PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • th pelajaran 7 ms. 10
  • Tepat dan Meyakinkan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Tepat dan Meyakinkan
  • Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bahan yang Berkaitan
  • Memperkenalkan Ayat Bible dengan Baik
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Menjelaskan Nilai Praktikal
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Penggunaan Soalan
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Berusaha Mencapai Hati
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
Lihat Selanjutnya
Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
th pelajaran 7 ms. 10

PELAJARAN 7

Tepat dan Meyakinkan

Ayat rujukan Bible

Lukas 1:3

RINGKASAN: Kemukakan bukti yang dapat dipercayai untuk membantu pendengar anda membuat kesimpulan yang betul.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Gunakan sumber yang dapat dipercayai. Jadikan Firman Tuhan dasar penyampaian anda dan bacakannya dengan sekerap yang mungkin. Jika anda menyebut fakta sains, laporan berita, pengalaman, atau bukti-bukti lain, pastikan bahawa anda mempunyai maklumat terkini daripada sumber yang dapat dipercayai.

  • Gunakan maklumat dengan sewajarnya. Jelaskan ayat Bible menurut konteksnya, mesej keseluruhan Bible, dan bahan bacaan “hamba yang setia dan bijaksana.” (Mat. 24:45) Jika anda menggunakan maklumat daripada sumber selain organisasi kita, pastikan anda menggunakannya mengikut konteks asal dan tujuan penulis.

    Tip

    Elakkan daripada membesar-besarkan fakta dan angka. Jangan mengubah “sesetengah orang” menjadi “kebanyakan orang,” “ada kalanya” menjadi “selalu,” atau “mungkin” menjadi “pasti.”

  • Huraikan bukti. Selepas membaca ayat Bible atau merujuk kepada sumber maklumat tertentu, gunakan soalan, contoh, atau perumpamaan yang sesuai supaya pendengar dapat faham dan membuat kesimpulan sendiri.

DALAM KERJA PENYEBARAN

Semasa membuat persediaan untuk menginjil, fikirkan soalan yang mungkin ditanya dan selidiki cara untuk menjawabnya. Jika anda tidak tahu menjawab soalan pendengar, beritahulah dia bahawa anda akan membuat penyelidikan dan kembali pada kemudian hari.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi