PELAJARAN 3
Penggunaan Soalan
Matius 16:13-16
RINGKASAN: Gunakan soalan yang sesuai untuk membangkitkan dan mengekalkan minat, untuk menjelaskan sesuatu secara logik, dan untuk menekankan isi penting.
CARA MELAKUKANNYA:
Bangkitkan dan kekalkan minat. Gunakan soalan yang merangsang fikiran atau yang menimbulkan rasa ingin tahu.
Jelaskan topik secara logik. Gunakan beberapa soalan yang logik untuk menyokong hujah anda, supaya pendengar dapat mencapai kesimpulan yang masuk akal.
Tekankan isi penting. Tanyalah soalan yang menarik untuk memperkenalkan isi utama. Gunakan soalan ulang kaji selepas membincangkan suatu isi penting atau semasa mengakhiri penyampaian anda.