PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • mwbr19 Februari ms. 1-6
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian
  • Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2019)
  • Tajuk Kecil
  • 4-10 FEBRUARI
  • 11-17 FEBRUARI
  • 18-24 FEBRUARI
  • 25 FEBRUARI–3 MAC
Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian (2019)
mwbr19 Februari ms. 1-6

Rujukan untuk Lembaran Kerja Kehidupan dan Kegiatan Kristian

4-10 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | ROMA 1-3

Mencari Permata Rohani

(Roma 3:4) Tentu tidak! Meskipun setiap orang berdusta, firman Tuhan sentiasa benar. Seperti yang tertulis, “Apabila Engkau berfirman, firman-Mu benar. Apabila Engkau dituduh, Engkau akan menang.”

w08 15/6 30 per. 5

Sorotan daripada Surat kepada Sidang di Roma

3:4. Apabila kata-kata manusia bertentangan dengan Firman Tuhan, kita akan mempercayai mesej Bible dan bertindak selaras dengan kehendak Tuhan. Dengan itu, kita menunjukkan bahawa “firman Tuhan sentiasa benar.” Dengan bergiat dalam kerja menginjil dan menjadikan orang murid Yesus, kita membantu orang lain yakin bahawa firman Tuhan sentiasa benar.

(Roma 3:24, 25) Tuhan memperlihatkan kebaikan hati-Nya yang unggul dengan membebaskan mereka melalui tebusan yang dibayar oleh Kristus Yesus. Melalui kurniaan percuma itu, mereka dianggap sebagai orang yang diperkenankan-Nya. 25 Tuhan menyerahkan Kristus sebagai korban supaya orang yang beriman kepada darah Kristus dapat berdamai dengan-Nya. Dengan demikian, Tuhan memperlihatkan keadilan-Nya, kerana Dia bersabar dan mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan pada masa lampau.

w08 15/6 29 per. 6

Sorotan daripada Surat kepada Sidang di Roma

3:24, 25​—Bagaimanakah “tebusan yang dibayar oleh Kristus Yesus” menutupi “dosa-dosa yang dilakukan pada masa lampau,” meskipun Yesus belum mengorbankan nyawanya? Nubuat pertama tentang Mesias yang tercatat di Kejadian 3:15, menjadi kenyataan pada tahun 33 M sewaktu Yesus dibunuh pada tiang seksaan. (Gal. 3:13, 16) Namun, semasa Yehuwa mengucapkan nubuat itu, harga tebusan seolah-olah sudah dibayar dari sudut pandangan-Nya, kerana tiada yang dapat menghalang-Nya daripada melaksanakan tujuan-Nya. Jadi, atas dasar korban Yesus Kristus yang bakal berlaku itu, Yehuwa dapat mengampunkan dosa keturunan Adam yang beriman kepada janji itu. Tebusan itu juga membolehkan orang yang hidup sebelum zaman Kristian dibangkitkan.​—Kis. 24:15.

JADILAH PENGINJIL YANG LEBIH MAHIR

w06 1/6 12-13

Nikmati Kepuasan dengan Menerapkan Prinsip Bible

Kekalkan Pandangan yang Munasabah

Untuk menikmati kepuasan, kita perlu ada pandangan yang realistik tentang keterbatasan diri sendiri dan orang lain. Dalam suratnya kepada sidang di Roma, Rasul Paulus berkata, “Semua orang sudah berdosa dan gagal mencerminkan kemuliaan Tuhan.” (Roma 3:23) Terdapat banyak aspek kemuliaan Yehuwa yang tidak dapat kita faham dengan sepenuhnya. Satu contoh ialah kenyataan ringkas di Kejadian 1:31: “Tuhan melihat semua ciptaan-Nya dan Dia sangat berpuas hati.” Apabila Yehuwa melihat kembali apa yang telah dilakukan-Nya, Dia dapat mengatakan bahawa semuanya sangat baik. Namun, tiada manusia yang dapat berkata demikian. Maka, langkah pertama untuk menikmati kepuasan hati adalah dengan mengakui keterbatasan diri. Namun kita juga perlu memahami dan menerima pandangan Yehuwa tentang keterbatasan kita.

Kata Yunani yang diterjemahkan “dosa” berasal daripada kata dasar yang bererti “tersasar” atau “tidak mengena sasaran.” (Roma 3:9) Sebagai contoh: Bayangkan seseorang yang ingin memenangi hadiah dengan mengenakan anak panah pada sasaran. Dia mempunyai tiga anak panah. Dia melepaskan anak panah pertama dan anak panah tersebut tersasar sejauh satu meter. Dia membidik dengan lebih baik, tetapi anak panah kedua masih tersasar sejauh 30 cm. Dengan penuh tumpuan, dia melepaskan anak panah terakhir dan hanya tersasar dua sentimeter. Meskipun dia hampir berjaya, dia tetap gagal mengena sasaran.

Kita semua bagaikan pemanah yang hampa ini. Kadang-kadang, kita nampaknya jauh “tersasar.” Pada masa lain, kita hampir berjaya tetapi masih gagal mengena sasaran. Kita menjadi kecewa kerana kita sudah berusaha keras, tetapi masih tidak cukup baik. Sekarang, mari kita kembali kepada contoh pemanah tadi.

Dia berasa begitu sedih kerana dia benar-benar menginginkan hadiah tersebut. Tiba-tiba, penganjur memanggilnya dan memberinya hadiah, sambil berkata, “Saya mahu beri kamu hadiah ini kerana saya suka sikap kamu, dan saya melihat usaha keras kamu.” Alangkah gembiranya pemanah itu!

Sememangnya semua orang yang menerima “kurniaan” kehidupan kekal daripada Tuhan akan berasa sangat gembira! (Roma 6:23) Pada masa itu, mereka dapat melakukan segala sesuatu dengan baik dan sempurna, dan tidak tersasar lagi. Mereka akan benar-benar puas hati. Sementara itu, jika kita terus mengingati pandangan Yehuwa, kita akan memupuk pandangan yang positif mengenai diri sendiri dan orang di sekeliling kita.

11-17 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | ROMA 4-6

“Tuhan Menunjukkan Kasih-Nya kepada Kita”

(Roma 5:8) Namun, beginilah caranya Tuhan menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Kristus telah mati untuk kita semasa kita masih berdosa.

(Roma 5:12) Maka, dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian. Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang kerana mereka semua berdosa.

w11 15/6 12 per. 5

Tuhan Menunjukkan Kasih-Nya kepada Kita

5 Paulus memulakan penjelasannya dengan isi ini: “Dosa masuk ke dalam dunia melalui satu orang, dan dosa membawa kematian. Akibatnya, kematian tersebar kepada semua orang kerana mereka semua berdosa.” (Rm. 5:12) Kita dapat memahami hal ini kerana Tuhan telah menyediakan catatan tentang asal usul kehidupan manusia. Yehuwa menciptakan dua orang, Adam dan Hawa. Pencipta kita sempurna, dan kedua-dua manusia pertama itu, yang merupakan nenek moyang kita, juga sempurna. Tuhan hanya memberikan satu larangan dan memberitahu mereka bahawa mereka akan dihukum mati jika mereka melanggar perintah itu. (Kej. 2:17) Tetapi, mereka memilih untuk melanggar hukum Tuhan. Dengan demikian, mereka menolak Tuhan sebagai Pemberi Hukum dan Pemerintah Yang Berdaulat.​—Ul. 32:4, 5.

(Roma 5:13, 14) Dosa sudah ada di dalam dunia sebelum Hukum diberikan. Tetapi tanpa hukum, tiada orang yang akan dituduh melakukan dosa. 14 Namun begitu, sejak zaman Adam sampai ke zaman Musa, kematian memerintah sebagai raja, bahkan atas mereka yang tidak berbuat dosa seperti yang dilakukan oleh Adam semasa dia melanggar perintah Tuhan. Adam menggambarkan dia yang bakal datang.

w11 15/6 12 per. 6

Tuhan Menunjukkan Kasih-Nya kepada Kita

6 Adam mempunyai anak-anak setelah dia berdosa, lalu dia menurunkan dosa dan kesannya kepada mereka semua. Sudah tentu, mereka tidak melanggar hukum Tuhan seperti Adam, maka mereka tidak dijatuhi hukuman dosa yang sama; dan pada masa itu belum ada hukum yang diberikan kepada mereka. (Kej. 2:17) Meskipun begitu, keturunan Adam tetap mewarisi dosa. Maka, dosa dan kematian memerintah sebagai raja sehingga Tuhan memberi orang Israel hukum. Hukum itu jelas menunjukkan bahawa mereka merupakan manusia yang berdosa. (Baca Roma 5:13, 14.) Kesan daripada dosa yang diwarisi boleh digambarkan dengan penyakit atau kecacatan yang diwarisi, seperti anemia Mediterranean dan hemofilia. Anda mungkin pernah membaca bahawa Alexis, putera dari Rusia, iaitu anak kepada Tsar Nicholas II dan Alexandra, mewarisi penyakit tersebut. Dalam sesebuah keluarga, meskipun bukan semua anak akan menghidap penyakit seperti itu, mereka mungkin menjadi pembawa penyakit itu. Tetapi halnya tidak sama dengan dosa. Ketidaksempurnaan akibat dosa Adam tidak dapat dielakkan oleh sesiapa pun. Kesannya selalu membawa maut, dan kita semua mewariskannya kepada anak-anak kita. Dapatkah masalah ini diatasi?

(Roma 5:18) Oleh itu, sebagaimana dosa satu orang menyebabkan semua orang didapati bersalah, begitu juga perbuatan benar satu orang membolehkan semua orang mendapat perkenan Tuhan dan menerima kehidupan.

(Roma 5:21) Apakah tujuannya? Sebagaimana dosa dan maut memerintah sebagai raja, begitu juga kebaikan hati yang unggul akan memerintah sebagai raja agar orang mendapat perkenan Tuhan. Dengan itu, orang dapat meraih kehidupan yang kekal melalui Yesus Kristus, Tuan kita.

w11 15/6 12-13 per. 9-10

Tuhan Menunjukkan Kasih-Nya kepada Kita

9 Apakah makna ungkapan “mendapat perkenan Tuhan” dalam bahasa Yunani? Berkenaan konsep tersebut, seorang penterjemah Bible menulis, “Ungkapan ini menggambarkan situasi semasa perbicaraan di mahkamah, dan bermaksud perubahan pandangan Tuhan terhadap seseorang, bukannya perubahan dalam diri orang itu. . . . Di sini, Tuhan digambarkan sebagai hakim yang membuat keputusan untuk menyebelahi si tertuduh, yang seolah-olah dibawa menghadap takhta pengadilan Tuhan atas dakwaan kejahatan. Tetapi, Tuhan membebaskan si tertuduh itu.”

10 Apakah dasar yang membolehkan ‘Hakim seluruh bumi’ membebaskan seseorang yang jahat? (Kej. 18:25) Sebagai langkah pertama, Tuhan dengan pengasih mengutus Anak tunggal-Nya ke bumi. Yesus melakukan kehendak Bapanya dengan sempurna, meskipun menghadapi godaan, ejekan, dan penganiayaan. Dia mempertahankan integritinya bahkan sehingga dia mati pada tiang seksaan. (Ibr. 2:10) Dengan mengorbankan nyawanya yang sempurna, Yesus mempersembahkan tebusan yang dapat membebaskan keturunan Adam daripada dosa dan kematian.​—Mat. 20:28; Rm. 5:6-8.

Mencari Permata Rohani

(Roma 6:3-5) Atau tidakkah kamu tahu bahawa kita semua yang sudah dibaptis dan yang bersatu dengan Kristus Yesus, juga dibaptis dalam kematiannya? 4 Jadi, oleh sebab kita sudah dibaptis dalam kematiannya, kita sudah dikuburkan dengannya. Dengan demikian, sebagaimana Kristus sudah dibangkitkan daripada kematian dan menempuh kehidupan yang baharu melalui kemuliaan Bapa, kita juga harus menempuh kehidupan yang baharu. 5 Jika kita sudah mati seperti dia, kita juga pasti akan dibangkitkan seperti dia, dan dalam cara-cara inilah kita bersatu dengan dia.

w08 15/6 29 per. 7

Sorotan daripada Surat kepada Sidang di Roma

6:3-5​—Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘dibaptis dan bersatu dengan Kristus Yesus’ dan “dibaptis dalam kematiannya”? Semasa pengikut Kristus diurapi dengan kuasa suci Yehuwa, mereka bersatu dengan Yesus dan menjadi anggota sidang, iaitu tubuh Kristus yang diketuai olehnya. (1 Kor. 12:12, 13, 27; Kol. 1:18) Inilah makna ‘dibaptis dan bersatu dengan Kristus Yesus.’ Orang Kristian terurap juga “dibaptis dalam kematian [Kristus]” dalam erti mereka menempuh haluan hidup yang tidak mementingkan diri dan melepaskan semua harapan untuk hidup kekal di bumi. Oleh itu, kematian mereka merupakan suatu pengorbanan, sama seperti kematian Yesus, meskipun kematian mereka itu tidak memiliki nilai tebusan. Pembaptisan mereka dalam kematian Kristus selesai sewaktu mereka meninggal dan dibangkitkan untuk hidup di syurga.

(Roma 6:7) Hal itu demikian kerana apabila seseorang mati, hutang dosanya sudah dilangsaikan.

w14 1/6 11 per. 1

Apakah Harapan untuk Nenek Moyang Saya?

Semasa orang yang tidak baik dibangkitkan, adakah mereka akan dihakimi berdasarkan tingkah laku mereka dahulu? Tidak. Roma 6:7 menyatakan, “Apabila seseorang mati, hutang dosanya sudah dilangsaikan.” Apabila seseorang yang tidak baik mati, dia sudah membayar harga dosa. Oleh itu, dia akan dihakimi berdasarkan perbuatannya setelah dibangkitkan, dan bukannya berdasarkan apa yang dilakukannya dahulu sebelum mengetahui kehendak Tuhan. Apakah manfaat yang akan dinikmati oleh mereka?

18-24 FEBRUARI

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | ROMA 7-8

Mencari Permata Rohani

(Roma 8:26, 27) Dalam cara yang sama, kuasa suci Tuhan datang menolong kita semasa kita lemah. Ada kalanya, kita tidak tahu apa yang patut didoakan. Pada saat-saat sebegitu, walaupun kita tidak dapat meluahkan perasaan kita menerusi kata-kata, kuasa suci Tuhan akan merayu bagi pihak kita. 27 Tuhan yang menyelidiki hati semua manusia mengerti apa yang dimaksudkan oleh kuasa suci-Nya, kerana kuasa suci itu menurut kehendak-Nya dan merayu bagi pihak umat-Nya yang suci.

w09 15/11 7 per. 20

Doa Anda Menyingkapkan Apa tentang Diri Anda?

20 Kadang-kadang, kita mungkin tidak tahu apa yang harus dikatakan dalam doa peribadi kita. Paulus menulis, “Ada kalanya, kita tidak tahu apa yang patut didoakan. Pada saat-saat sebegitu, walaupun kita tidak dapat meluahkan perasaan kita menerusi kata-kata, kuasa suci Tuhan akan merayu bagi pihak kita. Tuhan yang menyelidiki hati semua manusia mengerti apa yang dimaksudkan oleh kuasa suci-Nya.” (Rm. 8:26, 27) Yehuwa memastikan agar banyak doa dicatatkan dalam Bible. Doa-doa ini sebahagian daripada Bible yang diilhami kuasa suci-Nya. Jadi, sewaktu kita tidak tahu apa yang harus didoakan, Yehuwa menganggap doa-doa yang terilham ini sebagai permohonan kita sendiri. Hal ini seperti kuasa suci Tuhan sedang “merayu” bagi pihak kita. Sememangnya, Tuhan mengenali kita dan mengetahui apa yang diilhamkan melalui kuasa suci-Nya, dan Dia akan mengabulkan doa kita. Namun, seraya kita semakin mendalami Firman Tuhan, kita akan lebih mengetahui hal-hal yang patut kita doakan.

25 FEBRUARI–3 MAC

HARTA KARUN DALAM FIRMAN TUHAN | ROMA 9-11

“Perumpamaan tentang Pokok Zaitun”

(Roma 11:16) Lagipun, jika sebahagian adunan tepung yang dianggap sebagai hasil pertama adalah suci, seluruh adunan itu juga suci. Jika akar sebatang pokok adalah suci, cabang-cabangnya juga suci.

w11 15/5 23 per. 13

‘Alangkah Hebatnya Kebijaksanaan Tuhan!’

13 Seterusnya, Rasul Paulus mengibaratkan orang yang menjadi sebahagian daripada keturunan Abraham sebagai cabang-cabang pokok zaitun kiasan. (Rm. 11:21) Pokok zaitun yang dipelihara ini melambangkan pelaksanaan tujuan Tuhan sehubungan dengan perjanjian Abraham. Akar pokok ini adalah suci dan melambangkan Yehuwa yang memberikan kehidupan kepada Israel rohani. (Yes. 10:20; Rm. 11:16) Batang utamanya melambangkan Yesus sebagai bahagian utama keturunan Abraham. Cabang-cabangnya sebagai satu kumpulan menggambarkan ‘jumlah lengkap’ orang yang termasuk dalam bahagian kedua keturunan Abraham.

(Roma 11:17) Tuhan telah mengerat beberapa cabang pokok zaitun dan mencantumkan cabang pokok zaitun yang liar, iaitu kamu, di situ, supaya kamu juga menikmati segala yang baik daripada akar pokok zaitun itu.

(Roma 11:20, 21) Hal itu memang benar! Disebabkan mereka tidak beriman, mereka dikerat. Tetapi kamu tetap berada di situ kerana kamu beriman. Janganlah bersikap angkuh, tetapi berwaspadalah. 21 Memandangkan Tuhan tidak membenarkan cabang-cabang yang asal terus bertumbuh pada pokok itu, Tuhan juga tidak akan membenarkan kamu terus bertumbuh pada pokok itu jika kamu berkelakuan seperti mereka.

w11 15/5 24 per. 15

‘Alangkah Hebatnya Kebijaksanaan Tuhan!’

15 Maka, apakah yang dilakukan oleh Yehuwa untuk melaksanakan tujuan-Nya? Paulus menjelaskan bahawa cabang-cabang pokok zaitun liar dicantum pada pokok zaitun yang dipelihara itu untuk menggantikan cabang-cabang yang sudah dikerat. (Baca Roma 11:17, 18.) Jadi, orang Kristian yang diurapi kuasa suci Tuhan dari bangsa-bangsa lain, seperti sesetengah ahli sidang di Roma, seolah-olah dicantum pada pokok zaitun kiasan ini. Dengan itu, mereka menjadi sebahagian daripada keturunan Abraham. Pada asalnya, mereka bagaikan cabang pokok zaitun liar, yang tidak berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada perjanjian istimewa ini. Tetapi, Yehuwa membuka jalan bagi mereka untuk menjadi orang Yahudi secara rohani.​—Rm. 2:28, 29.

(Roma 11:25, 26) Saudara-saudara, aku mahu kamu tahu rahsia suci ini, supaya kamu tidak berfikir bahawa kamu tahu segala-galanya: Bagi sebahagian orang Israel, hati mereka akan menjadi tidak peka sehingga semua orang daripada bangsa-bangsa lain yang dipilih oleh Tuhan dikumpulkan. 26 Dengan cara ini, semua orang Israel akan diselamatkan. Seperti yang tertulis, “Penyelamat akan datang dari Sion dan akan membuat keturunan Yakub meninggalkan tabiat berdosa mereka.

w11 15/5 25 per. 19

‘Alangkah Hebatnya Kebijaksanaan Tuhan!’

19 Ya, tujuan Yehuwa sehubungan dengan “Israel milik Tuhan” sedang dilaksanakan dalam cara yang menakjubkan. (Gal. 6:16) Seperti yang dikatakan oleh Paulus, “semua orang Israel akan diselamatkan.” (Rm. 11:26) Pada waktu yang ditetapkan oleh Yehuwa, “semua orang Israel”—​iaitu jumlah lengkap orang Israel rohani—​akan menjadi raja dan imam di syurga. Tiada apa-apa yang dapat menggagalkan tujuan Yehuwa!

Mencari Permata Rohani

(Roma 10:2) Aku boleh memberikan kesaksian bahawa mereka berkhidmat kepada Tuhan dengan semangat yang berkobar-kobar. Tetapi mereka berbuat demikian tanpa pengetahuan yang tepat.

it-1 496 per. 3

Semangat

Semangat Berkobar-kobar yang Salah. Seseorang mungkin dengan tulus hati menunjukkan semangat yang membara untuk tujuan tertentu, tetapi semangatnya itu sebenarnya salah dan tidak menyenangkan hati Tuhan. Demikianlah halnya dengan banyak orang Yahudi pada abad pertama. Mereka berusaha melakukan apa yang benar di mata Tuhan melalui perbuatan mereka di bawah Hukum Musa. Tetapi Paulus menunjukkan bahawa semangat mereka tersimpang kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang tepat. Dengan demikian, mereka tidak diperkenankan Tuhan. Mereka harus menyedari kesilapan mereka dan berpaling kepada Tuhan melalui Kristus. Dengan itu mereka akan mendapat perkenan Tuhan dan tidak lagi didapati bersalah di sisi Hukum Tuhan. (Rm 10:1-10) Salah seorang antara mereka ialah Saulus dari Tarsus, yang kemudiannya dikenali sebagai Paulus. Dia menunjukkan semangat membara untuk agama Yahudi secara keterlaluan, lalu “menganiaya sidang Tuhan dengan kejam dan berusaha untuk membinasakan mereka.” Dia dengan cermat “melakukan apa sahaja yang benar di sisi hukum.” (Ga 1:13, 14; Flp 3:6) Namun, semangatnya untuk agama Yahudi itu tersimpang. Oleh sebab dia tulus hati, Yehuwa memperlihatkan kebaikan hati yang unggul melalui Kristus untuk membantunya berpaling ke haluan ibadat sejati.​—1Ti 1:12, 13.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi