PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • th pelajaran 10 ms. 13
  • Alunan Suara

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Alunan Suara
  • Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bahan yang Berkaitan
  • Penyampaian yang Bersemangat
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Diucapkan dengan Yakin
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Gaya Percakapan
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Berusaha Mencapai Hati
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
Lihat Selanjutnya
Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
th pelajaran 10 ms. 13

PELAJARAN 10

Alunan Suara

Ayat rujukan Bible

Amsal 8:4

RINGKASAN: Gunakan kelantangan, nada suara, dan kelajuan yang berbeza-beza untuk menyampaikan maksud dengan jelas dan menyentuh perasaan.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Ubah kelantangan. Lantangkan suara untuk menekankan isi utama, untuk menggerakkan pendengar agar bertindak, atau semasa membaca ayat Bible yang mengandungi mesej penghakiman. Perlahankan suara untuk mengungkapkan perasaan takut atau risau, atau untuk membantu pendengar menanti-nantikan isi seterusnya.

    Tip

    Jangan asyik melantangkan suara sehingga pendengar berasa bahawa mereka dimarahi. Jangan terlalu dramatik kerana hal itu akan menarik perhatian kepada diri anda.

  • Ubah nada. Jika sesuai untuk bahasa anda, tinggikan nada untuk mencerminkan semangat yang berkobar atau untuk menunjukkan saiz atau jarak. Rendahkan nada untuk mengungkapkan rasa sedih atau risau.

  • Ubah kelajuan. Bercakap dengan lebih cepat untuk menunjukkan perasaan teruja. Bercakap dengan lebih lambat semasa menyatakan isi penting.

    Tip

    Jangan mengubah kelajuan secara tiba-tiba kerana pendengar mungkin akan terperanjat. Jangan bercakap terlalu laju sehingga sebutan anda kurang jelas.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi