PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • jy bab 10 ms. 28-ms. 29 per. 7
  • Keluarga Yesus Pergi ke Yerusalem

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Keluarga Yesus Pergi ke Yerusalem
  • Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
  • Bahan yang Berkaitan
  • Yesus yang Masih Muda
    Belajar daripada Cerita-Cerita Bible
  • Yesus di Rumah Tuhan
    Buku Cerita Bible Saya
  • Yesus Selalu Taat
    Ajarlah Anak Anda
  • Dia Bertanggungjawab dan Setia
    Tirulah Iman Mereka
Lihat Selanjutnya
Yesus—Jalan, Kebenaran, dan Kehidupan
jy bab 10 ms. 28-ms. 29 per. 7
Yesus yang masih muda berada di Rumah Tuhan bersama guru-guru agama Yahudi

BAB 10

Keluarga Yesus Pergi ke Yerusalem

LUKAS 2:40-52

  • YESUS YANG BERUMUR 12 TAHUN BERSAMA GURU-GURU AGAMA

  • YESUS MEMANGGIL YEHUWA “BAPAKU”

Musim bunga sudah tiba! Inilah masanya Yusuf membawa seisi keluarganya ke Yerusalem. Mereka mengadakan perjalanan dari Nasaret ke Yerusalem bersama sahabat dan sanak saudara mereka. Setiap tahun, mereka akan membuat perjalanan sejauh kira-kira 120 kilometer untuk menyambut Perayaan Paska. (Ulangan 16:16) Mereka semua pasti sangat sibuk dan teruja. Kini, Yesus berusia 12 tahun, dan dia tidak sabar-sabar ingin pergi ke Rumah Tuhan dan menyambut perayaan ini.

Yesus dan keluarganya bukan sekadar menyambut Perayaan Paska. Selepas Paska, mereka juga akan menyambut Perayaan Roti Tidak Beragi. (Markus 14:1) Perayaan ini dianggap sebagai sebahagian daripada Paska, dan akan berlangsung selama tujuh hari. Biasanya perjalanan dari Nasaret, masa di Yerusalem, dan perjalanan pulang ke Nasaret, memakan masa kira-kira dua minggu. Tetapi pada tahun itu, perjalanan mereka memakan lebih banyak masa kerana sesuatu yang tidak dijangka berlaku semasa mereka pulang dari Yerusalem.

PERJALANAN YANG SERONOK

Yesus pergi ke Yerusalem bersama keluarganya

Semua orang gembira kerana dapat membuat perjalanan ke Yerusalem untuk menyambut tiga perayaan tahunan. (Ulangan 16:15) Dalam perjalanan, Yesus dapat melihat dan belajar tentang kawasan yang berbeza, dan berjumpa dengan rakan seiman yang lain. Dia pasti menghargai kenangan ini!

Semasa dalam perjalanan pulang, Yusuf dan Maria menyangka bahawa Yesus sedang mengikut orang ramai yang berjalan bersama mereka. Apabila mereka berhenti untuk bermalam, mereka mencari-cari dia antara kawan dan sanak saudara mereka tetapi tidak menemuinya. Anak mereka sudah hilang, maka mereka kembali ke Yerusalem untuk mencarinya.

Selama dua hari, Yusuf dan Maria mencari-cari Yesus tetapi mereka tidak menjumpainya. Akhirnya, pada hari ketiga, mereka menjumpainya di dalam Rumah Tuhan. Dia sedang duduk bersama guru-guru agama sambil mendengar dan mengajukan soalan kepada mereka. Semua orang yang mendengarnya kagum dengan daya pemahamannya.

Yusuf dan Maria menjumpai Yesus

“Nak, mengapakah kamu berbuat seperti ini terhadap kami?” Maria bertanya. “Cemas hati emak dan ayah mencarimu.”​—Lukas 2:48.

Yesus hairan dan berkata, “Mengapakah emak dan ayah mencari saya? Tidakkah emak dan ayah tahu bahawa saya pasti berada di rumah Bapaku?”​—Lukas 2:49.

Setelah itu, Yesus pulang bersama Yusuf dan Maria ke Nasaret dan dia terus taat kepada mereka. Yesus kian membesar dan kebijaksanaannya kian bertambah. Meskipun masih muda, dia disenangi oleh Tuhan dan manusia. Ya, sejak muda lagi, Yesus memberikan teladan yang baik dengan mengutamakan hal-hal rohani dan mentaati ibu bapanya.

  • Pada musim bunga, apakah yang dilakukan oleh Yesus dan keluarganya? Mengapa?

  • Apakah yang berlaku apabila Yusuf dan Maria membuat perjalanan pulang? Di manakah mereka menjumpai Yesus?

  • Apakah yang dapat dipelajari oleh anak muda hari ini daripada teladan Yesus?

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi