PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN Watchtower
Watchtower
PERPUSTAKAAN DALAM TALIAN
Melayu
  • BIBLE
  • BAHAN BACAAN
  • PERJUMPAAN
  • lff pelajaran 6
  • Apakah Asal Usul Kehidupan?

Tiada video untuk bahagian ini.

Maaf, terdapat masalah memainkan video.

  • Apakah Asal Usul Kehidupan?
  • Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Tajuk Kecil
  • Bahan yang Berkaitan
  • KETAHUILAH
  • RINGKASAN
  • JOM BELAJAR
  • Apa yang Kita Pelajari daripada Bible
    Sedarlah!—2021
  • Apakah Tujuan Tuhan bagi Kita?
    Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
  • Kejadian 1:26—“Marilah Kita Membuat Manusia seperti Kita”
    Ayat Bible Dijelaskan
  • Bantu Anak Anda Membina Iman yang Teguh terhadap Pencipta
    Kehidupan dan Kegiatan Kristian Kita—Lembaran Kerja—2017
Lihat Selanjutnya
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!—Kursus Perbincangan Bible
lff pelajaran 6
Pelajaran 6. Tumbuhan mula bercambah pada hari yang panas.

PELAJARAN 06

Apakah Asal Usul Kehidupan?

Edisi Cetak
Edisi Cetak
Edisi Cetak

“[Tuhanlah] sumber segala kehidupan.” (Mazmur 36:9) Tetapi ada orang percaya bahawa kehidupan wujud secara kebetulan. Jika hal itu benar, maksudnya kita tiada tujuan hidup. Sebaliknya jika Tuhan Yehuwa telah menciptakan kehidupan, Dia pasti mempunyai tujuan hidup bagi kita.a Sekarang, mari kita kaji penjelasan Bible tentang asal usul kehidupan dan mengapa penjelasannya masuk akal.

1. Apakah asal usul alam semesta?

Kebanyakan ahli sains setuju bahawa alam semesta mempunyai permulaan. Bible kata, “Pada mulanya, Tuhan menciptakan langit dan bumi.” (Kejadian 1:1) Bagaimanakah Tuhan menciptakannya? Dia menggunakan ‘kuasa suci-Nya’ untuk menciptakan segala sesuatu, termasuk bulan, bintang, planet, dan galaksi.​—Kejadian 1:2.

2. Mengapakah Tuhan menciptakan bumi?

Yehuwa “menciptakan bumi bukannya tanpa tujuan, tetapi membentuknya untuk didiami.” (Yesaya 45:18) Dia mahu bumi menjadi tempat tinggal yang selesa bagi manusia buat selama-lamanya. (Baca Yesaya 40:28; 42:5.) Sains juga setuju bahawa bumi ialah planet yang mempunyai keadaan yang paling sesuai untuk kehidupan manusia.

3. Bagaimanakah manusia berbeza daripada binatang?

Selepas Yehuwa menciptakan bumi, Dia menciptakan tumbuhan dan binatang. Kemudian, Tuhan menciptakan manusia. Manusia sangat berbeza dan istimewa berbanding binatang. Mengapa? Bible kata, “Tuhan menciptakan manusia menurut gambaran-Nya.” (Baca Kejadian 1:27.) Kita dapat menunjukkan sifat-sifat yang dimiliki Tuhan, seperti kasih dan keadilan. Manusia dapat belajar bahasa baharu, menghayati seni, dan main alat muzik. Yang paling penting, kita dapat menyembah Pencipta kita.

KETAHUILAH

Mari kita lihat bukti bahawa kehidupan diciptakan dan bahawa kisah penciptaan dalam Bible memang masuk akal. Kita juga akan belajar bagaimana sifat-sifat manusia membantu kita lebih mengenali Pencipta kita.

4. Kehidupan diciptakan

Jika manusia dipuji atas rekaan yang ditiru daripada alam semula jadi, bagaimana pula dengan Pereka asalnya? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Adakah Tuhan Wujud? (2:42)

  • Apakah rekaan manusia yang ditiru daripada alam semula jadi?

Setiap rumah direka dan dibina oleh seseorang. Tetapi siapakah yang mereka dan membina segala-galanya? Baca Ibrani 3:4, kemudian bincang soalan berikut:

  • Apakah hal-hal dalam alam semula jadi yang anda sukai?

  • Adakah munasabah untuk percaya bahawa segala sesuatu dalam alam semesta direka dan dicipta? Mengapa?

Tahukah anda?

Di jw.org, bahagian “Siapakah Perekanya?” dan “Pandangan tentang Asal Usul Kehidupan” mengandungi banyak rencana dan video tentang topik ini.

“Sudah tentu setiap rumah dibina oleh seseorang, tetapi Tuhanlah yang membina segala sesuatu”

Seorang lelaki mengikat bumbung yang diperbuat daripada bambu. Dia sedang membina rumah di kawasan tropika.

5. Kisah penciptaan dalam Bible memang masuk akal

Di Kejadian bab 1, Bible memberitahu kita asal usul bumi dan kehidupan. Dapatkah anda mempercayainya? Mainkan VIDEO, kemudian bincang soalan berikut:

VIDEO: Adakah Alam Semesta Diciptakan?​—Sedutan (3:51)

Kolaj: Adegan daripada video ‘Adakah Alam Semesta Diciptakan?—Sedutan.’ 1. Enam hari penciptaan digambarkan. 2. Bumi selepas enam hari penciptaan. Ada matahari, darat, air, tumbuh-tumbuhan, burung, binatang di darat, dan manusia.
  • Adakah Bible mengajar bahawa alam semesta diciptakan dalam enam hari yang panjangnya 24 jam?

  • Adakah anda rasa kisah penciptaan dalam Bible masuk akal atau tidak? Mengapa?

Baca Kejadian 1:1, kemudian bincang soalan berikut:

  • Adakah ayat yang baru anda baca selaras dengan pandangan ahli sains bahawa alam semesta ada permulaan?

Ada orang percaya bahawa Tuhan menciptakan sel ringkas. Kemudian sel itu sendiri berubah melalui proses evolusi untuk menjadi makhluk hidup yang berbeza. Baca Kejadian 1:21, 25, 27, kemudian bincang soalan berikut:

  • Menurut Bible, adakah Tuhan menghasilkan ikan, binatang lain, dan manusia melalui proses evolusi? Atau adakah Tuhan menciptakan makhluk hidup “menurut jenisnya”?

6. Manusia ialah ciptaan Tuhan yang istimewa

Kita berbeza daripada binatang. Baca Kejadian 1:26, kemudian bincang soalan berikut:

  • Kita diciptakan dalam gambaran Tuhan dan kita dapat menunjukkan kasih dan belas kasihan. Apakah yang kita belajar tentang Tuhan melalui hal ini?

ADA ORANG KATA: “Kisah penciptaan dalam Bible tidak tepat.”

  • Apakah pendapat anda? Mengapa?

RINGKASAN

Yehuwa menciptakan alam semesta dan semua kehidupan.

Ulang Kaji

  • Apakah yang Bible ajar tentang asal usul alam semesta?

  • Adakah Tuhan menghasilkan segala sesuatu melalui proses evolusi, atau adakah Tuhan menciptakan makhluk hidup menurut jenisnya?

  • Mengapakah manusia istimewa?

Matlamat

JOM BELAJAR

Lihatlah rekaan alam semula jadi.

“Belajarlah daripada Alam Semula Jadi” (Sedarlah!, September 2006)

Lihatlah bagaimana seorang bapa menjelaskan kisah penciptaan kepada anak kecilnya.

“Yehuwa Menciptakan Segala Sesuatu” (2:36)

Kaji sama ada teori evolusi selaras dengan ajaran Bible.

“Adakah Tuhan Menggunakan Evolusi untuk Menciptakan Pelbagai Jenis Hidupan?” (Rencana di laman web)

Lihat sama ada penemuan fosil atau kajian sains menunjukkan bahawa kehidupan diciptakan atau wujud secara kebetulan.

Asal Usul Kehidupan​—Lima Soalan yang Patut Difikirkan (brosur)

a Pelajaran 25 akan bincang tujuan Tuhan untuk manusia.

    Bahan Bacaan Bahasa Melayu (2004-2023)
    Log Keluar
    Log Masuk
    • Melayu
    • Kongsi
    • Pilihan
    • Copyright © 2025 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania
    • Syarat Penggunaan
    • Polisi Privasi
    • Seting Privasi
    • JW.ORG
    • Log Masuk
    Kongsi