PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • th pelajaran 14 ms. 17
  • Isi Utama Ditonjolkan

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Isi Utama Ditonjolkan
  • Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
  • Bahan yang Berkaitan
  • Ulang Kaji Poin Utama
    Menara Pengawal (Pembelajaran)—2024
  • Kata-Kata Penutup yang Berkesan
    Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
Curahkan Usaha untuk Membaca dan Mengajar
th pelajaran 14 ms. 17

PELAJARAN 14

Isi Utama Ditonjolkan

Ayat rujukan Bible

Ibrani 8:1

RINGKASAN: Bantu hadirin mengikuti ceramah anda, dan jelaskan kaitan antara setiap isi utama dengan tujuan dan tema anda.

CARA MELAKUKANNYA:

  • Tentukan tujuan anda. Fikirkan sama ada ceramah anda bertujuan untuk menyampaikan maklumat, meyakinkan pendengar, atau menggerakkan mereka untuk bertindak. Pastikan semua isi utama dalam ceramah dikembangkan mengikut tujuan ceramah anda.

    Tip

    Tanyalah diri, “Apakah soalan atau bantahan yang mungkin difikirkan hadirin tentang topik ini? Apakah urutan soalan atau bantahan mereka?” Kemudian, susun isi anda mengikut urutan yang sama, supaya hadirin dapat mengikuti, memahami, dan menerima maklumat yang disampaikan.

  • Tonjolkan tema ceramah anda. Sebutkan tema anda sepanjang ceramah dengan mengulangi kata kunci dalam tema atau dengan menggunakan perkataan lain yang sama maksudnya.

  • Pastikan isi-isi utama anda jelas dan mudah. Hanya pilih isi-isi utama yang berkaitan dengan tema, yang dapat digunakan untuk mengajar dengan berkesan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jangan menggunakan terlalu banyak isi utama. Nyatakan setiap isi utama dengan jelas, berhenti sebentar sebelum memulakan isi seterusnya, dan pastikan peralihan antara setiap isi adalah lancar.

    Tip

    Anda boleh menyebut isi-isi utama dalam pengenalan supaya hadirin dapat mengikuti ceramah anda. Anda juga boleh mengulanginya pada akhir ceramah supaya hadirin dapat mengingatinya.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi