawat Maria
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Malaikat Melawat Maria
    Buku Cerita Bible Saya
  • “Aku Hamba Perempuan Yehuwa!”
    Tirulah Iman Mereka
  • Maria Menyimpannya dalam Hati
    Tirulah Iman Mereka
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 2 ms. 12-ms. 13 per. 10
Maria menunggang keldai; anak di dalam rahim Elisabet melonjak dengan riang; Maria membantu Elisabet melakukan kerja rumah

BAB 2

Yesus Dimuliakan Sebelum Lahir

LUKAS 1:34-56

  • MARIA MELAWAT ELISABET

Selepas Gabriel memberitahu Maria bahawa dia akan melahirkan anak yang harus dinamakan Yesus, dan bahawa Yesus akan menjadi Raja Kekal, Maria bertanya, “Bagaimanakah hal ini boleh berlaku? Aku masih dara.”​—Lukas 1:34.

Gabriel menjawab, “Kuasa suci Tuhan akan datang ke atasmu, dan kekuatan daripada Tuhan Yang Maha Tinggi akan menaungimu. Itulah sebabnya anak yang bakal dilahirkan itu akan disebut suci, Anak Tuhan.”​—Lukas 1:35.

Untuk membantu Maria menerima perkhabarannya, Gabriel menambah, “Lihatlah Elisabet, salah seorang sanak saudaramu! Walaupun dia sudah tua dan dikatakan mandul, dia sudah mengandung enam bulan. Tiada apa-apa yang mustahil bagi Tuhan.”​—Lukas 1:36, 37, nota kaki.

Maria pun menerima kata-kata Gabriel. Dia berkata, “Aku hamba perempuan Yehuwa! Semoga apa yang kamu isytiharkan berlaku atas diriku.”​—Lukas 1:38.

Selepas Gabriel beredar dari situ, Maria yang tinggal di Nasaret pergi melawat Elisabet dan Zakharia yang tinggal di kawasan pergunungan Yudea, dekat Yerusalem. Dia perlu membuat perjalanan selama tiga atau empat hari untuk sampai ke sana.

Selepas Maria memberikan salam kepada Elisabet, Elisabet dipenuhi kuasa suci Tuhan. Elisabet berkata, “Diberkatilah kamu antara semua wanita, dan diberkatilah anak di dalam rahimmu! Alangkah besarnya penghormatanku kerana ibu Tuanku telah datang untuk melawatku! Lihatlah! Sebaik sahaja salammu sampai ke telingaku, anak di dalam rahimku melonjak dengan riang.”​—Lukas 1:42-44.

Hati Maria tersentuh dan dia tergerak untuk berkata, ‘Jiwaku menyanjung tinggi Yehuwa, dan hatiku melimpah dengan rasa sukacita kerana Tuhan, Penyelamatku. Dia sudah memperhatikan keadaan hamba perempuan-Nya yang hina. Mulai sekarang, semua generasi akan mengatakan bahawa aku berbahagia, kerana Tuhan telah melakukan perkara yang menakjubkan bagiku.’ Meskipun Maria diberi penghormatan yang besar, dia tidak sombong. Dia memuliakan Tuhan dengan berkata, “Nama-Nya suci, dan dari generasi ke generasi, orang yang takut kepada-Nya akan menerima belas kasihan-Nya.”​—Lukas 1:46-50.

Maria terus memuji Tuhan, “Dia telah bertindak dengan tangan-Nya yang perkasa; Dia menyelerakkan mereka yang mempunyai hati yang angkuh. Dia menurunkan orang yang berkuasa dari takhta, dan Dia meninggikan orang yang hina; Dia memuaskan orang yang lapar dengan apa yang baik, dan Dia mengusir orang kaya agar mereka pergi dengan tangan kosong. Dia membantu Israel, hamba-Nya, untuk menunjukkan bahawa Dia ingat akan janji-Nya untuk berbelas kasihan kepada Abraham dan keturunannya buat selama-lamanya.”​—Lukas 1:51-55.

Maria membantu Elisabet melakukan kerja rumah

Maria tinggal bersama Elisabet selama kira-kira tiga bulan dan membantu Elisabet yang akan bersalin tidak lama lagi. Mereka berdua yang hamil secara mukjizat pasti bersyukur kerana dapat bersama pada masa itu.

Perhatikan bahawa Yesus dimuliakan sebelum dia lahir. Elisabet memanggilnya “Tuanku,” dan anak di dalam rahimnya “melonjak dengan riang” semasa Maria datang melawat. Tetapi bukan semua orang akan menghormati Yesus dan Maria.

  • Apakah yang dikatakan oleh Gabriel untuk membantu Maria menerima perkhabarannya?

  • Bagaimanakah Yesus dimuliakan sebelum dia lahir?

  • Maria tinggal bersama Elisabet untuk berapa lama, dan mengapa?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi