PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • th pelajaran 2 ms. 5
  • Gaya Percakapan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Gaya Percakapan
  • Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bahan yang Berkaitan
  • Penyampaian yang Bersemangat
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Diucapkan dengan Yakin
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Keramahan dan Empati
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Berusaha Mencapai Hati
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
Lihat Selanjutnya
Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
th pelajaran 2 ms. 5

PELAJARAN 2

Gaya Percakapan

Ayat rujukan Bible

2 Korintus 2:17

RINGKASAN: Gunakan gaya percakapan yang bersahaja (tidak dibuat-buat) dan ikhlas untuk mencerminkan perasaan anda terhadap pendengar dan topik anda.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Buat persiapan dengan teliti dan berdoa. Mohon bantuan untuk bertumpu kepada mesej anda dan bukannya diri sendiri. Pastikan anda menguasai isi-isi utama penyampaian dan menyatakannya dengan kata-kata sendiri. Jangan sekadar menyebut ungkapan yang tercetak secara bulat-bulat.

    Tip

    Jika anda akan membacakan petikan daripada Bible atau bahan bacaan lain, berlatihlah supaya anda dapat membaca dengan lancar. Jika anda memetik kata-kata orang, sebutkannya dengan perasaan tetapi jangan terlalu dramatik.

  • Bercakap dari hati. Fikirkan sebabnya pendengar anda perlu mendengar mesej itu. Bertumpulah kepada mereka. Dengan itu, postur badan, gerakan, dan raut muka anda akan mencerminkan keramahan yang ikhlas.

    Tip

    Bercakap dengan gaya bersahaja berbeza daripada bercakap dalam bahasa pasar. Tunjukkan hormat dan gunakan sebutan yang jelas serta tatabahasa yang betul supaya mesej anda tidak dipandang rendah.

  • Pandang pendengar anda. Pandanglah mata mereka jika hal itu tidak menyinggung perasaan mereka. Semasa menyampaikan ceramah, pandanglah hadirin secara individu, dan bukannya melihat mereka dengan sekilas pandang.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi